'Orang Jepun jarang bercuti, sanggup kerja OT tetapi budaya ini memakan diri kerana...' - Sisi gelap budaya kerja Jepun


Negara yang terkenal dengan jolokan negara matahari terbit, iaitu Jepun sudah tidak asing lagi diperkatakan sebagai negara yang penuh dengan adab, budaya, kebersihan dan disiplin yang tinggi. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai sikap yang rajin dan bersungguh-sungguh di dalam pekerjaan demi sesebuah organisasi.

Tetapi, melalui perkongsian pemuda ini, budaya kerja yang ditonjolkan oleh rakyat Jepun sebenarnya telah memakan diri mereka sendiri sehinggakan ada yang mengalami tekanan dan membunuh diri. Bagi mengelakkan kes seperti ini berlanjutan, Perdana Menteri Jepun telah mengambil beberapa inisiatif. 

SISI gelap budaya kerja di Jepun. Selama ini kita sering didedahkan dengan nilai kerajinan dan kesungguhan bekerja rakyat Jepun. Dan tidak dinafikan nilai-nilai ini perlu dicontohi. Tapi sampai satu tahap, budaya ini telah memakan diri rakyat Jepun sendiri.

Tun M sendiri menjadikan Jepun sebagai negara contoh dengan Dasar Pandang Ke Timurnya pada 80-an. Bagi rakyat Jepun, kerajinan ditentukan dengan tempoh waktu bekerja. Semakin lama bekerja semakin rajin seseorang itu.

Ditambah dengan semangat cintakan negara yang tinggi, rakyat Jepun melihat bekerja kuat mampu mengembalikan kekuatan ekonomi Jepun setelah musnah dalam Perang Dunia Kedua.

Untuk pengetahuan anda, orang Jepun sangat jarang mengambil cuti. Kerana sesiapa yang mengambil cuti akan dianggap pemalas sehinggakan rata-rata mereka akan rasa bersalah apabila mengambil cuti. Berdasarkan satu survey daripada Expedia.com, pekerja di sana hanya menghabiskan separuh sahaja daripada cuti tahunan mereka.

Selain itu, orang Jepun juga sanggup bekerja lebih masa tanpa dibayar. Tetapi mereka berbuat demikian bukan kerana sayangkan syarikat tetapi kerana tekanan persekitaran. Dianggarkan 1/4 daripada rakyat Jepun bekerja lebih 80 jam (80 jam ini OT sahaja, tidak termasuk waktu bekerja 8 jam sehari).

Namun, budaya kerja Jepun ini bukanlah indah semuanya. Sikap berkerja terlalu kuat telah menimbulkan satu fenomena yang dinamakan sebagai Karoshi. Karoshi bermaksud kematian di tempat kerja.

Isu karoshi ini bukanlah isu baharu, ia bermula sejak 60an dan 70an lagi. Tetapi kurang mendapat perhatian ketika itu kerana kematian dianggap sebagai norma pada zaman tersebut. Kebanyakan kematian berpunca daripada sakit jantung, strok dan bunuh diri.

Berdasarkan statistik rasmi dari Jan 2010 hingga Mac 2015, 368 telah membunuh diri yang berpunca daripada kes karoshi. Manakala statistik daripada Gallup mendedahkan 67% pekerja tidak berminat dengan pekerjaan mereka sekarang. Tetapi terus bekerja demi gaji.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah mengambil beberapa insiatif bagi menangani masalah ini.

Antaranya adalah inisiatif Premium Fridays yang diperkenalkan di Tokyo di mana majikan perlu membenarkan pekerjanya pulang seawal jam 3 petang.

Selain itu, kerajaan turut menggalakkan pekerja untuk mengambil cuti sebanyak 20 hari setahun. Tetapi 35% pekerja masih lagi enggan untuk mengambil cuti.

Di Toshima, mereka mengambil langkah dengan memastikan pejabat lampu ditutup pada jam 7 petang untuk memaksa pekerja pulang ke rumah.

Begitulah serba sedikit kisah di sebalik kerajinan rakyat di Jepun. Mana yang baik kita contohi, mana yang buruk dijadikan pengajaran.

Saya berpegang bahawa hidup ini perlu ada kesimbangannya. Kita hidup untuk bekerja seperti robot. Kita perlu ada masa untuk keluarga, untuk agama, dan untuk diri kita sendiri.

Anda buat kerja sampai sakit-sakit untuk syarikat, tapi adakah syarikat menyayangi anda? Berpada-padalah.

Saya lebih minat dengan insiatif negara-negara maju di mana mereka sangat mementingkan kesimbangan hidup dan kerja. Ada antaranya memperkenalkan inisiatif bekerja 4 hari yang mana hasilnya meningkatkan produktiviti pekerja.

