'Sudah tiba masa saya umumkan status warganegara saya' - Adi Putra


Status kerakyatannya menjadi tanda tanya menyebabkan pelakon terkenal kelahiran Singapura ini tampil memberikan penjelasan bahawa dirinya kini adalah warganegara Malaysia. 

Terdahulu, Datuk Adi Putra atau nama sebenar Mohamed Hadi Putera Abdul Halim, 37, melalui Instagramnya mengesahkan perkara itu beberapa hari lalu kerana baginya, pada musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah waktu yang sesuai untuk mengumumkan status dirinya kepada peminat dunia hiburan.

Difahamkan, PRU14 ini merupakan kali pertama buatnya untuk mengundi dan Adi juga mengaku bahawa dirinya adalah penyokong tegar Barisan Nasional (BN) serta pernah hadir ke beberapa siri ceamah yang dianjurkan oleh calon BN di Lembah Klang beberapa hari lalu. 

"Ramai yang mempersoalkan tentang kerakyatan saya, memang benar dilahir di Singapura, berkecimpung dunia perfileman di Malaysia, berniaga syarikat pengurusan Umrah dan Haji di Malaysia.

"Isteri saya, Datin Hajah @adyaidayusof kelahiran Malaysia, anak-anak warga Malaysia, saya menjadi warga Malaysia dah lama tapi sudah tiba masa saya umumkan status warganegara saya ialah Malaysia.


"Apa yang tertulis tadi diketepikan dahulu, yang penting sekarang tinggal beberapa hari untuk mengundi, tidak kira parti mana, warna apa, sokong ataupun tidak, suka atau tak suka, itu hak masing-masing.

"Mahupun saya dibenci, saya terima, asal Allah tak membenci saya. Sekurang-kurangnya semua Petronas di Malaysia sediakan surau untuk Solat sekiranya terlambat ke masjid, surau dan rumah. Janji dapat solat," tulisnya.

Memetik laporan New Straits Times Adi berkata, dia memperoleh status sebagai warganegara Malaysia setahun yang lalu. Adi yang datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2002 ketika itu masih mahu mengekalkan statusnya sebagai warganegara Singapura. 

Namun Adi terjatuh cinta dengan masyarakat dan suasana di negara ini yang aman damai dan kaya dengan budaya kesenian, lalu mengambil keputusan untuk memohon status kerakyatan di Malaysia. 

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas status yang dimilikinya kini, tetapi ada juga yang tidak berpuas hati kerana bagi mereka status kewargenegaraan yang dimilikinya terlalu mudah sedangkan orang lain terpaksa menunggu dengan begitu lama. 




Netizen turut mempersoalkan mengapa Adi Putra mengaitkan isu kewarganegaraannya dengan Petronas. Selain itu juga, netizen turut berseloroh dengan mengaitkan watak Jai yang dilakonkan oleh Adi Putra sebagai gangster sebenar  di dalam filem KL Gangster, bukannya gangster yang diimport dari negara luar.

Netizens Dedah Semakan Status Muflis Bermasalah, Calon #GE14 Terperangkap Kerana Isu Sistem?

Beberapa netizens yang prihatin dengan isu calon-calon parti yang gagal bertanding dalam pilihanraya umum ke 14 kerana diisytiharkan muflis tampil membuat 'siasatan online'.

Menurut kumpulan netizens itu sistem semakan status kebankrupan sebenarnya mempunyai masalah kerana sistemnya tidak begitu peka.

Pada awalnya aktivis anti scam dan penasihat kewangan, Tuan Afyan Mat Rawi telah mengemukakan pertanyaan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia menerusi saluran Facebook berikutan beberapa persoalan yang dibangkitkan dan dibahaskan oleh penyokong parti tertentu di sosial media sejak sabtu.


Setakat ini tiada jawapan balas yang dimaklumkan oleh Tuan Afyan Mat Rawi di Facebooknya namun beberapa individu tampil membuat kenyataan selepas mereka melakukan siasatan sendiri.

Masalah tanda sekang " - " kata Encik Kimi;


Salah nama atau salah nombor IC pun keluar keputusan carian kata Encik Hawari;

Sistem online kerajaan teruk, programming tak patut letak default as 'tidak bankrupt' (patutnya tiada keputusan);



Bukan sebab tanda sekang " - " (dash) lah kata Izzuddin;



Mungkin calon tu yang menipu?



Sistem hanya ada bankrupt dan tidak bankrupt sahaja sebagai keputusan;



Tak kira apa pun calon patut sedar mereka dah muflis sejak awal..

"Encik, tahukah encik bahawa proses untuk membangkrapkan seseorang mengambil masa yang agak lama.
 

Dari stage saman.
Bankrapsi notis.
Petisyen pemiutang.


Dan dalam proses-proses tersebut, adalah mustahil empunya diri tidak tahu ada tindakan ke atas beliau.
Dan empunya diri dalam kes yg dibincangkan telah dijatuhkan bankrap pada januari 2018.

Kenapa saya katakan mustahil empunya diri tak tahu..
Tahukah encik bahawa...
 

Untuk dibankrapkan kita mestilah berhutang dan gagal bayar hutang.

Tak tahu ke diri berhutang dan tak bayar?

Apabila telah dijatuhi perintah kebankrapan...
Pada hari yang sama juga akaun bank empunya diri akan dibekukan di semua bank.

Empunya diri juga tidak boleh mempunyai akaun utiliti atas nama beliau, letrik akan kena potong..
Air akan kena potong..

Dalam masa 2 minggu dari tarikh dijatuhi hukuman biasanya jabatan insolvensi akan menghatar surat memanggil empunya diri untuk sesi temuramah dan memfaikan PHE (Penyata hal ehwal).

Carian kebankrapan hanyala satu medium untuk menyemak. Ada kalanya tidak dikemaskini dalam tempoh,"
jelas Encik Kimi Shaari di ruangan komen itu. - 30 April 2018.


Sumber : Friscomedia

Calon #PakatanHarapan Meru Terlibat Aktiviti Scam Dakwa PW.

Kumpulan anti scam, PW Community membongkarkan satu lagi aktiviti penipuan yang membabitkan individu berpengaruh.

Perkara itu disiarkan oleh admin PW Community menerusi halaman rasmi mereka di Facebook pada semalam.

Kali ini individu yang dimaksudkan adalah calon Pakatan Harapan di DUN Meru.


"CALON PH KAKI SCAM

1. It is now confirmed Ostard Fakhrulrazi Mokhtar dari PAN menjadi calon Pakatan Harapan bagi N42 DUN Meru.

2. Ustaz terlibat dengan scam Financial Org, an unregulated British Firm.

3. Concept Financial Org sama seperti money game scam yang lain, durian runtuh untuk peserta atasan diperolhi dari duit penyertaan peserta bawahan.

4. Financial Org mencari mangsa di kawasan East Asia seperti Vietnam, Singapore, Indonesia dan Malaysia.

5. BNM telah letakkan Financial Org sebagai unauthorized company.

6. Bahan rujukan for further reading ada di ruang komen.

7. T'kasih kepada sesapa yang sediakan the photo,"
kata admin page PW Community dalam satu kenyataan.


Pembongkaran berkenaan bagaimanapun membuatkan admin PW dikecam oleh beberapa penyokong taksub Pakatan Harapan yang mempersoalkan niat admin itu.

Namun admin PW menjelaskan isu penipuan adalah melangkaui isu kepartisan.

"Dalam isu penipuan tak kira scam rumah ke, sijil palsu ke, ianya merupakan isu bipartisan. Melangkaui ideology dan party lines.

Melibatkan masyarakat maka kita tak ambil kira dia dari parti politik mana pun. Kalau menipu or scamming people, tetap kenabongkar. Tak kira biru, hijau atau whatever colour.

Maka pencacai politik yang menyemak dalam ni, understand this first and get it through your head. Some of you might not have a brain (or don't use it) but do try,"
jelasnya.


Selain isu calon DUN Meru Pakatan Harapan, admin PW juga dijangka akan membongkarkan penipuan yang membabitkan calon parlimen Baling dari Barisan Nasional.





"Azeez Rahim, anda seterusnya dan ianya pasti bakal menyusahkan (anda)," kata admin PW di ruangan komen.

Menurut admin PW lagi, Azeez adalah punca Ustazah Dr. Masyitah dimalukan suatu ketika dahulu.

"Sambung lagi cerita.

Kenapa tiba-tiba Dr. Masyitah dimalukan dengan pelbagai issue melalui blog sekitar 2007?

Yang mulakan kerja malukan Dr. Masyitah bukan blogger PR, tapi blogger pro UMNO yang diupah oleh Azeez.

Antara tuduhan yang dilemparkan kepada Masyitah ialah pro pelacur disebabkan dengan satu drama yang Masyitah involved.

Motif Azeez ialah untuk cemarkan credibility Dr. Mashitah supaya tidak dicalonkan balik di Baling untuk PRU 12.

Memang Azeez dapat jadi calon Baling, pada PRU 12 tapi kalah menungging,"
kata admin PW yang dikenali dengan nama Abe Pa itu lagi. - 30 April 2018.


Sumber : Friscomedia

'Ini realiti sebenar pekerjaan' - Cabaran dapatkan kerja di masa akan datang


Sejajar dengan anjakan paradigma yang berlaku di seluruh dunia, isu teknologi menjadi aspek terpenting di dalam sesebuah negara. Kini, ramai yang mengeluh dengan isu pengangguran yang semakin tinggi ekoran daripada keperluan teknologi lebih diperlukan berbanding tenaga manusia.

Isu ini bukan sahaja membimbangkan pelajar lepasan universiti, malah para pelajar mula risau untuk mengambil subjek mana yang bersesuaian. Kita sedia maklum bahawa, akademik merupakan teras penting untuk kita mengejar peluang pekerjaan walaupun terpaksa bersaing secara sengit. 

Namun, berbekalkan akademik yang ada, kita perlu sentiasa mengubah kita menjadi seorang yang kental menghadapi apa jua rintangan yang ada di depan mata untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Keiken Talk sebelum ini telah menarik minat netizen dengan status beliau yang berkongsikan mengenai sikap masyarakat Jepun yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi walaupun ketika itu baru sahaja dilanda gempa bumi.

Kali ini, Keiken Talk memuat naik status mengenai perkongsian mereka yang membuka minda para pelajar sekolah mengenai kerjaya dan jati diri mereka. Perkongsian ini turut menyedarkan kita tentang belajar mengenai realiti kehidupan dan usaha yang berterusan.

MINGGU lepas di sebuah Sekolah Menengah Sains, kami diminta berkongsi topik kerjaya. Sebelum kami buat perkongsian, kami tanya dulu cikgu yang menjemput kami, adakah perlu kami jujur atau tidak? 

Jujur bermaksud cerita perkara sebenar yang berlaku seperti peluang pekerjaan. Tidak pula bermaksud bagi cerita kejayaan, suruh belajar rajin-rajin dan skor A. Tapi, cikgu sekolah tersebut minta kami berkongsi perkara sebenar yang berlaku dan ini yang sebenarnya kami nak. Maka kami mulakan sesi perkongsian dengan pelajar Tingkatan 5 dengan 1 hingga 2 soalan.

"Siapa nak jadi doktor, angkat tangan."

Maka beberapa pelajar angkat tangan dan kami tanya kenapa. Selepas mereka beritahu sebab, kami pun beritahu;

"Awak tahu tak, kebanyakan doktor yang habis Housemanship tahun ini berkerja secara kontrak di hospital kerajaan. Maksud kontrak, kerajaan boleh buang awak pada bila-bila masa dan lagi tak best, biasanya pekerja kontrak gajinya mahal tapi awak dapat gaji yang biasa seperti doktor yang berkerja tetap."

Mereka terkesima. Kemudian, kami tanya soalan seterusnya, siapa nak jadi Engineer? Seperti tadi, beberapa orang angkat tangan dan kami tanya kenapa. Selepas itu kami bawa  satu pendapat;

"Dulu, ketika robot mula diciptakan, orang bergaduh pendapat. Ada yang kata, kalau robot ganti kerja manusia seperti packaging produk, habis itu manusia nak buat kerja apa? Masa itu, orang kata manusia buat robot. Tapi tengok sekarang, yang buat robot itu pun robot! Yang control hanya seorang dua Engineer, yang lain nak kerja apa?

"Ini tahun 2018 dan awak berumur 17 tahun. Realiti peluang pekerjaan adalah seperti ini dan bagaimana nasib awak pada umur 23 tahun nanti?"

Sekali lagi dewan diam membisu. Kemudian kami mula mengangkat semula muka para pelajar yang seperti sudah hilang harapan. Tahukah para pelajar sekalian, 10 tahun lepas tiada sesiapa pun terfikir dengan main game boleh buat duit dan menjadi kaya-raya? 10 tahun lepas, tak ada sesiapa pun terbayang upload video di YouTube boleh menjadi jutawan dan hidup senang-lenang?

Asasnya, pekerjaan manusia sentiasa berubah. Zaman dulu, memburu binatang jadi satu pekerjaan tetapi sekarang pemburuan bertukar menjadi penternakan. 

Tapi hakikatnya, ada sesuatu yang tak berubah iaitu diri kita. Tidak salah mengimpikan jadi doktor walaupun tahu di masa hadapan mungkin manusia tidak akan menggunakan khidmat doktor lagi. Tak salah mengimpikan diri itu menjadi engineer walaupun tahu di masa hadapan mungkin orang tak pandang pun engineer. 

Ingat pesan Rasulullah. Baginda bersabda; 

"Andai kamu tahu esok kiamat dan di tangan kamu ada benih kurma, tanam!" 

Maksudnya, walaupun kita tahu apa yang kita nak usaha itu pasti hancur, tapi kita masih ada peluang untuk berusaha,usaha! Jangan hilang semangat. Jadi, untuk masa ini, laburkan nilai pada diri sendiri yang mana nilai itu SAH pada mana-mana zaman. 

Kami tekankan 3 perkara yang penting untuk hidup di masa akan datang iaitu:
  • Jati diri dan prinsip hidup.

Orang yang hebat, dia ada jati dirinya. Walau keadaan berubah, dia tidak berubah. Hatinya kental.  Bagaimana membina jati diri? Hanya dengan mengenal tujuan hidup. Bagaimana mengenal tujuan hidup? Hanya dengan cara mengenal Tuhan.
  • Soft Skill
Zaman persekolahan ialah zaman di mana satu-satunya waktu yang kita tidak akan dimarah dan dibuang jika kita buat salah. 

Kami kata,"Tahukah adik-adik bahawa adik-adik ialah kumpulan manusia yang paling gembira sekarang? Kenapa? Sebab adik-adik tidak perlu fikir mana nak cari duit untuk makan lepas ini."

Guna peluang di sekolah dengan sepenuh-penuhnya. Belajar bercakap, menulis dan berkawan. Semua ilmu ini tidak akan berubah walaupun keadaan berubah. Walaupun manusia sakit dan ketika itu yang rawat ialah doktor, kita masih perlukan kawan untuk bercakap dan bersembang. Gilap Soft Skill.
  • Ilmu kehidupan iaitu belajar

Bukan belajar untuk SPM sahaja tapi belajar juga dari alam. Belajar bagaimana kawan kita berjaya, bagaimana kita gagal. Belajar bagaimana cikgu boleh buat itu kita tak boleh. Belajar bagaimana kereta bergerak. Belajar, belajar, belajar dan terus belajar! 

Tukar cara kita melihat kehidupan. Jangan lihat dengan mata yang biasa sebaliknya pakai kaca mata 'curiosity'. Namun, jaga batas.

Dan sesi perkongsian kali ini kami matikan sekali lagi dengan hadis di atas supaya adik-adik terus maju ke depan. Ingat, walau dunia sentiasa berubah, ada satu perkara yang kita boleh kawal iaitu diri kita. Jangan salahkan takdir kita dilahirkan bila, dilahirkan lelaki atau perempuan tapi terima hakikat dan berusaha ke hadapan!

Jika ada sekolah-sekolah ingin memanggil kami berkongsi pengalaman atau motivasi kepada pelajar, boleh PM kami. Tiada bayaran akan dikenakan. Kenapa kami buat ini secara percuma? Sebab kami yakin, untuk menjadikan rakyat Malaysia mempunyai budaya-budaya positif seperti di Jepun dan cara yang paling senang ialah dengan membina anak-anak muda.

Sumber: Keiken Talk

'Please bring back Uber in Malaysia' - Netizen


Baru 21 hari perkhidmatan Uber dihentikan secara rasmi pada 8 April lalu, namun di media sosial semalam ada netizen yang mahukan perkhidmatan Uber dikembalikan. 

Tweet yang dimuat naik Umar Hafiz itu mendapat banyak reaksi netizen dan dikicau semula 3,709. 

Ramai yang mengadu kadar tambang yang dikenakan oleh Grab terlalu mahal berbanding Uber. Meskipun ada segelintir netizen yang menyarankan perkhidmatan My Car, namun ia belum mampu menawan hati pengguna. 

"Kan! Grab overly mahal for me. Dulu Uber from my house to my mom's workplace RM10 saja. Ubar RM15," - @Ana

"Lemme recommend MyCar bro. Semua ex driver Uber ke sini. Only the development of the apps kureng sikit. Location pin point way accurate than Grab and mostly Malaysian oriented services. Also #SapotLokal" - @ariff_balang


"Tapi mycar mahal. Haritu aku guna from campus nak pergi KTM sampai RM10. Grab hanya RM5. 

Bagi @AizalFazly, Uber menggunakan sistem seperti perkhidmatan teksi di mana jika jalan raya sesak atau mengikut jalan jauh, penumpang akan dikenakan caj tambahan. Berbeza dengan Grab yang sudah menetapkan harga tetap dan jika ada penambahan pun, caj tol sahaja. 

Bagaimanapun, ada yang tidak bersetuju dengan pandangannya @AizalFazly. 

"Uber already adopted the fixed price system. You're missing the bigger picture here. No competition = Monopoly = higher prices. We want Uber back because competition was what was driving the price down and bringing promos," - @sooohaib


"Agree! Kalau aku minister of transportation, aku akan wujudkan balik Uber tu. Makin lama makin complicated duk Malaysia ni," - @TheHawaJaafar