'Calon alim belum tentu boleh tadbir' - Shahidan


Rakyat diingatkan supaya memilih calon benar-benar layak mentadbir, bukan sekadar melihat latar belakang seseorang yang alim atau mempunyai ilmu agama yang tinggi.

Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, rakyat harus membuat pilihan tepat pada hari pengundian nanti kerana ia merupakan penentu kepada siapakah yang akan mentadbir negeri dan negara.

"Contohnya pada zaman Rasulullah, seorang alim meminta jawatan gabenor, namun Rasullullah tolak dan berkata kamu alim, kuat beribadat tapi kamu jahil tentang pentadbiran, maka jawatan gabenor diberi kepada orang yang pandai mentadbir," katanya selepas bertemu dengan pengundi-pengundi di Pekan Simpang Empat dekat sini, hari ini.

Shahidan berkata, beliau juga berpuas hati dengan sokongan yang diterima setakat ini dan yakin BN mampu menang besar bagi Parlimen Arau dan semua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di dalamnya.

Hadir sama, penyandang Dun Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob dan calon muka baharu Dun Sanglang, Che Zaidi Saidin.

Shahidan, penyandang kerusi Parlimen Arau akan ditentang oleh Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dan Datuk Dr Rahman Daud daripada Pakatan Harapan. - Bernama (via Sinar Harian)

Mahathir Akui Sekat Royalti Minyak Terengganu Kerana PAS Menang..

Oleh : Zaman Kini

UMNO TERENGGANU BERSEKONGKOL DGN TUN MAHATHIR SEKAT HAK ROYALTI KERAJAAN PAS TERENGGANU 1999-2004.
Siapa dah beli dan baca buku Doctor In the House karangan Tun Mahathir? Di bawah Bab 56 bertajuk “Pilihanraya Paling Sukar”, Tun Mahathir dengan jujurnya mengaku telah menyekat Wang Royalti minyak Terengganu dari diuruskan sendiri oleh kerajaan pimpinan PAS yang dipilih rakyat ketika itu.



Kerana Tun M khuatir wang tersebut akan diuruskan (semestinya dengan sebaik mungkin, mengikut keutamaan, tanpa ketirisan dan rasuah) oleh kerajaan pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi Awang seterusnya akan meningkatkan populariti dan pengaruh PAS. 

Harini ramai komen PAS tak perform di Terengganu masa PAS perintah. Almost 5 BILLION RINGGIT DENIED from being managed by the state!!

Begitulah Tun Mahathir, bekas PM UMNO BARISAN NASIONAL dan BAKAL PM PAKATAN HARAPAN. Wajarkah diberi kuasa sekali lagi?


-----------

Oleh : Benz Ali

Ramai penyokong PH tak baca pun buku Dr. Mahathir ni. Dulu merekalah yang paling benci Dr. Mahathir. Dianggap sebagai bapak iblis, si Azazil. Wah.. sekarang bila dah join puak mereka, diangkat darjat setinggi malaikat. Pun, masih tak baca juga buku dia.

Samalah. Sebelum Pak Samad join Bersih dan DAP, tak kenal dan tak ambik pot pun pasal buku, karya dan puisi Pak Samad. 


Tapi sebaik sahaja join puak mereka, terus diangkat sebagai wira. Tak baca dan tak tahu pun kritik AffandiHassan pada Pak Samad. Angkat Pak Samad sebab Pak Samad join team aku. Yang lain-lain aku tak mahu tahu.

Sebelum Shahnon tulis Shit dan Azizi Hj. Abdullah pro pada pembangkang, berapa ramai yang baca karya2 mereka?

Bacalah. Tak perlu beli buku Najib pun. Beli buku Doktor Umum dan baca sendiri. Menyokong dengan ilmu. Bukan menyokong sebab orang lain pun sokong.

#UndiRosak, untuk pengundi bijak.



Sumber : Friscomedia

'Kami bernikah di sebuah gudang beras' - Rita dedah gambar pernikahannya dengan bekas suami


Pelakon Rita Rudaini mendedahkan secara eksklusif gambar pernikahannya dengan bekas suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd Razak yang diadakan di sebuah gudang beras di Thailand. 

Memetik laporan mStar Online hari ini Rita berkata, gambar kenangan itu diambil ketika upacara akad nikah. 

"Foto itu saya simpan baik-baik dalam sebuah cakera padat agar tidak tersebar, kini sampai masanya saya kongsi dengan orang yang nak tahu bagaimana perjalanan hidup saya. 

"Kami bernikah di sebuah gudang beras kerana ketika itu imam tersebut rumahnya di atas gudang itu. Dia beri pilihan untuk bernikah di masjid, tapi takut ada orang yang kenal," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di majlis pelancaran buku Kerana Aku Seorang Perempuan yang diadakan di PWTC. 

Buku tersebut menceritakan kisah benar kehidupan Rita Rudaini yang ditulis oleh Pengarang Pancaindera Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin. 

Menurut Rita, ia bukan untuk membuka aib atau meraih simpati mana-mana pihak, sebaliknya memberi kekuatan kepada wanita yang mengalami nasib sama. Malah katanya, semua kisah kehidupannya diceritakan dalam buku itu tanpa berselindung. 

"Kisah ini dari mula sampai akhir sangat berat saya tanggung. Saya tahu ada orang lain yang berhadapan dengan kehidupan yang lebih teruk daripada saya. 

"Kalau saya jujur orang marah dan kata saya raih simpati. Saya tidak raih simpati sesiapa pun. Cuma saya kongsi rasa susah sangat bila ditinggalkan bertiga. Saya rasa sebelah sayap saya patah," katanya. 

Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2009 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9 dan Airit Qaqa Arjuna, 7. Namun pasangan itu berpisah pada 5 September 2013. 

FOTO MSTAR ONLINE


Sementara itu, penulisnya, Tengku Khalidah berkata, dia sudah mengenali Rita sejak 20 tahun lalu dan telah merancang untuk menulis buku mengenainya sejak tujuh tahun lalu. 

Beliau kagum dengan ketabahan Rita yang berhadapan dengan pelbagai ujian. 

"Saya kenal dia sejak 20 tahun lalu dan ada bersamanya ketika dia berhadapan dengan pelbagai ujian. 

"Dia boleh dikatakan sebagai ikon wanita yang tabah dan semua saya tulis dari perspektif Rita sendiri. Tapi untuk mengelakkan mana-mana pihak terasa hati, ada yang saya tidak kongsikan kepada pembaca," katanya. 

Sumber: mStar Online

3 maut, 2 buah kereta hilang kawalan di KM29.9 Lebuhraya Linkedua


Dua buah kenderaan dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 29.9 Lebuhraya Linkedua, Senai, tengah hari tadi menyebabkan tiga maut, manakala tiga lagi cedera, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian yang berlaku pada jam 12 tengah hari ketika hujan dan keadaan persekitaran yang agak gelap itu meragut nyawa Muhammad Assel Habel Akbar, 21, Muhammad Safuan Sazali, 23, dan Mohamad Ridzuan Mohamad, 24, akibat poarah di kepala dan badan. 

Kemalangan itu turut menyebabkan Nur Syahirah Mohamad Farid, 21, Nur Zaffira Zulkhairi, 25 dan Muhammad Hamirul Ikmal Ishmuddin, 24, cedera dan kini sedang dirawat di Hospital Kulai. 

Siasatan awal mendapati, kemalangan itu berlaku apabila kereta Honda Civic yang dipandu oleh Muhammad Assel hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi tengah pembahagi jalan.

"Keadaan itu mengakibatkan kenderaan itu berpusing beberapa kali menyebabkan pemandu dan Muhammad Safuan yang duduk di bahagian penumpang hadapan tercampak keluar.

"Kejadian mengakibatkan kedua-dua mangsa tercampak dan meninggal dunia akibat parah di badan dan kepala," katanya.

Dalam masa yang sama, sebuah Perodua Bezza yang mengekori Honda Civic itu juga gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kiri jalan dab berpusing serta terbalik ke dalam longkang di bahagian kiri jalan. 

Pemandunya, Mohamad Ridzuan, tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

'Refund balik duit deposit aku!!' - Mangsa dakwa lelaki ini batalkan sewaan dan enggan kembalikan deposit RM2,200


Hasrat pasangan ini berpindah ke rumah baru di Blok G18, Seksyen 2 Wangsa Maju, terbantut apabila seorang wanita ini mendakwa dia dianiaya oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab. 

Luahan yang dimuat naik di Facebooknya sebentar tadi mendakwa, lelaki yang hanya dikenali sebagai 'MAE' (nama singkatan) itu enggan memulangkan wang deposit yang telah dibayar sebanyak RM2,200, meskipun telah diminta oleh pengadu (LR), untuk berbuat demikian berkali-kali.

Difahamkan, keluarga pengadu telah diminta berpindah keluar oleh pemilik rumah sewa yang terkini sebelum 15 Mei. Oleh kerana itu, pengadu perlu segera mencari rumah sewa yang lain. 

Wanita kemudian berminat dengan sebuah rumah sewa dan dia telah membuat bayaran wang deposit RM2,200 kepada lelaki (menantu) yang menjadi wakil kepada pemilik rumah sewa itu. 

Bagaimanapun, MAE kerap menangguh dan membatalkan urusan sewaan rumah itu menyebabkan LR tidak berpuas hati dan meminta wang depositnya dikembalikan. MAE berjanji akan memulangkannya tetapi sehingga ke hari ini dia masih belum berbuat demikian. Berang dengan MAE, LR mengambil keputusan untuk viralkan perkara itu di media sosial miliknya. 

"Tolong viralkan mamat ni. Al-kisah, dia ni menantu kepada pemilik rumah sewa, cancel deposit last minute dan sampai sekarang duit deposit belum dipulangkan. Cancel atas sebab tak sempat nak uruskan. Bukan sikit deposit, RM2,200. Memang nak report polis dan viralkan di media sosial juga. 

"Saya berurusan dengan dia pada 11 April dan dia sebagai orang tengah yang mewakili bapa mertua dia. Saya buat pembayaran deposit penuh tanpa resit dan dia janji nak beri agreement tetapi bertangguh-tangguh sampai 3-4 kali. 

"Kali terakhir dia janji nak serahkan kunci pada 28 April, tetapi dia tak datang. Janji jam 11 pagi, tapi dah lebih sejam kami menunggu. 

"Apabila kami cuba menghubungi dan menghantar mesej, langsung tidak dijawab. AKhirnya dalam jam 2 petang dapat mesej daripada dia yang meminta maaf dan set semula masa untuk serahkan kunci di waktu malam. 

'Abah dia lah. Ingat saya tunggul ke?'

"Semasa on the way itu, saya mesej beritahu dia yang kami dah gerak. Dia balas yang dia nak kembalikan wang bayaran deposit. Masa itu kami memang menyirap sangat-sangat. 

"Okey, tak apa. Saya suruh dia refund segera sebab nak cari rumah lain. Malah saya juga meminta nombor telefon bapa mertua dia dan biar kami yang deal dengannya. 

"Menyirap saja baca mesej dia. Gila  betul, rumah sekarang dah tender, 15 Mei kena keluar sebab tuan rumah dah jumpa penyewa baru. Kalau tak jumpa rumah lain, alamatnya memang merempatlah kami. 

"Tetapi sampai sekarang duit bayaran deposit masih belum dipulangkan. Bukan tak boleh bersabar, kami nak gunakan duit deposit itu untuk sewa rumah lain. Bukan banyak sangat duit pun. 

"Dia kata dia duduk di Kajang. Agak-agak ada sesiapa yang mengenali lelaki ini, tarbiah dia dan suruh dia pulangkan duit saya. Sudahlah menyusahkan orang," katanya. 

Justeru, LR menasihatkan orang ramai berhati-hati jika mahu menyewa dengan lelaki terbabit. Dia juga berharap MAE memulangkan wang depositnya atau dia tidak akan memadamkan post tersebut.

"Kepada sesiapa yang nak menyewa rumah dia itu, berhati-hatilah. Pemilik rumah sewa cerewet nak mampos! Korang bacalah mesej saya dengan lelaki ini.

"Bagi tempoh, tengok dia pulangkan duit deposit itu atau tidak dalam tempoh yang diberikan. Selagi tak selesai, post ini tak akan dipadamkan," katanya.