'Dia tutup mulut, tumbuk perut dan muka' - Mangsa Cabul


ALOR SETAR, KEDAH - Susulan kes seorang lelaki yang didakwa mencabul wanita dibelasah sehingga maut, mangsa tampil menceritakan kejadian sebenar. 

"Saya duduk dalam tandas. Lepas itu saya dengar pintu tandas sebelah ditutup. Saya pun buka kunci nak keluar, pintu tandas sebelah terbuka, dia masuk dalam. 

"Dia tutup (tekup) mulut, saya gigit tangan dia menyebabkan saya ditumbuk di bahagian perut. Saya cuba melawan dan menjerit meminta tolong. Dia tumbuk muka saya," demikian kata mangsa dalam video yang dimuat naik oleh Liana Norziatul. 

Mangsa terus cuba melawan dan menjerit meminta tolong menyebabkan lelaki itu menolaknya sehingga terjatuh sebelum melarikan diri. 


Sementara itu, ibu kepada lelaki terbabit, Rusni Saad, tidak percaya dengan dakwaan itu yang menjadikan punca anaknya dibelasah. 

"Siapa tak sedih kalau perkara ini berlaku pada anak sendiri," katanya. 

Adik bongsu lelaki terbabit, juga terkilan abangnya tidak diberi peluang untuk membela diri dan dipukul tanpa belas kasihan. - The Reporter

Laporan berkaitan:

Anggota Polis Ditahan Selepas Menghisap Kemaluan Tahanan Dalam Lokap


Seorang anggota polis lokap jinjang menjadi buruann polis atas kes menghisap kemaluan tahanan remaja lokap balai tersebut. Dibawah ini merupakan antara butiran-butiran yang diberikan mangsa.

Butiran pengadu: -Meor Iqra Naseem Bin Meor Junaidee 15 tahun pelajar -Ahmad shahir Haiqal bin Abdullah 16 tahun pelajar -osama syawalludin bin Ismail 14 tahun pelajar Dalam kejadian semalam 10.04.2016 lebih kurang jam 0100 hrs semasa pengadu berada dalam sel no no Lg-04 di lokap jinjang pengadu telah diarahkan oleh satu anggota penjaga lokap lelaki ke sel LG-02.


Anggota itu telah minta pengadu untuk menyapu sampah di luar sel kemudian pengadu telah diberi rokok dan meminta pengadu untuk hisap rokok di lorong pili air. Dan anggota itu datang ke pengadu terus pegang kemaluan pengadu hingga keras.


Anggota itu juga melutut dan menghisap kemaluan pengadu sehingga keluar air mani dan anggota itu telan air mani pengadu. Kerana takut pengadu ikut saja arahkan anggota itu.


Pengadu kemudian diminta no telefon dan katakan akan berhubung dengan pengadu diluar setelah pengadu keluar dari lokap. Pengadu disuruh balik semula ke dalam sel LG-04.


Pengadu telah ceritakan kepada kawannya tentang kejadian itu dan juga io kes iaitu insp zulfadli dan diarahkan untuk buat laporan polis. Hasil siasatan. -Pengadu telah ditangkap dan telah sambung reman.


Pengadu (1) telah ditangkap bersangkut wangsa maju repot 4451/16 di bwh sek 148/324 kk. -Terdapat 3 orang mangsa yang berlainan melibatkan saspek yang sama. -Pengadu kedua dan ketiga hanya di arahkan oleh saspek untuk melancap kemaluan mereka saja.


Ketiga-tiga pengadu dan saksi lain akan dirakam percakapan dengan kadar segera. Tangkapan segera dilakukan ke atas suspek. Anggota Lokap Bersepadu Jinjang akan dilaksanakan Kata pegawai penyiasat Nurul akma bt Khalid.


Sumber : Friscomedia

'Dia hanya sibuk dengan handphone, langsung tak peduli anaknya menangis'



Apa yang saya saksikan ketika waktu Iftar hari ini amat mensayukan hati dan dalam masa yang sama saya hampir tidak dapat mengawal kemarahan. Ketika itu, saya berada di medan selera di Pulau Pinang, saya ternampak pasangan suami isteri bersama tiga anak mereka masuk ke restoran yang sama. 

