'PRU15 mungkin tahun depan' - Tok Mat jangka Kerajaan PH setengah penggal saja


Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, menjangkakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan diadakan pada Mei 2020, jauh lebih awal berbanding tempoh lima tahun selepas PRU14. 

Mohamad yang juga dikenali sebagai Tok Mat berkata, jangkaan itu dibuat selepas melihat keadaan politik negera terutama apa yang menurutnya dalam Pakatan Harapan (PH). 

"Jangan risau, kerajaan ini kerajaan setengah penggal saja, bukan satu penggal. Tak akan dapat bertahan pun. 

"Kalau P Ramlee dia ada belalang, saya tak ada. Tapi saya yakin PH tak akan lama bertahan. Saya jangka pilihan raya selepas Mei hingga Disember tahun depan," katanya. 

Tok Mat yakin, Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim. 

"Dalam keadaan begini, tambahan pula mengenali atuk (Mahathir), dia ak akan bagi dekat abang kita (Anwar). Saya percaya dan yakin dia tak akan bagi. 

"Bila tak bagi, abang kita akan turun ke padang balik setiap minggu. Apabila keadaan sudah tak tenteram, atuk akan jumpa Yang di-Pertuan Agong (untuk) bubarkan Parlimen.

"Jangan kita tak percaya ketentuan Tuhan. Kalau dah tertulis dia tak akan jadi pertana menteri, tak akan jadi," katanya. 

Sumber: MalaysiaKini

'Saya mahu buka pub halal, tiada minuman beralkohol' - Shah Hazvee


Pelakon baru (4 tahun), Shah Hazvee, 23, meluahkan hasrat untuk membuka 'Pub Halal' yang tidak akan menghidangkan sebarang minuman bercampur alkohol, lapor Astro Gempak. 

Menurut Shah, dekorasi dan barangan dalam pub miliknya itu kelak akan kelihatan seperti pub lain yang pernah dilihat, tetapi dia mahu mengetengahkan konsep halal. 

"Saya mahu buka pub halal kerana mahu menarik golongan muda yang selalu melepak di pub lain yang menghidangkan minuman beralkohol," katanya. 

Jelas Shah, dia sebelum ini pernah pergi ke pub untuk mengkaji dan hasil dari kajiannya mendapati, kebanyakan golongan muda yang pergi ke pub hanya mahu melepak dan menikmati 'vibes' di pusat hiburan itu. 

"Saya sendiri telah pergi ke pub lain untuk mengkaji. Sebenarnya kebanyakan golongan muda yang pergi ke sana hanya mahu lepak dan menikmati 'vibes' di tempat itu. 

"Jadi, dengan membuka pub halal ini, saya masih mengekalkan 'vibes' sebuah pub. Namun tiada minuman beralkohol dihidangkan. Sedikit sebanyak ia dapat mengelakkan golongan muda dari meminum arak," katanya.

Sumber: Astro Gempak

(Video) Sayang sangat kat girlfriend sampai sanggup jadi 'kerusi'


Satu klip video telah diviral di Facebook 21 Jun lalu menunjukkan sepasang kekasih menunjukkan kasih sayang di antara mereka di tempat awam. 

Pasangan berkenaan pada awalnya berjalan seperti biasa sebelum si wanita menerima panggilan telefon 'penting' dari seseorang. 

Video menunjukkan si lelaki bercangkung menjadi 'kerusi' untuk teman wanitanya agar tidak penat berdiri lama. Namun netizen pula mendakwa wanita itu kelihatan seperti berbual dengan skandalnya. 

Lelaki itu dilihat sangat menyayangi pasangannya dan sebelum video berakhir, dia sempat mencium belakang badan buah hatinya itu. 

Bagaimanapun, netizen mengkritik tindakan pasangan itu yang dianggap mementingkan diri kerana duduk di tengah jalan sehingga mengganggu orang awam yang berjalan di lorong tersebut. 


Kereta penuh dengan sampah, pemandu tak jumpa hand brake lalu kemalangan


Hujung Jun lalu, viral di media sosial beberapa gambar menunjukkan sebuah kereta yang penuh dengan sampah sehingga menyebabkan pemandunya gagal menemui brek tangan sebelum terlibat dalam kemalangan. 

Polis Hampshire, England, turut mengesahkan punca kemalangan itu berlaku berpunca dari sikap pemandu terbabit yang menyimpan banyak sampah dalam keretanya. 

Antara sampah-sampah yang ditemui adalah seperti beg plastik, bekas plastik, surat khabar, tanaman dan plug adapter di bawah tiga pedal kereta tersebut. 

Polis berkata, pemandu terbabit cuba mengundurkan kenderaannya namun terlanggar kereta lain. 



Gambar-gambar itu viral di media sosial dan juga dijadikan sebagai peringatan agar pemilik kereta sentiasa memastikan kereta mereka berada dalam keadaan bersih bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang lagi. 

Sumber: Rhyl Journal

(Video) Curi buah durian, pekebun tangkap & ikat monyet, sembur cat merah


Viral di media sosial seekor monyet ditangkap dengan kaki dan tangannya diikat pada buah durian oleh lelaki yang dipercayai pemilik kebun tersebut. 

Dalam kejadian yang tidak diketahui lokasi kejadiannya, sumber mendakwa monyet itu ditangkap kerana didapati mencuri buah durian. 

Akibatnya, kaki dan tangannya diikat pada buah durian agar tidak dapat melarikan diri.

Berdasarkan video viral itu, pemilik kebun memarahi haiwan itu tanpa henti kerana berang dengan perbuatan haiwan itu yang mencuri hasil kebunnya. 

Dengan wajah yang tidak mengerti apa yang diperkatakan, haiwan itu seperti redha diperlakukan sedemikian. 


Netizen di media sosial menyelar tindakan pemilik kebun yang dianggap menzalimi haiwan itu. Netizen juga mengesyaki lelaki terbabit telah mewarnakan monyet itu dengan cat warna merah sebagai hukuman.


Namun tampil seorang netizen mendakwa lelaki dalam video viral itu bukan menzalimi haiwan tersebut, tetapi lebih kepada amalan petua yang diamalkan oleh orang-orang lama.

"Apek tu tak bunuh pun beruk tu, cuma dia pasang jerat dan cat jer kat beruk untuk bagi peringatan kepada beruk lain. Beruk ini datang berkumpulan, jadi apabila seekor dah kena cat, tak akan ada lagi yang berani datang ke kebun itu.

"Beruk suka jatuhkan buah pramatang. So biasanya buah yang masih muda semua beruk akan jatuhkan. Ini pengalaman jer, arwah atok yang ajar cara ini," katanya.

Sumber: Media DTTB