Kerjaya Malap, Sharnaaz Ahmad Tiada Tawaran Berlakon..Last Berlakon Tahun Lepas

Kerjaya Malap, Sharnaaz Ahmad Tiada Tawaran Berlakon



Pelakon popular Sharnaaz Ahmad akui berasa pelik apabila kurang menerima tawaran berlakon sejak akhir-akhir ini.

Sharnaaz yang telah berkahwin dengan kakak Neelofa, mengatakan, kali terakhir dia menjalani penggambaran ialah melalui drama Awak Sangat Nakal berganding dengan Ayda Jebat tahun lalu.


Ini komen Sharnaaz:

"Saya pelik tiada tawaran lakonan buat saya. Kalau ada pun, drama episod yang panjang. Saya terpaksa tolak kerana tidak mampu memberi komitmen berbulan-bulan.

"Bukan apa, bakat baharu, tidak kisahlah, sekurang-kurangnya mereka boleh mendapat pendapatan tetap,"


Pada mulanya Sharnaaz berhasrat untuk menerbitkan drama sendiri tetapi dia mendakwa mainan 'politik' dalam industri hiburan menyebabkan hasrat itu dilupakan.


Ini pendedahan Sharnaaz:

"Memang perkara ini (dakwaan 'politik' dalam industri seni) tampak kecil kerana mana-mana industri pun ada masalah ini. Mengapa tidak, asyik produksi sama saja yang mendapat projek.

"Jadi saya berfikir dua kali untuk menerbitkan drama. Namun, itulah, saya tidak boleh menyalahkan mereka kerana itu rezeki mereka,"


Setelah kurang mendapat tawaran berlakon, Sharnaaz tetap mempunyai rezeki lain iaitu dalam bidang perniagaan.


Ini katanya:

"Mungkin daripada segi lakonan tiada tawaran, namun Allah buka rezeki untuk saya meneroka bidang perniagaan. Alhamdulillah, saya terbabit dalam kegiatan pembinaan, pembersihan dan perdagangan.

"Saya tidak boleh mengharapkan pendapatan daripada lakonan kerana perlu memikirkan masa depan keluarga,"


Tentang perkahwinannya, Sharnaaz kini berasa amat bahagia.


Ini komen Sharnaaz:

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kehidupan sekarang, apatah lagi sentiasa berada di samping isteri membuat saya cukup bahagia.

"Saya kuat makan sekarang. Itu yang membuatkan saya berisi," 


Sumber: BH.

Dikatakan Minum "Air Kencing Syaitan" Di Pusat Hiburan, Penyanyi Syamel Jadi Tumpuan

Dakwaan Minum "Air Kencing Syaitan" Di Pusat Hiburan, Penyanyi Syamel Jadi Tumpuan  


Nama penyanyi Syamel menjadi buah mulut apabila dia dikatakan berkunjung ke pusat hiburan dan mengambil minuman keras.

Namun Syamel tempil memberi kenyataan dan telah menafikannya.

Syamel memberitahu dia memang ada datang ke pusat hiburan namun bersebab. Syamel mengunjungi pusat hiburan bukanlah untuk berseronok semata-mata, sebaliknya atas tuntutan kerja.

Ini komen Syamel:

"Sebelum menjadi artis saya adalah penyanyi jalanan yang mana sering mengadakan persembahan di sekitar Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan hadapan pusat membeli belah Sogo. Malah saya juga sering mendapat undangan untuk menyanyi di pusat hiburan.

"Sekiranya saya juga ke pusat hiburan, ia adalah untuk mendengar persembahan live band iaitu perkara yang sudah pun saya lakukan sebelum bergelar artis. Kebanyakan pusat hiburan juga menempatkan banyak restoran.

"Malah kehadirannya saya ke pusat hiburan juga disebabkan undangan menghadiri majlis sidang media ataupun acara yang diadakan di sana. Jadi saya menafikan mengambil minuman keras dan berada dalam keadaan mabuk,"

"Saya rasa mereka hanya melihat tajuk berita tanpa membaca keseluruhan cerita sedangkan saya sudah jelaskan isu berkenaan. Bagi saya, satu kerugian pada mereka kerana mereka hanya menilai dari segi luaran,"


"Saya masih tahu batasan agama dan tidak sesekali melakukan perkara yang merosakkan reputasi diri dan karier seni," 

Walaupun kesal dengan dakwaan tersebut, Syamel bersyukur kontroversi itu langsung tidak mencalarkan imej atau menggugat perjalanan karier nyanyiannya.

Itulah penjelasan dari pihak Syamel tentang isu ini.