Si isteri mengandung, nak jalan pun dah tak larat dengan anak mereka yang berusia antara 3 hingga 12 tahun. Si suami pula leka dengan telefon di tangannya terus pergi duduk di meja berhampiran. Dengan selamba meninggal anak dan isterinya yang terkedek-kedek berjalan. 

Wanita itu kemudian beratur dengan anak perempuan sulungnya di kaunter, memesan makanan mereka untuk berbuka puasa, sementara dua lagi anaknya ditinggalkan bersama suami. Keadaan menjadi lebih teruk anak bongsu mereka mula menangis, mungkin mahu pergi ke arah ibunya atau lapar. 

Si bapa tak peduli dengan anaknya yang sedang menangis, ralit sangat dengan telefon tanpa memandang si kecil itu yang menangis kuat. Dia hanya duduk di situ dan kedengaran bunyi "Shh.. Shh.. Shh" untuk mendiamkan si kecil itu. Langsung tiada usaha untuk menenangkan anaknya. 

Isteri hanya mampu memandang anaknya dari jauh, dalam barisan di kaunter yang agak panjang dan waktu berbuka puasa sudah semakin hampir. Wajahnya sudah cukup menjelaskan yang dia penat dan kecewa. Kasihan pada anak yang sedang menangis. Semua pelanggan dalam restoran memandang mereka terutamanya si suami tak guna itu. 

Ibu dan anak perempuannya terpaksa membawa dua dulang makanan ke meja makan. Sekali lagi, lelaki itu tidak endah, membiarkan isterinya menguruskan segala-galanya, sementara mata dia hanya memandang ke arah telefon. Bisnes juta-juta agaknya sampai tak tolong isteri yang sedang sarat mengandung. 

Mereka mula makan. Lelaki itu makan seperti dia datang seorang saja, langsung tidak mempedulikan anak dan isterinya. Dia fikir dia seorang saja yang lapar ke apa? Isteri dia yang kena melayan dua anak kecil mereka itu dan tidak dapat makan dengan sempurna. Anak dia pula "nak yang ini, nak yang itu" ketika makan. 

Selepas habis makan, lelaki itu kemudian keluar untuk merokok. Tak dilupakan, telefon masih di tangan. Dia tinggalkan anak-anaknya dengan isteri yang tak dapat makan kerana terpaksa menjaga anak-anaknya. Raut wajah isteirnya sedih, sesekali memandang ke arah suaminya di luar kedai ketika anak-anaknya sedang makan. 

Bila lelaki itu masuk semula ke kedai, dia sambung makan balik. Tak peduli pun isteri dia dah makan ke belum. Tak peduli pun anak dia makan apa. Telefon memang tak lepas dari tangan. Dia deal bisnes dengan tokey mana sampai lupa anak isteri?

Kemudian, dengan malasnya dia membawa anak lelakinya ke tandas. Di kesempatan itulah si isteri berpeluang untuk makan dengan tenang. Telefon? Masih di tangan dan matanya. Pegang tangan anak pun macam nak tak nak saja. Boleh menang anugerah bapa dan suami tahunan kalau gini gamaknya. 

Personally, saya malu dengan perangai dan kelakuan lelaki berkenaan yang memegang gelaran bapa dan suami. Isteri dia mengandung, Ya Allah, memalukan kaum lelaki. Kasihan isteri dia. Ya memang, jodoh dah ditentukan, tiada pertikaian di sini tetapi takkan tak terdetik dalam hati rasa kasihan dan sayang itu?

Pesanan buat perempuan, pilihlah lelaki yang betul-betul boleh menjaga anda di waktu senang dan lapang, di waktu susah dan sempit. Terpulang pada diri masing-masing sama ada nak bercinta sebelum atau selepas nikah. Tapi saya nak nasihatkan, biar kenal betul-betul dengan siapa yang anda hendak berkahwin.

Bak kata Prof Amirul (2016), Dean School of Biological Sciences USM, pi riki dulu. (Riki = Spy, Siasat) Tengok dia macam mana. Gila ke perangai je gila-gila. Tanya kawan-kawan dia tentang sikap dia. Jangan serbu tak pakai helmet.

Ada yang gaya bak artis, travel sana-sini tapi solat Jumaat pun tak sampai. Ada yang acah islamik, ostad google/fb, status ayat islamik tapi haram pengotor, bilik bau bangkai. Itu belum lagi yang tak ada adab, pemalas dan sebagainya.

Nasihat ini juga terpakai untuk kaum lelaki. Paras wajah yang cantik tidak boleh menjanjikan kebahagian selamanya tetapi sikap dan sifat yang cantik serta karekter yang baik akan memberikan kebahagiaan yang anda tidak boleh beli dengan emas permata atau 2.6 juta dolar.

Kepada mereka yang membaca coretan ini, saya doakan anda mendapat pasangan yang baik, memahami dan faham dengan maksud tanggungjawab dan toleransi dalam rumah tangga. Semoga mendapat pasangan yang tahu dan faham makna susah senang hidup sekali. Amin. 

Ini pesanan untuk diri sendiri juga. Semoga menjadi suami dan ayah yang baik. Jadi contoh yang terbaik. Umur 25 tahun tapi nak kahwin, lambat lagi. 


Sumber : Gengviral

Penyanyi Baru Wany Hasrita Terima Dugaan Menakutkan, Kena Ugut Bunuh

Penyanyi Baru Wany Hasrita Terima Dugaan, Kena Ugut Bunuh



Nama penyanyi Wany Hasrita kini sedang meningkat naik. Malah Wany juga tercalon sebagai artisd baru dan penyanyi popular di ABPBH baru-baru ini.

Lagu nyanyian Wany iaitu "Menahan Rindu" ternyaat diterima dengan baik oleh para pendengar dan video klipnya di YouTube sudah mencecah 15 juta tontonan.

Namun baru-baru ini, ada kisah yang kurang enak didengar terkena kepada Wany Hasrita.

Wany menerima ugutan bunuh menerusi laman IG miliknya. Memang menakutkan.

Ini perkongsian dari Wany Hasrita sedniri tentang hal ini:

“Kejadian ini berlaku tiga minggu lepas. Saya diganggu oleh seorang peminat fanatik menerusi mesej dan komen di laman Instagram.

“Dia menghantarkan komen dan mesej yang berbunyi seperti, ‘jangan sampai aku jumpa kau perempuan miang, aku bunuh kau nanti’.

“Hampir tiga kali saya menyekatnya di laman Instagram dan dia tetap akan muncul dengan nama yang lebih kurang sama dan mengganggu saya.

“Sebagai solusi, saya mengambil tindakan dengan menyimpan segala ‘screen shot’ komen dan mesej yang dia hantar kepada saya. Saya juga memberi amaran kepada dirinya. Saya katakan kepadanya, negara kita ada undang-undang dan pihak berkuasa pasti akan dapat mencari siapakah dia,"


Ugutan ini satu perkara yang amat serius dan kes ini boleh menjadi kes polis jika berlarutan. Nasib baik peminat berkenaan sudah berhenti mengganggu Wany Hasrita.

'Dia tutup mulut, tumbuk perut & muka' - Mangsa Cabul


ALOR SETAR, KEDAH - Susulan kes seorang lelaki yang didakwa mencabul wanita dibelasah sehingga maut, mangsa tampil menceritakan kejadian sebenar. 

"Saya duduk dalam tandas. Lepas itu saya dengar pintu tandas sebelah ditutup. Saya pun buka kunci nak keluar, pintu tandas sebelah terbuka, dia masuk dalam. 

"Dia tutup (tekup) mulut, saya gigit tangan dia menyebabkan saya ditumbuk di bahagian perut. Saya cuba melawan dan menjerit meminta tolong. Dia tumbuk muka saya," demikian kata mangsa dalam video yang dimuat naik oleh Liana Norziatul. 

Mangsa terus cuba melawan dan menjerit meminta tolong menyebabkan lelaki itu menolaknya sehingga terjatuh sebelum melarikan diri. 


Sementara itu, ibu kepada lelaki terbabit, Rusni Saad, tidak percaya dengan dakwaan itu yang menjadikan punca anaknya dibelasah. 

"Siapa tak sedih kalau perkara ini berlaku pada anak sendiri," katanya. 

Adik bongsu lelaki terbabit, juga terkilan abangnya tidak diberi peluang untuk membela diri dan dipukul tanpa belas kasihan. - The Reporter

Laporan berkaitan: