'Bila masa itu tiba, kita pula yang rindu'


Membesarkan anak merupakan cabaran buat ibu bapa. Dengan zaman ini yang bermacam-macam tips di media sosial. menjadikan kita adakalanya tak tahu nak ikut tips yang mana. Namun, bagi lelaki ini, ibu bapa sepatutnya lalui dan menghayati perkembangan anak-anak membesar kerana suatu masa nanti, kita pasti akan rindu dengan ragam dan keletah mereka.  

BILA tengok anak-anak tidur, sedih bila teringat apa yang mereka lalui siang tadi. Kadang-kadang kena marah, kadang-kadang kena jerkah. Tetapi mereka stay cool. Selepas itu minit, mereka happy semula. 

Keesokannya, loop yang sama berlaku lagi. Mereka bermain, menyanyi, berlari, melompat dan sebagainya. Kadang-kadang kita marah lagi, jerkah lagi. 


Loop ini berterusan sehinggalah sampai satu hari nanti, dia tidak lagi menyanyi-nyanyi di depan kita. Tidak lama selepas itu, mereka tidak lagi melompat-lompat di atas sofa dan katil. Tidak lama selepas itu, tiada lagi berlari-lari dua beradik dari ruang tamu masuk ke bilik tidur dapur sampai terjatuh bunga kita. 

Rupa-rupanya mereka dah besar. Peluk pun dah tak nak. Dicium puas-puas seperti dulu pun tak mahu. Rimas dah didukung-dukung seperti dulu. Segan dah nak diajak baring di pangku sambil kita baca-baca. 


Tiada lagi memori hancurkan bilik air. Tiada lagi budak kecil habiskan syampu dan shower cream sebotol. Tiada lagi kes berus gigi semua dimasukkan dalam lubang tandas. 


Bila masa itu tiba, kita pula yang rindu. Saya pun sama, kadang-kadang rindu pula moment-moment Uwaees sikit-sikit nak letak pipinya dengan pipi saya. 

Alhamdulillah dia masih setia meminta saya memegang tangannya selalu. Nanti bila dah sekolah, duduk pula di asrama, mesti lagi sunyi, kan? 

Sumber: Nur Firdaus

Selepas Teruk Dikecam Kerana Gelar Bella Meroyan, Akhirnya Anzalna Nasir Tampil Buka Mulut

Selepas Teruk Dikecam, Akhirnya Anzalna Nasir Tampil Buka Mulut



Anzalna Nasir turut terpalit dengan kontroversi adiknya Afifah Nasir dengan Aliff Aziz.

Ini setelah pelakon ini menggelar Bella Astillah sebagai wanita yang sedang meroyan kerana baru melahirkan cahaya mata. (BACA SINI)

Memang teruk Anzalna dikeacm orang ramai kerana komennya itu.

Akhirnya Anzalna telah tampil memberi kenyataaan dan memohon maaf atas keterlanjuran katanya kepada Bella Astillah.

Ini kenyataan Anzalna:


DIKECAM TERUK

"Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi?


AKUI AYAT ITU TAK PATUT KELUAR

"Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita.


MOHON MAAF

"Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana,"

TUTUP RUANG KOMEN

"Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini.


GEMBIRA LIHAT ALIFF DAN BELLA BERBAIK

"Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama.

"Berkenaan dengan kejadian tersebut, saya harap semua pihak boleh menantikan sendiri kenyataan dari adik saya,"

Semalam dalam satu sidag media, Bella akui terkejut dengan ayat 'meroyan; yang ditulis Anzalna kepadanya. (BACA SINI)

'24 kesan kecederaan di badan mangsa' - Budak 3 tahun mati didera ibu tiri


LIMBANG, SARAWAK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik mandi di rumahnya di Kampung Terimah, Khamis lalu, 27 Julai 2017. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang di Kampung Terimah, mangsa, Kelvin Weychelly Bangga Justin, 3, ditemui tidak sedarkan oleh ibu tirinya selepas ditinggalkan bermain air di dalam besen. 

