"Hari tu Nedim kata nak bimbing ke syurga? Syurga belah mana" Ini Komen Panas Kepada Nora Danish Dan Nedim

"Hari tu Nedim kata nak bimbing ke syurga? Syurga belah mana" Ini Komen Panas Kepada Nora Danish Dan Nedim


Nora Danish menjadi tumpuan di hari raya korban ini. Ini kerana gambar percutiannya dikatakan agak terdedah.

Nora Danish dan Nedim Nazri mengambil peluang di musim operayaan ini bercuti di Langkawi dan Koh Lipe menaiki bot pelayaran.

Lihat gambar percutain itu (DI SINI)

Namun seperi biasa ramai yang mengecam foto foto Nora Danish ketika bercuti.

Sehinggakan pelakon popular ini membuat keputusan menutup ruang komen setelah banyak memberi kata kata negatif.

Antaranya ialah ada yang mempertikai kata kata dari Nedim satu masa dulu untuk membimbing Nora Danish ke syurga.

Selain itu ada juga yang mempersoalkan pekerjaan Nedim sehingga mampu bawa Nora bercuti atas bot pelayaran.

Ini antara komen yang diberikan:

"Nampak dah usaha nedim bimbing nora ke syurga..alhamdulillah..

"Nak tanya, hari tu nedim kata nak bimbing ke syurga? Syurga belah mana tu ye diaorg nak pergi

"Bimbing nora danish ke syurga ka neraka.. Yg nmpk ke neraka ja 

"Banyak duit jantan tu... keje ape..? Ke xde keje...? Pakai duit rakyat naik kapal layar..? Ke camne..? Cer explain sket...

"Best la x payah krja penat2,tpi dpat prgi brcuti ke tmpat yg best..kami rakyat Malaysia jgk la meleleh air liur tnggok org mcm ko ni...



(FOTO) Aksi Manja, Gambar Seksa Nora Danish Bercuti Bersama Nedim Jadi Viral


(FOTO) Gambar Seksa Nora Danish Bercuti Bersama Nedim Jadi Viral


Pelakon popular Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri kini sedang bercuti ketika ini.

Jika dilihat di laman media sosial, pasangan popular ini bercuti di atas bot mewah dan berlayar di laut dari langkawi ke Koh Lipe Thailand.


Seperti biasa, memang menjadi kebiasaan, Nora dan Nedim untuk berkongsi perkembangan terkini mereka di Instagram.


Mereka berdua berkongsi gambar percutian kenang-kenangan di laman media sosial.

Memang seronok bercuti atas bot ni. Nampak Kegembiraan terserlah di wajah Nora Danish dan juga Nedim Nazri.


Namun ada pihak terutama para haters yang mengambil peluang menghentam pasangan ini di ruangan komen.


Banyak komen negatif diberikan sehingga membuatkan Nora Danish terpaksa menutup ruang komen tersebut.

Ramai mengatakan pakaian Nora Danish agak terdedah dan seksa melihatnya, itu yang haters cakaplah.

Ini foto percutian pasangan ini:









'Kepada pemandu kereta BMW terbabit, awak sangat biadab!'


BATU PAHAT, JOHOR - Viral video rakaman dashcam sebuah kereta Perodua Kenari kemalangan selepas keretanya hampir bertembung dengan sebuah kereta yang memotong secara berbahaya. 

Video yang dimuat naik oleh Nojahwati Sohaini  di laman Facebooknya berkata, adiknya, Daus, menghadapi kemalangan, namun selamat. 

"Mujur adik saya selamat semalam. Kepada kereta (BMW hitam) berkenaan, awak sangat biadab! Awak buat adik saya seinci dengan kematian. 

"Saya nak viralkan apa yang awak dah buat. Moga kalau awak nampak tadi, awak sedar. Mana undang-undang yang awak pakai? Tak guna dapat lesen kalau camni cara pemanduan awak," katanya. 

Berdasarkan video berdurasi satu minit yang berlaku pada jam 3.59 petang Sabtu di Jalan Bandar Tenggara - Ulu Penggeli, Daus yang memandu kereta Perodua Kenari dalam perjalanan ke destinasi.


Secara tiba-tiba sebuah kereta BMW berwarna hitam yang tidak dapat dilihat dengan jelas nombor pendaftarannya itu cuba memotong lori di hadapannya, menyebabkan Daus terpaksa mengelak ke kiri sebelum terbabas dan melanggar penghadang besi di bahagian kanan jalan. 

Dalam masa yang sama, sebuah penunggang motosikal juga terpaksa brek dan sempat mengelak kereta mangsa yang termasuk ke laluannya itu. 






Menurut Nojahwati, jika tiada penghadang besi itu, kereta yang dipandu oleh adiknya bersama dengan rakannya itu mungkin terjunam ke dalam gaung. 

Sehingga kini, pemandu berkenaan masih bebas dan belum dapat dikesan. Netizen mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan. 

'It's okay, on me. I belanja. We kan Malaysians. It's my Merdeka treat for you'


Kisahnya ringkas, namun ramai yang menyukainya. Hanya kerana McFlurry Durian, lelaki ini dapat melihat dua perkara yang amat bermakna, di samping mendapat McFlurry Durian secara percuma. Semoga kisah dari Encik Subash Chandrabose Arumugam Pillai ini memberi manfaat kepada kita semua.

Ini Cerita Hari Merdeka saya

Saya dalam perjalanan pulang ke pejabat, dari Putrajaya. Sebelum itu, saya singgah sebentar di McDonald's untuk membeli McFlurry durian selepas ternampak poster di Facebook yang mengatakan promosi McFlurry Durian telah habis. Jadi, saya ambil keputusan untuk cuba mendapatkannya atau tunggu saja keluarannya pada tahun depan. 

Yes! Saya ternampak cawangan McDonald's di Presint 2. Bahagian Drive Thru, penuh dengan kereta beratur sehingga ke jalan utama. Pastinya ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai McFlurry Durian seperti saya juga. 

Daripada menyertai barisan kereta yang panjang itu, saya letak kereta di tempat letak kereta dan ambil keputusan untuk masuk saja ke dalam premis tersebut. Saya ingat boleh jimatkan masa tetapi saya silap. Dalam McDonald's itu saja dah ada tiga barisan panjang untuk membuat pesanan masing-masing. 

Memandangkan dah terlanjur berada di situ, saya pun beratur saja seperti mereka yang lain. 

Barisan bergerak dengan perlahan dan hanya dua kakitangan sahaja yang sedang memberi layanan kepada pelanggan. Seorang sibuk memanggil nombor pesanan, manakala seorang lagi mengambil pesanan di kaunter.

Ya, kaunter. Seorang gadis Melayu dengan mukanya yang sentiasa memberi senyuman manis, mengambil pesanan pelanggan dari dua kaunter. Dia mengambil pesan dan menerima pembayaran, kemudian beralih ke kaunter sebelah untuk melayani pelanggan seterusnya. 

Ia adalah kerja yang memenatkan terutamanya bila terpaksa menghadap pelanggan yang ramai. Tetapi saya perasan, dia tetap senyum dan mengucapkan terima kasih kepada setiap pelanggannya, malah bersopan apabila mengambil pesanan pelanggan. 

Memang barisan bergerak perlahan tetapi saya tak kisah. Saya kagum dengan caranya yang mampu mengawal dua kaunter berkenaan dengan sikapnya yang tenang. 


Tiba-tiba, seorang wanita Melayu di depan saya berpaling ke belakang dan berkata,

"Awak tahu, dia sangat komited dan berdedikasi terhadap kerjanya. Saya kagum dengan cara dia menguruskan dua kaunter itu," katanya. 

"Ya, saya memerhatikan dia sejak saya masuk tadi," balas saya. 

"Saya kakitangan kerajaan dan saya boleh katakan amat jarang melihat sikap pekerja seperti ini. Saya tertanya-tanya bagaimana mereka menguruskan pelanggan di bahagian Drive Thru, sementara itu menyiapkan pesanan dan buat kerja-kerja yang lain pada masa yang sama. 

"Jadi, awak nak order apa?" soalnya. 

Lalu saya menjelaskan pada dia bagaimana saya boleh berada di dalam barisan itu. 

"Oh, McFlurry Durian yang sedap itu ke?" soalnya. 

"Ya, saya mesti cuba sebelum terlambat," balas saya. 

Kemudian tiba gilirannya dan sekali lagi dia berpaling ke belakang dan bertanya. 

"Awak pasti awak hanya mahu pesan McFlurry Durian? Saya boleh order sekali untuk jimatkan masa untuk beratur," katanya. 

