'Kau ni sepatutnya dari kecil mati, besar menyusahkan aku!'


Mendidik anak agar mereka menjadi anak yang baik memerlukan kesabaran yang tinggi. Adakalanya ibu bapa kurang sabar dan memarahi anak mereka dengan tindakan dan kata-kata yang keterlaluan. Sedih bila dengar kata-kata maki hamun pada anak yang masih belum mengenal erti baik dan buruk sesuatu perkara itu. 

Sebaik-baiknya, cubalah bersabar bila mendidik anak-anak. Bak kata Encik Matt atau Muhammad Ahmad, jika anak degil, peluklah mereka. Kenapa peluk dan bukankah peluk itu perkara biasa sahaja? Baca seterusnya perkongsian beliau di bawah.

SAYA sedih kalau dengar orang maki hamun anak. Ada yang saya dengar:

"Kau ni sepatutnya dari kecil dah mati, besar menyusahkan aku!" 


Allahu, sungguh saya sedih mendengarnya. Lebih-lebih lagi jika ia datang dari mulut seorang ibu. 

Saya ingat lagi jumpa sepasang suami isteri, tabah mereka 10 tahun kahwin tidak dapat anak. Senyum saya tengok merekta, tidak pernah putus memuji Allah walaupun dah bermacam usaha yang mereka buat. Kasihnya mereka setiap kali jumpa anak-anak kecil, pasti mereka akan bagi duit. Sentiasa bersangka baik kepada Allah. 

Tuan puan, marah macam mana pun, jangan maki hamun anak-anak. Peluk mereka setiap hari kalau degil, belanja mereka makan. Mereka degil keras kepala ini sebab mereka tidak pernah dipeluk kita, tidak pernah dicium kita, tidak pernah dipuji, tidak pernah dengar perkataan yang baik-baik dari kita. 


Saya belajar dari orang alim, setiap hari peluk anak, setiap hari cium dahi, tangan dan kaki anak (dua tahun). Ya, kadang-kadang saya cium kaki anak semasa dia tidur di sebelah saya. Saya doa agar kaki ini bila dewasa kelak akan banyak berjalan untuk buat kerja dakwah ajak manusia kepada Allah. 

Tuan puan, lemah lembutlah dengan anak-anak. Berilah kasih sayang kepada mereka sepenuhnya. Doa kebaikan jangan ditinggalkan. Doa kuat-kuat depan mereka, puji mereka 'Muhamad anak yang baik ni, anak yang soleh ni, anak yang sayang abi dan umie ni'. Dan solat hajat khusus setiap hari agar anak ini menjadi anak yang soleh solehah. 

"Anak hadiah dan amanah dari Allah, peluklah" 

Lelaki dipenjara kerana rakam video anak perempuannya sedang mandi


SINGAPURA - Seorang lelaki yang merakam video anaknya berusia 21 tahun dalam bilik mandi, dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan, isnin, semalam, lapor Straits Times

Lelaki warganegara Malaysia berusia 48 tahun itu mengaku bersalah di atas tuduhan merakam video anaknya yang sedang mandi di bilik air di kediaman mereka di Toh Yi Drive, pada Julai 2016. 

Tertuduh yang tidak dibenarkan namanya didedahkan oleh mahkamah difahamkan tinggal bersama anak perempuannya dalam bilik sewa. 

Menurut mangsa yang kini berusia 22 tahun berkata, sekitar bulan Julai 2016 ketika dia sedang mandi, dia ternampak sebuah telefon bimbit berwarna hitam diikat pada paip di bawah besen. 

Kemudian mangsa mengambil telefon itu dan menyedari telefon tersebut dalam mod merakam video. Mangsa menghentikan rakaman video itu dan memainkan semula video yang telah dirakam, yang menampakkan dirinya dalam keadaan bogel ketika mandi. 

Mangsa kemudian memeriksa telefon itu dan ternampak beberapa video lain yang menampakkan wajah bapanya yang sedang melaraskan telefon itu bagi mencari posisi yagn terbaik. 

Apabila mangsa berdepan dengan bapanya, lelaki itu mengaku dia mula melakukan perbuatan itu sejak dua minggu yang lalu. Mangsa yang berang terus membuang keseluruhan video itu dan memulangkan telefon itu kepada bapanya.

Mangsa kemudian berpindah keluar dan tinggal di rumah rakannya. 

Tertuduh mengaku yang dia telah merakam video itu untuk tujuan peribadinya sahaja. Malah dia mengaku masih menyimpan 20 klip video anak perempuannya yang sedang mandi di dalam telefonnya yang lain, tetapi telefon itu telah hilang dari simpanannya. 

Pada 5 April 2017 kira-kira jam 3.10 pagi, tertuduh dilaporkan cuba membunuh diri. Namun sempat dihalang sebelum ditahan oleh pihak berkuasa negara itu. 

'Bila saya tegur jangan tidur dengan anak perempuan, suami kata saya kolot'


Anak-anak yang telah akil baligh atau telah mencapai usia 10 tahun, tidak boleh tidur bersama ibu atau bapa. Hal ini demi menjaga kemaluan dan menjauhkan diri dari fitnah. 

