'Ramai yang tegur kenapa muka jadi begini' - Wanita kongsi 7 produk atasi masalah breakout



Alhamdulillah muka saya dah pulih kembali dari breakout yang teruk sangat. Masih ingat lagi pada masa itu, bangun pagi nak cuci muka. 

"Eh? Apa ni, muka kasar-kasar?"

Bila tengok cermin, ya Allah. Kenapa muka jadi begini? Di bahagian dahi, naik biji-biji yang ada air bisa. Memang geram, rasa nak kikis saja dahi pada masa itu. Di pipi, biji pasir. Kena tahan diri dari memicit sebab semua itu kuman. Nanti semakin merebak pula jadinya. 

Ramai orang tegur kenapa muka jadi begini, sebab sebelum ini memang muka okay. Muka saya mula jadi begini pada bulan Mei sebab alahan terhadap habuk dan pernah juga disebabkan saya tersalah pakai produk. 

Alhamdulillah muka saya sembuh pada raya baru-baru ini. Nasib baik, kalau tak raya murung saja muka dengan menghadap breakout ini. Lebih kurang sebulan lebih juga nak pulih kembali. 

Sekarang parut dah tinggal merah-merah saja dan adalah jerawat hormon yang naik kadang-kadang. Kalau makan kekacang, naiklah. Tetapi dah tak perlu risau sebab dah tahu nak pakai apa dan cepat kecutkan jerawat. Masa jadi begini, mak dan ayah siap ajak pergi ke klinik sebab dah teruk. Dah guna ubat klinik pun tak okay juga. 

Terima kasih kepada Alyf Afiq, my biggest supporter. I love you. 

Saya kongsikan ya, ada kapsyen di setiap gambar. Semoga bermanfaat untuk kita semua. 


GARNIER MICELLAR CLEANSING WATER

Okey, cleanser ini wajib kita gunakan untuk remove make up. Even pakai bedak sikit saja pun wajib remove dulu sebab nak pastikan muka kita bersih. Remove make up guna kapas biasa yang kita gunakan itu. Boleh dapatkan di Watson atua Guardian. Harganya dalam RM14. Kalau ada sale, lagi murah boleh dapat. Tahan sebulan. Ini botol yang keempat saya gunakan. 


CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER

Selepas remove make up, saya cuci muka guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Cepathil ini ada dua jenis, untuk kulit normal dan kulit alergik. Saya gunakan yang jenis ini dan memang best sangat selepas cuci muka. Rasa lembut saja dan tak berbuih. 

Sangat disyorkan untuk kulit breakout. Tetapi jangan pakai sekejap saja, tengok muka tak berubah dan terus tinggalkan. Ia mengambil sedikit masa dan perlu pakai sehingga muka pulih kembali. Selepas itu kulit muka akan menjadi lebih licin. 

Harganya lebih kurang RM40. Untuk kulit alergik, harganya RM60+. Ini botol keempat yang saya gunakan. 


SAFI ANTI JERAWAT

Safi Gamat ini elok untuk jerawat dan ia mengandungi habbatus sauda. Contoh kalau Cetaphil dah habis, kita boleh cover yang ini. Harga tak ingat berapa sebab dah lama beli. 


AIKEN TEA TREE OIL

Selepas cuci muka, lap muka bagi kering dengan tuala bersih atau kapas muka. Kemudian gunakan toner ini. Jerawat cepat kecut, ia melindungi muka kita dari jerawat. Memang best sangat-sangat. Harga dalam RM5 sahaja. 


JEJU ALOE

Selepas toner dah kering, gunakan moisturizer ini pula sebab muka kita memang wajib ugna moisturizer bagi mengelakkan muka mnejadi kering. 

Alhamdulillah sepanjang guna, memang muka lembut saja rasanya. Aleovera memang elok, kan? Tapi pastikan beli yang asli, jangan beli yang siam pula. Ini saya beli di The Face Shop. Tahan lama. 


TIDACT GEL

Gunakan Tidact ini apabila muka naik jerawat hormon. Yang jerawat period, jerawat alergik seafood, pakai sikit sahaja di jerawat yang timbul. Jangan terlampau banyak. Harganya RM20. Boleh beli di farmasi berhampiran anda. 


JUS SLIMMING DAN DETOX

Kita juga wajib detox badan kita. YAng makanan berminyak atau yang tak elok untuk penghadaman kita kena cuci bagi usus bersih. Sebab dari usus kotorlah macam-macam naik di muka. Pastikan yang ada kolagen kerana kolagen yang akan memberi kulit kita gebu gebas putih. 