Difahamkan, mangsa berseorangan di dalam bilik mandi sementara ibu tirinya berada di dapur untuk memadam api dapur. 

Lapor Utusan Borneo, ibu tiri mangsa mendakwa kanak-kanak itu cedera akibat terjatuh dan terbaring ketika bermain di lantai bilik air.

Melihat keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri, wanita berusia 22 tahun itu kemudian membawa mangsa ke Hospital Limbang untuk pemeriksaan lanjut. 

Sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. 

Bagaimanapun, doktor menemui kesan lebam di dahi, belakang badan, perut dan kesan luka pada bahagian ari-ari, belakang cuping telinga kanan, mulut, hidung serta punggung mangsa. 

Kesan kecederaan pada badan mangsa yang begitu banyak membuatkan ibu bapa mangsa berasa curiga dengan laporan polis yang dibuat oleh ibu tiri mangsa dan meminta siasatan lanjut dijalankan kerana terdapat unsur penderaan pada mangsa. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, keputusan hasil bedah siasat Hospital Miri menyatakan mangsa meninggal dunia berpunca akibat asfiksia (lemas) kerana ditekup sesuatu. 

"Wanita berusia 22 tahun berkenaan direman hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya memetik laporan dari Harian Metro. 




Sementara itu, ibu saudara mangsa, Avril Lex Huii, 28, berkata, terdapat 12 kesan kecederaan di kepala, 12 kesan kecederaan di badan dan 2 retakan di tangan mangsa, selain ada luka di badan seperti dicucuh dengan rokok. 

"Pemergian Kelvin membuatkan bapanya sunyi. Tiada kedengaran jeritan dan teriak Kelvin bila bapanya pulang dari kerja. Tiada lagi yang menceriakan bapanya yang kepenatan setelah pulang dari bekerja. Tiada senda gurauan ketawa riangnya lagi. Tiada lagi si anak belari-lari. 

"Selepas ibu bapanya berpisah dan hak penjagaan diperoleh bapanya, ingatkan dua beranak ini sudah bahagia. Tetapi datang pula seorang manusia yang tidak berperikemanusiaan menyakiti Kelvin. 

"Kasihan si kecil, menghembuskan nafas terakhir bukan di atas pangkuan bapanya. Dia hembuskan nafas terakhir kerana sudah tidak tahan dengan kesakitan yang dia rasa selama ini. 

"Kasihan kau anak, tiada satu pun peluang pun untuk kau melawan sebab kau masih kecil. Kasihan kau didera sampai jadi begini. Bukan main sayang lagi bapa kau pada kau. 


"Kepada si ibu tiri, kau ingat kau dah bunuh Kelvin, kau boleh jadi 'Queen' untuk bapanya? Kau silap, sekarang berdepanlah dengan hukuman tali gantung di penjara. 

"Nak berkahwin dengan duda tetapi tak nak terima anaknya, hanya mahukan harta sahaja. Lebih baik tak payah," luah Avril di Facebooknya semalam. 

'Kami tak sedar langsung perbuatan dia' - Mangsa


KLCC, KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2017

Ya Allah. Minta jasa baik kawan-kawan tolong saya share dan viralkan dua ibls dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ini. Manalah tahu kalau ada orang yang cam muka mereka. 

Purse isteri dengan duit dan segala kad penting telah dicuri ketika berada di Butik Zara, KLCC. Muka suspek sangat jelas dan telah banyak kali kes yang sama berlaku di sini dengan modus operandi yang sama. 

Geram sangat. Sebarkan agar tidak berlaku kepada orang lain. 

Dua suspek perempuan disyaki berumur lebih kurang 40-an. Mereka sangat licik dalam melakukan perbuatan mereka yang juga mungkin menggunakan ilmu pukau. 

Saya dan isteri memang tidak menyedari langsung perbuatan licik mereka semasa kejadian itu berlaku walaupun isteri dihimpit sedekat ini seperti yang ditunjukkan dalam video. 