SAYA seorang isteri dan ibu kepada tiga orang anak. Anak perempuan (sulung) berusia 15 tahun, dibawahnya anak lelaki berusia 11 tahun dan anak bongsu lelaki berusia 7 tahun. Alhamdulillah anak-anak tak banyak karenah. 

Cuma saya nak minta pendapat dari ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana. Perlu ke saya bataskan pergaulan anak dengan suami saya? 

Begini ceritanya. Anak perempuan saya sangat rapat dengan ayahnya dan boleh dikatakan lebih kurang lima kali seminggu suami saya tidur dengan anak perempuannya. 

Saya pernah menegur perbuatan suami bahawa adalah tidak elok buat begitu sebab anak perempuan kami sudah berusia 14 tahun, dah besar. Tetapi suami tidak dapat menerima teguran itu dan menuduh saya berfikiran kolot serta negatif. Padahal saya langsung tidak berfikiran seperti itu.

Anak perempuan saya dah akil baligh dan badan dia dah menyamai remaja perempuan berusia 21 tahun ke atas. 

Suami saya juga selalu mandi dengan anak perempuan saya, padahal dengan anak lelaki dia tak pernah mempelawa mereka untuk mandi bersama. Suami juga agak suka bergurau kasar. Contohnya seperti menampar punggung anak perempuan saya. 

Setiap pagi saya bangun utuk kejutkan suami dan anak solat Subuh. Pagi itu saya rasa agak sedih apabila saya melihat suami tidur berpelukan dengan anak saya sambil tangannya di buah dada (maaf kalau agak lucah). 

Saya terdiam seketika. Pagi itu saya ada beritahu suami tentang perkara itu. 

"Abang, lepas ni tak payah tidur dengan anak perempuan. Abang itu suami saya, ayah kepada anak-anak kita. Tolong jangan main-main dengan agama, bang. Kita orang Islam ada batas-batas yang perlu kita ikut," kata saya. 

Suami saya mengiakan sahaja. Allahurabbi. Apa yang perlu saya buat? Risau jika semakin lama, perkara ini merebak menjadi benda yang lain. 

Dera sampai buta mata kiri, pengasuh dipenjara 5 tahun


KEMAMAN, TERENGGANU - Seorang pengasuh wanita dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret Kemaman hari ini kerana mendera seorang bayi perempuan sehingga mengalami kecederaan fizikal, lapor Harian Metro. 

Majistret Badrul Munir Mohd Hamdy menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Asmayuzi Ismail@Abdul Wahab, 33, dari Kertih, Kemaman, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Mengikut pertuduhan, Asmayuzi didakwa menganiayai mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal termasuk buta mata kiri di sebuah rumah di Taman Wan Adnan, Kertih, Kemaman, antara jam 7.30 pagi hingga 10.12 pagi, pada 27 April 2016. 


Asmayuzi dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman yang dijatuhkan itu dengan alasan sudah menyesal dan mengaku menganiaya mangsa berikutan mengalami tekanan emosi disebabkan penyakit HIV yang dihidapi akibat dijangkiti daripada suaminya seorang penagih dadah. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

(VIDEO) Inilah Punca Dua Beranak PARAH Selepas Makan Kubis !!!

(VIDEO) Inilah Punca Dua Beranak PARAH Selepas Makan Kubis !!! | Seorang wanita berusia 35 tahun dan anaknya terpaksa di kejarkan kehospital selapas keduanya termakan anak ular dalam potongan sayur kubis yang di masak lapor Indianexpress.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan doktor Dr. Dharmendra Jhanwar,sah dua beranak itu keracunan makanan kerana bisa anak ular tersebut.

Mangsa yang dikenali sebagai Afzaan Imam menjelaskan kejadian bermula ketika dirinya memasak untuk makan malam.

Dia tidak menyadari adanya seekor anak ular yang bersembunyi di dalam kubis dan mereka memotong kemudian di masak.

Bagaimana pun keadaan keduanya mulai tidak stabil beberapa jam selepas makan,hal itu di akibatkan kerana racun ular tersebut sudah bercampur dengan darah manusia.

Terkini diketahui kedua beranak berkenan masih dalam pemeriksaan lanjut,pihak hospital terus memantau keadaan mereka untuk beberapa hari kedepan.

Video berkaitan :

Kredit : EBerita

P.S. 1 – Murid Kanan Bruce Lee Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dato’ Meor Tumpaskan Bruce Lee !!!
P.S. 2 – 3 Pulau Ini Muncul Semula Setelah Hilang 10 Tahun Semasa Tsunami 2004, Lihat Apa Yang Ditemui Di Pulau Itu Pasti MEMERANJATKAN !!!
P.S. 3 – Ini Tips Paling Mudah Check Harga Flight Murah, Confirm Senang Nak Rancang Holiday !!!
P.S. 4 – Selfie Ini Nampak Biasa Bila Sekali Pandang. Tunggu Sehingga Anda Lihat Kali Kedua !!!
P.S. 5 – Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!

The post (VIDEO) Inilah Punca Dua Beranak PARAH Selepas Makan Kubis !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini