'Puan ni memang tak tahu malu kan? Jerit ikut suka, tahanlah sakit' - Ibu Autism terkilan dihina


“Nurses and doctors. You have saved my baby. But, I will always remember how you downgraded me”

Dirinya diperlakukan sedemikan rupa semasa dia bertarung untuk melahirkan satu nyawa yang amat berharga. Dan wanita ini bukan seperti insan lain, dia seorang wanita yang istimewa. Dia tidak meminta untuk layanan yang sempurna, tetapi cukup sekadar mereka memahami keadaan dirinya yang sebenar.

Susulan kes viral mengenai jururawat, ramai yang turut berkongsi pengalaman mendapat layanan buruk dari jururawat dan juga doktor. Wanita ini tidak terkecuali meluahkan perasaannya. Luahannya di group Facebook Autisme Malaysia mendapat pelbagai reaksi netizen. Difahamkan, wanita ini telah membuat aduan, tetapi tiada maklum balas yang diterima.

REAKSI saya dapat masa saya nak bersalin as an adult autism ialah mereka kata mereka pelik tengok saya dan tak pernah jumpa orang macam saya.

Pasal kes viral nurse di Hospital Shah Alam tu. Haha. Memang nasib saya kurang baik sebab saya melahirkan anak kat sana. Saya tak dapat cam muka nurse tu. Tapi memang sedap ayat yang saya dapat. 

"Awak kerja sebagai guru, kan? Kenapa awak tak boleh terima arahan." Merujuk pada saya hiper masa sakit dan blur bila disuruh teran.

Lepas tu nurse yang sama cakap, "Ada setengah orang dia boleh mengajar orang tapi tak boleh diajar." Wow. Sangat mengambil peluang sebab saya tengah lali dan lemah tapi cakap macam tu.

Saya tak sengaja kepit kaki saya sebab terlalu sakit. Lepas tu ada doktor pukul kaki saya sampai terkena besi setelah saya cakap saya pun tak perasan saya kepit kaki saya. Dia kata "orang cakap menjawab!"

Saya faham perangai saya ni dah susahkan orang. 
  • Satu, saya memang tak tahan sakit jadi saya menjerit sebut nama Allah dengan suara yang paling kuat sampai kejutkan penghuni hospital. 
  • Dua, saya hampir terjatuh dari katil sebab saya berpusing-pusing di atas katil dari pukul 9 malam hingga tiga pagi. Saya dibawa ke labour room kerana nurse dan doktor tak tahu nak handle saya. Bukaan sudah pun 5 cm dan mereka kata, "Jeritlah kat sini puas puas." 
  • Tiga, kulit saya jenis nipis jadi saya sakit sangat-sangat. Doktor tahu pasal tu. Tapi dapat tahu lepas terpecahkan kulit saya masa dijahit first time.

Tanpa rasa bersalah lepas selamatkan saya dengan jahitan kali kedua nurse yang sama datang ajar saya menyusu anak saya dan dia puji anak saya cerdik letak je ke puting dia tau hisap dan hina saya. 

Katanya "Anak cerdik tapi mak..." 

Hmmm... saya tak cam muka dia dan saya pun tak larat nak tengok muka dia sebab saya fikir nak susukan anak je.

Yang paling aneh mereka cakap, "Puan ni memang tak tahu malu kan. Jerit ikut suka. Tahanlah sakit. Buka mata, jangan tutup mata. Hipokritlah sikit. Malulah kat orang. Puan orang Islam kan? Ada minum air yassin? Air selusuh?"

Kenapa tanya soalan dan cakap macam tu. Memang etika nurse ke malukan patient? Nak cakap saya banyak dosa sebab tu sakit?

Saya hampir hampir nak jerit, “Aku autism lah, sebab tu aku macam ni.” Tapi saya halalkan je la apa mereka cakap sebab mereka tengah tension dengan orang macam saya dan cuba selamatkan anak saya sebab masa saya tak larat nak teran mereka marah sebab saya kata saya penat. Kepala anak saya dah nampak. Sekurang kurangnya saya ada jugak melawan dengan kata. Saya dah tak kisah dah korang semua nak cakap apa sebab saya memang tengah sakit dan saya minta maaf sebab saya akan jerit dan jerit.

Nurses and doctors. You have saved my baby. But, I will always remember how you downgraded me. Tapi pada saat akhir nurse yang sama juga cuba tolong saya. Lepas lutut kaki saya dipukul doktor yang tension tu, timbul pula rasa kesian dia kat saya. Amik topang dan lock kaki saya. Kan senang macam tu. Lepas tu dia ajar saya teran. 

Sebelum tu mereka marah. Mereka sebut teran, tapi saya tanya macam mana. Bila nurse yang kutuk saya tengok saya blur sangat, dia ajar step by step.

"Ok puan tarik nafas sepuluh saat dan teran sepuluh saat. Ok. Eh bukan teran ditekak. Tutup mulut dan teran. Jangan bagi ada suara atau jerit. Ok. Teran. Lebih dari sepuluh saat."

Dan seorang nurse dan doktor letak lengan atas perut saya push bersama saya dan anak saya dilahirkan.  Tak susah pun kan kalo dari awal mereka cuba cakap dalam nada tenang.

Jadi karangan saya ni sebenarnya nak bagitau. Kalau kita tengok orang blur, sakit sangat semacam, kalau kita cakap dengan nada tenang dan tunjuk cara, InsyaAllah banyak benda boleh settle kot. Tak kisahlah patient tu kerja cikgu ke,  ada phd ke. Kalau dia dah blur sebab sakit sangat, nak buat macam mana. 

Selepas saya melahirkan anak, saya ucap terima kasih kat semua doktor dan nurse. Saya dah biasa hidup macam ni. Orang akan cakap tak pernah jumpa orang macam saya. Kata saya gila, hiper macam budak-budak. Tapi hidup saya selalu memaafkan sebab bila saya maaf, Allah selalu permudahkan hidup saya, macam saya selalu dimurahkan rezeki. Tiap kali kesempitan duit, kejap je ada je bantuan dan saya dapat pula bantu orang yang bantu saya.

Selepas saya ucap terima kasih, entah nurse yang mana cakap, “nak beranak lagi ke?” Tak apalah. Apa lagi korang nak cakap? Saya terima je. Korang memang nak patient yang pandai teran dan normal. Tak mahu patient bodoh macam saya ni. 

Nak viral, entahlah. Saya maafkan jela sebab anak saya pun selamat. Tapi adalah terasa hati juga. Kenapa orang cakap macam tu kat kita. Baik jadi autism macam aku. Aku kalau tengok orang blur, aku akan cuba tolong atau tenangkan. Aku tak pernah fikir orang blur sebab dia bodoh. Aku fikir orang blur sebab dia panik dan kita kena tenangkan dia.

Terima kasih nurse dan doctors Shah Alam. Terima kasih selamatkan anak saya. Jangan marah mereka sebab mereka tu just nak cepat kot.

'2 jam berjalan kaki sampai ke sekolah, ada yang tak berselipar..' - Terharu melihat kegigihan anak-anak ini untuk menuntut ilmu


Sesi persekolahan 2019 sudah bermula. Pelbagai ragam yang dapat dilihat oleh para pelajar setelah bercuti panjang. Senyuman terukir apatah lagi jika ada ibu bapa yang menemani sepanjang hari pertama persekolahan. Azam baru, tahun baru dan segalanya baru termasuklah peralatan ke sekolah. 

Itu kisah di sebalik pelajar-pelajar yang bernasib baik meraikan kegembiraan di hari pertama pesekolahan. Tetapi  sebaliknya pula  kisah di sebalik bebenang yang dikongsikan oleh seorang guru. Anak-anak didiknya merupakan anak-anak orang asli yang tinggal di Kg Chenan Cerah. 

Ketika orang lain menaiki kenderaan ke sekolah, tetapi anak-anak ini berjalan kaki selama dua jam menuju ke sekolah! Difahamkan, anak-anak kecil ini berjalan kaki setiap minggu ke sekolah dan mereka ditempatkan di sebuah asrama bagi mereka yang tinggal jauh dari sekolah.


ALHAMDULILAH, anak-anak Kg Chenan Cerah selamat tiba di sekolah selepas dua jam berjalan kaki. Ada yang tidak berselipar, kesan-kesan lumpur kering di kaki dan berwajah keletihan; tapi wajah masing-masing tetap senyum dan ceria. Semoga terus bersemangat untuk 2019!



Hari yang sibuk. Selain daripada menerima kunjungan pemantauan hari pertama PPD. Sibuk juga memastikan anak-anak dapat baju, kasut, beg dan alat tulis yang baharu. Tapi, buat yang tiba-tiba muncul mendaftar, terpaksa kami cari dalam simpanan. Janji semua lengkap.

Yang baju biru ini mendaftar Tahun 1 dan asrama. Datangnya cuma dengan abangnya yang di Tahun 4. Tapi bajunya cuma diisi dalam satu beg berkongsi dengan abangnya. Nasib baik ada baju dan kasut yang muat.


Jadi, seminggu dua ini kami memang sibuk. Bukan sahaja sibuk mengajar, tapi sibuk mengurus anak-anak supaya lengkap semuanya. Belum termasuk menjahit/menampal lencana sekolah lagi tu. 

Okay semua. Anak-anak yang berjalan dua jam ini tinggal di asrama. Itu perjalanan rutin mingguan mereka. Bukan setiap hari mereka berjalan ke sekolah, tapi setiap minggu. Anak-anak sekecil Tahun 1 hingga Tahun 6 yang tinggal di kampung yang jauh akan duduk di asrama. 

Kisah pelajar-pelajar SK Lemoi, Cameron Highland ini turut mendapat perhatian Cheff Cilik, Danish Harraz yang turut mengadakan kempen memberikan sumbangan keperluan sekolah dalam satu projek amal yang dinamakan Anak Lemoi Back To School 2019.

Sumber: BungoLale

(Video) 'Nat, angin punya tayar belakang ini OKEY!' - Netizen geli hati tengok calon ujian memandu ini buat pemeriksaan kenderaan


Viral di media sosial video seorang calon wanita melakukan pemeriksaan kenderaan membuatkan netizen terasa geli hati melihat gelagatnya yang melucukan. 

Berdasarkan dua video tersebut, hampir keseluruhan bahagian kenderaan termasuk enjin diperiksanya di hadapan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Beliau dengan penuh semangat memaklumkan satu persatu bahagian yang diperiksanya semua berada dalam keadaan baik.

"Dah kereta baru, mestilah semuanya okay. Boleh kerja di Perodua la pasni, hahaha!" kata netizen. 

"Zaman aku ambil lesen dulu, tak ada camni. Nasib baik, hahaha!" kata netizen lain.

Walaupun ia kelihatan agak melucukan dan tidak kurang juga yang mendakwa ia semakin menyusahkan calon, namun ada netizen yang berpendapat kaedah itu bagus bagi memberi calon pengetahuan mengenai kenderaan, bukannya hanya sekadar memiliki lesen memandu tetapi tidak mempunyai pengetahuan mengenai kenderaan yang dipandu. 

"Sekurang-kurangnya pemandu yang baru mengetahui asas komponen kenderaan dan perlahu tahu apa yang wajib dibuat sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan," kata Zul Zul. 



Bagi Mila, sememangnya itulah yang perlu dilalui oleh calon baru termasuklah dirinya. Tetapi ia menyeronokkan kerana daripada tidak tahu akhirnya menjadi tahu mengenai bahagian-bahagian kereta. 

"Kami ambil lesen macam gini. Tapi best. Mana yang tak tahu akan tahu bahagian-bahagian kereta. Jangan tahu bawa saja," katanya.  

'Admin group WhatsApp Persatuan Penduduk Presint 10 telah removed saya' - Tak puas hati, lelaki ini failkan saman terhadap admin


Tidak puas hati ditendang keluar dari group WhatsApp Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya (kejiranan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri), bekas ahli group tersebut bertegas akan memfailkan saman terhadap pihak yang bertanggungjawab. 

Pengerusi Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil berkata, dia telah dibuang dari group WhatsApp tersebut, sedangkan dia merupakan tuan kepada salah satu hartanah di kawasan itu dan kini tidak dapat lagi mengikuti perkembangan kejirannya. 

"Admin group Whatsapp Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya (kejiranan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri) telah removed saya dari whatsapp group kerana saya selalu post bahan-bahan dan artikel mengkritik kerajaan.

"Kini saya tidak lagi boleh posting dan mengikuti perkembangan kejiranan saya di Presint 10 Putrajaya. Ini adalah satu bentuk diskriminasi dan double standard. Saya tahu undang-undang dan saya tahu hak saya," katanya memetik laporan dari Sinar Harian. 

Menurut Isham, dia dibuang daripada group tersebut kerana kerap berkongsi bahan-bahan dan artikel yang mengkritik Kerajaan Pakatan Harapan. 

"Tidak semua dalam group tersebut yang bersetuju dengan mereka kerana ramai yang meraikan perbezaan pendapat dan semak-imbang pembangkang ke atas kerajaan.

"Saya pasti ini adalah kerana desakan daripada penyokong-penyokong Kerajaan PH atau admin sendiri yang tidak tahan dan 'panas' apabila membaca artikel-artikel dan hujah-hujah berfakta yang saya tulis yang tidak menyebelahi mereka," katanya. 

Isham mendakwa, sebelum PRU14, terdapat banyak posting anti Barisan Nasional dan maki hamun serta cercaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dimuat naik ke dalam group itu, tetapi ahli group terbabit tidak dikenakan tindakan seperti yang dialaminya. 

Isham percaya, dia telah dibuang oleh pihak admin yang merupakan penyokong PH kerana tidak bersetuju dengan pendirian politiknya itu.

Remaja perempuan 'diratah' sepupunya sendiri


Tindakan seorang lelaki berusia 30 tahun yang merogol sepupunya sejak setahun lalu akhirnya terbongkar selepas doktor menjalani pemeriksaan terhadap alat sulit remaja terbabit. 

Kejadian itu terbongkar selepas remaja berusia 15 tahun itu mengadu sakit di bahagian alat sulitnya sebelum dia dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk mejalani pemeriksaan lanjut kelmarin. 

Doktor yang menjalankan pemeriksaan itu bagaimanapun mendapati terdapat kesan mencurigakan di pada alat sulit mangsa. 

Setelah didesak, akhirnya mangsa mengakui dia melakukan hubungan seks dengan suspeknya beberapa kali sejak tahun lalu. 

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner, Ng Ah Lek berkata, pihaknya telah menahan suspek di kedai gunting rambut dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching. 

"Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan bagi mendapatkan butiran lanjut.

"Mangsa masih dirawat di hospital manakala suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

Sumber: Harian Metro