"Ya, cuma McFlurry Durian sahaja," lalu saya pun terus mengambil dompet untuk membayarnya semula. 

Tetapi dia enggan menerima duit yang saya cuba hulurkan kepadannya. 

"It's okay, on me. I belanja. We kan Malaysians. It's my Merdeka treat for you," katanya. 


Saya tergamam seketika. Adakah ini yang kita panggil, berbuat baik tanpa mengira bangsa? Saya benar-benar menghargai apa yang dia lakukan dan saya beritahu dia yang saya akan menulis tentang perkara ini di Facebook malam ini. 

Ia bukan tentang keterujaan mendapat makanan percuma dari seseorang tetapi niat murninya untuk memberi layanan kepada orang yang dia tidak kenali. Di kala ramai di antara kita bercakap tentang perkauman di kalangan rakyat Malaysia tetapi ada insan yang baik, yang percaya kepada kemanusiaan. Hanya ahli politik yang berniat jahat saja mewujudkan jurang di antara kita untuk agenda dan kepentingan mereka sendiri. 

Saya berasal dari Kanchong Darat, saya tahu gaya hidup kampung yang tiada bersikap perkauman. Melayu, Cina dan India, semua hidup bersama sebagai keluarga. 

Kita jarang melihat suasana perpaduan seperti ini di bandar pada hari ini. Saya melihat dua jenis manusia di tempat yang sama hari ini. Saya sangat bangga melihat mereka. Saya juga bangga memberitahu kepada semua orang bahawa saya lahir di kalangan orang-orang ini. 

Saya kembali mempunyai harapan pada Malaysia, kita boleh membina negara jauh yang lebih baik. Saya bangga lahir di sini, saya bangga menjadi anak Malaysia. Selamat hari lahir Malaysia, selamat hari merdeka. Inilah cerita merdeka saya. 

Sumber: Subash Chandrabose Arumugam Pillai

Elakkan beli rumah 'design moden' seperti ini yang merugikan pembeli


Mengapa bumbung rumah pendek?

Kebelakangan ini, pemaju banyak buat rumah rekabentuk baru hari ini. Rekabentuk baru ini semakin menjadi kegilaan para pembeli. Bila bumbung direkabentuk pendek seperti ini, sebenarnya ia tidak berfungsi sebagai pelindung cuaca yang baik untuk rumah kita. 

Fungsi bumbung selain memberi 'rasa' cantik, ia juga berfungsi sebagai pelindung cahaya matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat. Apabila bumbung rumah direka pendek seperti dalam gambar, cahaya matahari akan terus terpancar ke dinding rumah. Dinding akan menjadi seperti span pencuci di mana haba panas akan diserap dan disimpan rapi. 

Apabila tiba waktu malam, dinding rumah akan melepaskan haba yang disimpan pada waktu siang tadi. Menjadikan rumah yang kita duduk akan terasa seperti dikukus dalam 'steamboat'. 

Kesannya? Kita akan pasang penghawa dingin sepanjang masa. Walaupun pada waktu itu hujan turun, haba panas tetap ada. Ini akan menyebabkan kos bil elektrik setahun membuatkan hati kita cepat terluka. 

Bumbuing pendek seperti ini juga mendatangkan masalah di waktu hujan lebat di mana air hujan akan masuk ke dalam bumbung atau siling rumah kita. Lebih malang apabila ada kalanya air masuk terus ke dalam rumah. Selepas hujan, bolehlah bela ikan dalam rumah.

Pemaju menjana keuntungan dari design modern seperti ini, mereka jimat kos bahan binaan kerana hanya sedikit kepingan genting yang digunakan. Bukaan binaan rumah hanya 25' x 40'. 

Bagaimana kita hendak tahu bahawa design hebat ini gagal? Bila ramai pemilik rumah buat bumbung tambahan (awning) dan pasang penghawa dingin sepanjang malam. 

Elakkan dari membeli kediaman yang rekabentuk moden, canggih dan berwawasan ini, selain dari rekabentuknya yang semakin kecil dan akan merugikan pembeli. Rekabentuk kediaman yang baik tidak semestinya cantik, apa yang penting ialah ia berfungsi dengan baik. 

Saya sertakan beberapa gambar dan model rumah yang saya jumpa di sini. Semoga anda jelas dan faham dengan apa yang saya sampaikan. 














AZIZUL AZLI AHMAD (PhD)
Falkulti Senibina, Perancangan & Ukur, UITM Perak