Hati-hati kepada pasangan yang ada anak kecil kerana suspek memang menyasarkan mangsa-mangsa yang berkeluarga. Kasihan isteri saya, dia masih dalam keadaan trauma. Laporan polis juga telah dibuat. 


Sumber: Muhamad Hafiz Rejab

'Saya harap si anak berbangga dengan pengorbanan ayahnya'


Semalam pergi ke kedai fotostat, buat salinan surat beranak Aimi dan sijil nikah saya sebab nak buat pertukaran Aimi ke sekolah lain. Kedai buka jam 10 pagi. Sampai di kedai jam 9.50 pagi. Jadi kenalah menunggu dulu di depan kedai. Ada juga yang sedang berdiri menunggu di depan kedai. Barangkali mereka ada urusan yang sama.

Okey, tepat jam 10 pagi. 

"GEDEGANGGG!!!!!" 

Bunyi pintu shutter. Satu lorong boleh dengar. Kedai dah buka. 

Semasa saya keluar, bau busuk menikam dan menusukan ke dalam hidung. 

"Adoii, busuknya..." terdetik dalam hati. 

Oh, patutlah. Lori sampah rupanya. Lori sampah itu berhenti betul-betul di depan kedai yang sama. Kelihat seorang kelindan lori sampah turun tergopoh-gapah sambil membawa satu beg kecil berlari-lari anak menuju ke kedai yang sama. 

"Cepat!! Nanti ada kereta nak lalu!" jerit pemandu lori. 

"Iye! Iye! Dua helai saja," balas lelaki itu. 

Lelaki itu memang nak cepat, dia keluarkan sebuah buku teks subjek Sains tahun lima sambil mencari-cari muka surat yang hendak dibuat salinan. 

"Kak, saya nak ini satu, ini satu," katanya sambil menunjukkan helaian yang hendak dibuat salinan. 

Saya buat andaian, mesti untuk anak dia. 

Apabila dia selesai, dia cepat-cepat memasukkan buku teks dan salinan yang dilipat kemas ke dalam beg sandang dengan senyuman yang betul-betul ikhlas dari seorang ayah. Serius saya memang terharu pada masa itu. 

Dari raut wajahnya, memang nampak dia puas sebab dapat membantu anaknya. 

"Anak minta tolong sebab nak buat kerja sekolah. Saya tak bagi dia keluar sendiri, bahaya sekarang ni," jelasnya, mungkin dia perasan saya memerhatikannya dari tadi. 

Saya angguk sahaja sambil senyum. Kagum benar saya pada abang ini. 

Dia berlari semula ke lori dan meletakkan beg di depan dan kemudian berdiri lagi di belakang lori sampah. "Okey, jalan!" jerit abang itu kepada pemandu lori. 

Dari kerjayanya sudah tentu bukan dari golongan orang senang bermain dengan bau busuk. Dari raut wajahnya, saya nampak hidupnya susah atau mskin. Tetapi mempunyai hati dan jiwa yang kuat untuk memastikan anaknya berjaya dan keselamatannya terjaga. Biar hidup miskin tetapi ada punca pelajaran. 

Tengah bekerja, sanggup terkejar-kejar untuk membantu anaknya membuat salinan untuk buat kerja sekolah. Saya dapat bayangkan bagaimana anaknya meminta tolong dari ayahnya dan tanpa mengeluh si ayah mencuri sedikit masa bekerja untuk membantu anaknya. 

Perkara ini betul-betul membuatkan saya sedar., yang selesa ini, yang ada masa ini dan yang ada kereta ini sering beri pelbagai alasan sibuk dan tiada masa bila anak meminta bantuan. Nak tengok kerja sekolah anak pun jarang-jarang. 

Saya berharap agar anak abang itu berbangga mempunyai seorang ayah walaupun hanya bekerja sebagai seorang kelindan lori sampah. 

Pengajaran untuk saya.