Sumber: BH

Amy Mastura Pura Pura Pengsan Semasa Program Bersiaran

Amy Mastura Pura Pura Pengsan Semasa Program Bersiaran


Amy Mastura kini bakal menyertai racnangan hiburan popular iaiti Super Spontan.

Penyanyi dan pelakon ini bimbang tabiat melatah yang dialaminya tidak dapat dibendung apabila tampil dalam program tersebut.

Katanya, dia akan cuba mengawal keadaannya itu walaupun ia sukar dilakukan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku memandangkan rancangan itu bersiaran secara langsung.

malah Amy Mastura memberitahu dia akan berpura pura pengsan semasa program berlangsung jika gagal mengawal 'melatah'.

Ini komen Amy Mastura:

"Saya memang berdoa agar masalah itu dapat dikawal dan sedang mencari strategi untuk mengelakkan melatah ketika sedang bertanding.

"Jangan terkejut kalau saya perlu berpura-pura pengsan semasa program bersiaran!


"Sebenarnya melatah ini di luar kawalan jadi saya tak berani nak janji cuma harap ia dapat dikawal,"


Sementara itu, Amy berkata, dia tidak kisah sekiranya lebih dikenali sebagai pelawak selepas menyertai program itu.

Ini komen Amy lagi:

"Sebenarnya saya bukanlah lawak sangat pun tetapi kalau orang nak kata saya seorang pelawak, saya terima.

"Maklumlah nak jadi penghibur versatil, saya kena cuba semua bidang termasuk lakonan, nyanyian, pengacaraan termasuklah sebagai pelawak,"


Tentang keputusannya untuk menyertai rancangan hiburan itu, Amy memberitahu sokongan daripada teman rapat membuatkan dia memberanikan diri.

Ini pendedahannya:

"Saya pun tak tahu macam mana saya boleh terima sedangkan sebelum ini saya pernah tolak kerana tiada keyakinan.

"Kalau ikutkan saya tak suka sertai pertandingan seperti ini kerana tidak mahu tertekan tetapi saya akan cuba sebaiknya,"



16 selebriti berentap dalam Super Spontan Superstar 2017.

Amy Mastura akan menyertai kumpulan King Musang yang dianggotai oleh Shuib Sepahtu, Syuk SYJ, Atu Zero, Fad Bocey, Kamal Adli, Fikry Ibrahim dan Zulin Aziz.

Satu lagi kumpulan ialah Tenggiling Taiko dianggotai oleh Rahim, Sharif Zero, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Danial, Sharifah Shahirah dan Ozlynn termasuk Acey sebagai ketua.

Super Spontan Superstar 2017 bakal bersiaran secara langsung bermula 8 September, 10 malam di Astro Warna.

Sumber: mStar

Ini Komen Siti Nurhaliza, Memang Teruk Siti Nordiana Dikritik Pedas

Teruk Siti Nordiana Dikritik Pedas, Ini Kenyataan Dari Siti Nurhaliza


Penyanyi popular, Siti Nordiana telah menyanyikan dua lagu milik Datuk Siti Nurhaliza pada malam penutup Sukan SEA 2017 (SEA2017).

Apabila juara Gegar Vaganza ini menyanyikan lagu Siti Nurhaliza memang teruk dia dikritik oleh orang ramai.

Siti Nordiana dikritik oleh orang ramai kerana dikatakan dia tidak sesuai menyanyikan lagu milik Siti Nurhaliza malah nyanyiannya pada malam itu tidak mencapai standard yang sepatutnya.

Apabila Siti Nordiana yang lebih mesra disapa Nana ini teruk dikritik, Siti Nurhaliza sendiri tampil memberi komen tentang hal ini.

Siti Nurhaliza menerusi kenyataan kepada portal hiburan mStar Online meminta agar Siti Nordiana tidak mempedulikan kata-kata negatif dilemparkan oleh netizen.

Ini adalah kerana bagi Siti Nurhaliza sendiri, penyanyi itu telah memberikan persembahan yang terbaik menerusi lagu Cindai dan Lebih Indah miliknya.

Ini komen Siti Nurhaliza:

"Saya memuji usaha Nana menyampaikan dua buah lagu saya sewaktu acara penutup Sukan SEA pada malam Rabu lalu.


"Saya berharap agar Nana tidak mempedulikan apa yang dikatakan netizen kerana saya yakin, Nana sudah melakukan yang terbaik.


"Jika kita mahu mendengar kecaman dan kata-kata netizen, kita akan lemah dan terus lemah dan saya memahami tanggungjawab yang digalas oleh Nana dan saya berterima kasih kepada beliau,"


Sementara itu, Siti Nurhaliza berkata, dia juga ada meminta kelab peminatnya Sitizone agar memberikan sokongan dan semangat kepada Nana malah mereka memberikan sokongan kepadanya.

Malahan, Siti Nurhaliza sendiri ada mengirimkan kata-kata semangat kepada Nana di Instagram sebelum acara penutup itu berlangsung.

Ini komen Siti:

"Saya sendiri di dalam laman Sitizone juga mengajak para peminat saya memberikan sokongan dan semangat kepada Nana.

"Mereka juga berterima kasih kepada Nana kerana sudi menyanyikan lagu Cindai dan Lebih Indah,"


"Saya tidak ada masalah mengenainya kerana saya yakin pasti ada kelebihan pada Nana dan penganjur atau pengarah muzik memilih beliau untuk menyampaikan lagu-lagu saya.


"Apabila beliau bersetuju dan bersedia menyanyikan lagu saya, beliau sudah menunaikan yang terbaik dari diri Nana,"


Sumber: mStar

'11 kali kantoi, suami tak pernah sentuh saya selama setahun' - Suami kantoi langgan pelacur, enggan ceraikan isteri


Viral di media sosial luahan kesal seorang wanita terhadap suaminya yang kerap kantoi makan luar. Apabila diminta untuk menceraikannya, lelaki itu enggan berbuat demikian tanpa diketahui apa alasannya. Namun lelaki itu kerap menyakitkan hati si isterinya. 

Berdasarkan gambar-gambar perbualan WhatsApp yang dikongsikan, lelaki itu dipercayai melanggan pelacur warga Indonesia di sebuah hotel di Tanjung Vista, Kuala Terengganu. 

"Salam admin KRT, tolong rahsiakan nama saya. Saya ingin meminta pendapat sahabat-sahabat dalam ruangan ini. Saya seorang isteri mempunyai dua orang anak. Saya seorang isteri yang tidak bekerja.

"Luluh hati saya apabila dekat 10 kali suami kantoi dan pagi tadi kantoi yang ini pula. Suami saya dah tak ada hati dengan saya dan dia tidak pernah menyentuh saya selama setahun. 

"Saya seorang yang menjaga penampilan tetapi saya tidak faham mengapa suami saya masih mencari wanita yang lain di luar sana? Peritnya hati saya, hanya Allah sahaja yang tahu. 

"Bila diajak berbincang, saya sentiasa dipukul. Saya pernah meminta dia menceraikan saya, tetapi dia enggan berbuat demikian. Pada masa yang sama dia selalu menyakitkan hati saya," katanya.
















Menurut netizen, pelacur terbabit dipercayai menggunakan pas lawatan sosial ke Malaysia, tetapi melakukan aktiviti pelacuran di Malaysia. 

"Kalau freelancer (FL) indon ni biasa panggil bakso. Pelacur kelas bawahan ni. Boleh dikatakan kaum ni mmg takda market dekat malaysia. Sebab kebersihan badan tak dijaga, dah longgar, senang buat main kat negara dia. Kat negara kita pun banyak angkut je kat kilang tu. Mahal tu Rm350. 

"Biasa yang mahal ni jenis original warganegara malaysia yang jarang buat sex, jaga badan, fit, golongan bekerjaya proffesional seperti student melayu, cina. Kategori Milf melayu, cina, kategori professional melayu, cina. 

"Kebanyakan perempuan Freelance ni sekadar suka-suka je buat kerja ni, pemuas nafsu dorang. Selain student mmg buat untuk duit jela. yang best, rare open offer jenis golongan bekerjaya. Ada yang aku kenal jenis kerja besar, pangkat tinggi dalam syarikat. Ada yang banker, nurse, doctor, steward, yang buat part time ni. Sekadar suka-suka je dorang buat. 

"Apa yang membezakan pelacur kelas bawahan dan Freelancer (FL) ni adalah pelacur kelas bawahan yang senang dapat di kaki lima tu harga murah je standard RM50 ke seratus lebih jenis sehari berpuluh, beratus kali layan pelanggan dari pelbagai bangsa seperti melayu, cina, india, bangla, nepal, pakistan. 

"Boleh buat macam-macam skill. Kalau Freelancer (FL) ni dorang jarang buat sex. Kadang-kadang sebulan sekali baru buat offer, 2-3 bulan baru buat offer, setahun sekali baru buat offer pun ada. Tambahan tak semua bangsa boleh melanggan. Dan tak semua skill boleh digunapakai kalau melanggan dorang ni," kata netizen yang menggunakan identiti Helmet Garage di Facebook.