Jus slimming detox ini bagus sebab diperbuatdaripada buah-buahan dan juga vitamin. Harganya dalam RM80, sesuai untuk semua. 

Yang ini saya ada jual sebab elok. Kulit cantik boleh putih dan kurus sekali. Terus jadi ejen sebab produk best. 

Kulit yang tiada masalah pun boleh amalkan juga. Takkan nak tunggu kulit rosak baru nak mula amalkan, kan? 

Nota kaki: Kalau muka breakout, mesti ada parut, kan? Kalau parut, kita kena pakai scrub untuk buang kulit mati. Sekurang-kurangnya seminggu dua kali pun sudah memadai. Banyak produk scrub yang ada di pasaran. Jadi boleh pilih saja. Tetapi saya selalu buat sendiri, jimat. 

Bahan-bahan untuk scrub:

1. Beras yang direndam semalaman. Segenggam saja pun cukup. Beras buat kulit kita lembut. 

2. Kunyit hidup/serbuk. Kunyit berfungsi mematikan kuman dan mengecutkan jerawat. 

Kisar kedua-dua bahan ini dan tempek di muka. Sewaktu nak kisar, letak air beras yang digunakan untuk merendam beras semalaman itu sedikit. 

Pakai dalam masa setengah jam atau sampai kering di muka. Kemudian cuci dengan air suami dan usap-usap seperti buat scrub. Nanti white head, black head semua hilang. Kulit mati pun keluar. Air suam berfungsi bagi pori terbuka dan akan mengnyahkan minyak-minyak yang tersumbat pada pori. Kemudian bilas dengan air sejuk untuk tutup semula pori. 

Sumber: Amyrah

Belum sempat 'makan luar', suami dicekup bersama pelacur


JIANGXI, CHINA - Seorang lelaki berusia 27 tahun yang sudah berkahwin, ditahan bersama seorang pelacur sebelum sempat melakukan hubungan seks, lapor China Press. 

Difahamkan, Sun, 27, sebelum itu sedang menikmati makan malam dengan isteri dan rakan-rakannya pada 26 Julai, Rabu lalu. 

Sun yang kehabisan rokok kemudian memaklumkan isterinya bahawa dia mahu pergi ke kedai berhampiran untuk membeli rokok. Dalam perjalanan ke kedai, Sun ternampak seorang pelacur seksi yang sedang menunggu pelanggan. 

Tidak dapat mengawal nasfunya yang membuak-buak, Sun membuat keputusan untuk mengambil kesempatan itu untuk melanggan pelacur, sementara isteri dan rakannya masih berada di kedai makan, menunggu dia kembali dari membeli rokok. 

Malangnya, hasrat lelaki itu terbantut apabila dia ditahan kerana pada waktu itu sepasukan polis telah datang dan memeriksa hotel berkenaan. 

Ketika dalam perjalanan menuju ke bilik di mana pelacur terbabit menunggu, Sun terserempak dengan polis di koridor tingkat tujuh. Oleh kerana Sun berkelakuan agak mencurigakan, polis terus menahannya dan menyiasat lelaki itu. 

Setelah disiasat, akhirnya lelaki itu mendedahkan tujuannya datang ke situ dan mengakui dia melanggan seorang pelacur yang sedang menunggunya di bilik nombor 714. 


Berdasarkan pengakuan Sun, polis telah pergi ke bilik 714 dan mengetuk pintu bilik beberapa kali. Tetapi tiada sebarang respon dari penghuni di dalam bilik. Namun mereka terdengar bunyi bising dari bilik itu dan selepas 20 minit, polis terpaksa memecahkan pintu bilik dan mendapati ada seorang wanita di dalamnya. 

Selepas disiasat, polis menemui sejumlah besar kondom dan wanita itu juga turut mengaku bahawa dia adalah pelacur. 


Sun dan pelacur itu kemudian dibawa ke balai sebelum polis memaklumkan penahanan Sun kepada isterinya. 


Isteri Sun tiba di balai polis dalam keadaan yang binggung dan menyangka polis tersilap menahan orang. Apabila dia bertanya pada suaminya yang menceritakan segala-galanya, wanita itu menjadi marah dan terus beredar meninggalkan lelaki itu di balai polis. 

Remaja dirogol 5 lelaki yang baru kenal di WeChat secara bergilir-gilir


KOTA KINABALU, SABAH - Lima remaja lelaki berusia 13 hingga 18 tahun ditahan dipercayai merogol seorang remaja perempuan 15 tahun secara bergilir-gilir di sebuah bangunan terbiar di Manggatal, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 petang Rabu lalu, mangsa yang baru mengenali lima remaja lelaki itu melalui aplikasi WeChat tiga minggu lalu, bertemu di sebuah taman. 

"Siasatan mendapati mangsa mulanya menemui lima suspek di sebuah taman di Manggatal sebelum suspek terbabit mempelawa mangsa ke sebuah bangunan usang di sekitar Manggatal. 

"Mangsa mendakwa dipaksa mengikut suspek ke bangunan terbiar itu dengan berjalan. Ketika dalam perjalanan, mangsa cuba melarikan diri. Namun suspek menghalangnya dan berjanji akan menghantar mangsa pulang ke rumah," katanya. 


Bagaimanapun, sebaik saja tiba di bangunan itu, mereka hanya berbual-bual kosong sebelum suspek memaksa mangsa berbaring di lantai. 

Mereka kemudian berbual-bual dalam masa dua tiga minit sebelum kelima-lima suspek bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir. 

"Hasil maklumat orang awam dan risikan polis, kelima-lima suspek berjaya diberkas polis dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas mangsa membuat laporan polis. 

"Semua suspek berusia 13 hingga 18 tahun direman untuk siasatan lanjut selama tujuh hari bermula Jumaat lalu sehingga 3 Ogos depan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpulan. 

Justeru, polis menasihatkan golongan ibu bapa agar tidak membiarkan anak terutamanya anak perempuan berjalan seorang diri bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa rogol.

Buat Pertama Kalinya..Aliff Aziz Buka Mulut Tentang Kontroversi Yang Melanda

Buat Pertama Kalinya..Ini Komen Aliff Aziz Tentang Kontroversi Yang Melanda



Aliff Aziz kini menjadi tumpuan ramai tentang kontroversi yang melandanya.

Ramai yang tertunggu-tunggu komen dari selebriti dari Singapura ini.

Akhirnya Aliff Aziz yang telah dibebaskan dari pihak polis telah membuat komen tentang isu rumah tangganya.

Aliff Aziz mengesahkan sudah berdamai dengan isterinya Bella Astillah.

Sebaik sahaja dibebaskan atas jaminan polis semalam Aliff Aziz terus berjumpa Bella Astillah dan keluarga mertua.

Aliff menjelaskan dia sudah pulang ke rumah sejak semalam untuk bertemu isteri, anak dan keluarga mentuanya dan terus meminta maaf.

Bella sekeluarga telah menerima permohonan maaf dari Aliff Aziz.

Ini komen Aliff:

SAYA MINTA MAAF

"Apa saya boleh katakan, ini membabitkan hal rumah tangga kami. Tidak semua yang tular itu betul. Sebagai lelaki, saya berani akui kesilapan diri. Apa saya buat silap, saya mengaku.

"Setiap manusia pasti buat salah. Saya dah mulakan hidup baru. Apa orang nak cakap sekalipun, saya terima dan kena hadap,"

"Ketika berjumpa Bella, saya terus minta maaf. Alhamdulillah dia memaafkan saya. Macam mana sekali pun saya tetap suaminya.


BUKAN KAKI PUKUL

"Ingin dijelaskan juga saya bukan kaki pukul seperti dihebohkan. Saya tak memukul Bella pun. Malah dalam laporan polis, Bella tak cakap pun perkara itu. Bergelut dan belasah dua perkara berbeza.

"Memang betul saya buat salah, tapi dia tahu saya takkan sampai ke tahap itu. Berita tak betul seperti itu membuatkan Bella terkilan,"


BUAT SIDANG MEDIA ESOK

"Saya berharap apabila berjumpa rakan media esok semua orang akan jelas dan faham. Tidak ada lagi cerita yang bukan-bukan diperbesar-besarkan. Saya pun kalau boleh tak nak isu ini berpanjangan.

"Saya yakin akan ada soalan yang menyentuh pihak lain. Saya nak maklumkan awal-awal, perkara itu memang takkan diperkatakan. Bagi saya perkara ini membahayakan.

"Saya pun tak berhubung dengan pihak sana dan tak tahu apa tindakan mereka. Apa yang penting adalah rumah tangga dan keluarga saya sekarang,"


Maka mari kita sama tunggu penjelasan lebih lanjt dari Aliff Aziz tentang kontroversi ini pada hari esok.

Sumber: HarianMetro

'Sambil dukung Yusra, perlahan-lahan dia ke pintu keluar tengok kiri kanan' - Ibu dedah bayinya hampir diculik


Acapkali kes anak-anak kecil dilarikan oleh individu yang tidak dikenali, yang modus operandinya "Tak apa, dukung sekejap". Namun masih ramai ibu bapa yang tidak mengambil iktibar dari kes-kes yang berlaku. Terbaru seorang ibu berkongsi cerita di mana bayinya yang berusia lima bulan hampir dilarikan tiga individu. 

LOKASI: KEDAI RM2, MERSING, JOHOR

Tengah dukung Yusra sambil menunggu giliran untuk membuat bayaran. 

Lelaki: "Alaa, comelnya." 

Saya: *Sekadar senyum sahaja..." 

Makcik: "Meh makcik dukung, banyak barang nak bawa tu."

Saya: "Eh? Tak apa, boleh je.

Makcik: "Tak apa, meh pinjam pegang jap. (Terus dia ambil Yusra). Nampak kecil tapi boleh tahan dukungnya. Berapa bulan?" 

Saya: "Lima bulan cik. Berat tak sampai enam kilogram pun. Mungkin berat tulang."
Makcik: "Duduk mana? Anak baru seorang ni ke? Dia memang tak menangis ye?" 

Saya: " Ye, baru seorang ni je. Dia jenis tengok orang, kadang-kadang menangis juga."


Makcik itu sambil gomol-gomol Yusra, perlahan-lahan pergi ke pintu keluar tengok kiri kanan. Saya terus follow makcik itu rapat-rapat dan minta Yusra dikembalikan kepada saya. 

Makcik: "Suami mana? Eh tak apalah, makcik pegang. Makcik tunggu depan ini saja." 

Saya: "Eh tak apa. Suami ada di situ." (Padahal suami sedang potong rambut dan saya terus ambil Yusra dari tangan makcik itu). 

Makcik itu kemudian gelak hambar. Lelaki dan perempuan yang tengah nak bayar pun gelak sekali. Terus makcik itu tunggu di luar kedai. 

Selesai lelaki dan perempuan yang gelak tadi bayar, giliran saya pula. Dah habis bayar, saya jalan menuju ke arah kereta Rupa-rupanya mereka bertiga mengenali sesama diri dan kereta mereka diparkirkan betul-betul di depan kedai. Allah, cubaan nak menculik anak saya! 

Saya terus masuk dalam kereta. Saya kejar mereka dan berjaya menangkap gambar kereta mereka dan makcik itu. Selepas itu saya terus pergi berjumpa dengan semua dan mengadu mengenai insiden yang berlaku tadi sambil menangis-nangis. 

Saya selalu baca kisah yang orang kongsikan di media sosial dan tak sangka kali ini berlaku pada diri sendiri. Saya memang tak sampai hati kalau katakan 'tidak' pada orang-orang yang tidak dikenali sebelum ini jika mereka mahu mendukung anak saya. Saya selalu layan atau senyum kalau ditegur orang yang tidak dikenali. 

Tetapi selepas kejadian itu, saya memang tak akan berlembut hati lagi selepas ini. Makcik itu pakai tudung tutup litup, berjubah tetapi berniat tidak baik. Ingat orang buat anak senang macam baca ABC ke? Even baca A-Z sebanyak 20 kali pun belum tentu dapat anak. Kalau senang dapat ank pun, ingat boleh ke suka-suka nak menculik anak orang? 


Saya tak boleh bayangkan kalau saya leka atau biarkan saja dia bawa Yusra keluar dari kedai. Tentu-tentu dia terus masuk ke kereta sebab dia park betul-betul di depan kedai. 

Kepada ibu bapa semua, tolong katakan tidak kepada orang yang tidak dikenali bilamana mereka mahu mendukung atau mengambil anak anda. Tak kisahlah orang nak kata kita poyo ke, kedekut anak ke, yang penting anak kita selamat. 

Ingatkan di pusat-pusat beli belah dan tempat sesak saja ada orang seperti ini. Rupa-rupanya kedai RM2 pun ada jenis orang yang buat kerja jahat ini. Tolonglah, jangan mudah dan jangan sesekali leka walaupun seminit. Mereka buat kerja sangat pantas. Semoga Allah melindungi kita dan keluarga kita sentiasa.

Sumber: Kenk Kirana