Remaja maut ketika guna handphone yang masih dicas


26 September lalu, polis Thailand menerima panggilan dari seorang lelaki yang memaklumkan anak saudaranya, Suthee, 18, ditemui tidak bernyawa di atas katil. 

Ketika ditemui, telefon bimbit berada di bawah badan mayat mangsa dan kabelnya masih bersambung pada soket elektrik (mod cas), yang dipercayai menjadi punca mangsa terkena renjatan elektrik. 

Bibir mangsa kebiruan dan tangan kanannya terletak di atas soket elektrik bersebelah dengan alat pengecas telefon bimbit. 

Menurut bapa saudaranya, dia terdengar bunyi tangisan yang kuat datang dari bilik mangsa pada malam itu tetapi tidak pergi memeriksa keadaannya kerana menyangka anak saudaranya itu bermain permainan video di telefon bimbit seperti biasa. 

Namun apabila dia mahu mengejutkan mangsa pada pagi keesokan harinya, tiada sebarang respon. 

Pegawai Polis, Pol Maj Withoon Phaphonngam kemudian menasihatkan ibu bapa untuk memaklumkan kepada anak-anak akan bahaya menggunakan alat peranti yang sedang dicas. 

'Total lost & jahanam semua!' - Penyewa kiriman syaitan dari neraka buat onar


Adab menyewa rumah, jagalah rumah itu seperti menjaga rumah kita sendiri. Tetapi masih ada lagi individu yang tidak bertanggungjawab dan sanggup menganiaya pemilik rumah. 

Baru-baru ini viral di media sosial beberapa gambar rumah sewa yang dipenuh dengan sampah sarap membuatkan pemiliknya berasa terkilan dengan sikap penyewa kiriman dari neraka itu. 

Insiden itu dikongsikan oleh rakan mangsa di Facebook, turut menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

SEBELUM ini dok tengok gambar rumah sewa viral yang kotor dan jahanam disebabkan pleh penyewa. Rasa macam tak logik sebab takkanlah boleh kotor sangat. 

La ni dapat tengok sendiri ada manusia gila boleh buat rumah kawan kami teruk sampai jadi macam ni. Total lost jahanam semua benda. Pening kepala oi bila nak start kemas tu. Mana nak mula?! 

Proses nak mendapatkan balik kunci rumah dari penyewa pun bukannya senang. Kena buat laporan polis untuk keselamatan dan upah peguam segala baru bagi kunci. Kalau tak buat keras macam tu rumah dia. 

Sudahlah sewa tak bayar, dah dapat kunci dan bila buka pintu lagu ni. Haru betui. Satu rumah penuh dengan sampah. 

Malas nak cerita panjang. Hampa tengoklah, kami-kami kemas bagai nak gila. Kos sewa lori punggah sampah pun dah beribu, belum nak baiki dalam-dalam lagi. 












Sumber: Hang Dhamin

19 wanita diselamatkan dari 'kilang bayi'


19 wanita hamil dan empat kanak-kanak telah diselamatkan dari sebuah 'kilang bayi' di Nigeria. 

Serbuan yang dilakukan oleh Polis Lagos di empat premis tersebut pada Isnin menemui 19 wanita berkenaan yang berusia dari 15 hingga 28 tahun bersama dengan beberapa bayi termasuk salah seorang daripadanya baru berusia sehari. 

Polis turut menahan dua suspek berusia 40 dan 54 tahun yang dipercayai bekerja sebagai jururawat tidak bertauliah di 'kilang' tersebut. 

Bagaimanapun, polis masih mencari suspek utama yang merupakan wanita dikenali sebagai Oluchi, ibu kepada lima orang anak. 

Siasatan awal mendapati, anak-anak yang dikandung akan diperdagangkan dan dijual dengan harga RM5,143 bagi bayi lelaki dan RM3,600 untuk bayi perempuan. 

Majoriti mangsa telah diperdaya meninggalkan kampung mereka dengan janji palsu kononnya akan diberi melakukan kerja-kerja domestik di Lagos sebelum dirogol dan hamil. 

Ada beberapa wanita turut menyertai sindiket itu secara sukarela kerana percaya mereka akan dibayar. Tetapi mereka langsung tidak pernah diberikan sebarang bayaran. 

Pihak polis dimaklumkan oleh kejiranan di kampung itu pada 19 September lalu selepas menyedari kehadiran ramai wanita mengandung di kawasan mereka. 

Salah seorang mangsa berkata, dia sanggup meminjam wang untuk pergi ke Lagos kerana dijanjikan melakukan pekerjaan sebagai pembantu rumah. Tetapi apabila dia tiba di terminal bas, telefon bimbitnya dirampas dan dibawa ke 'kilang' tersebut di mana dia dimaklumkan akan ditempatkan di situ. 

Pada mulanya, dia dipaksa menjadi pelacur dan tidur dengan beberapa pelanggan setiap malam sebelum disahkan hamil. 

Mangsa kemudian dipindahkan ke bangunan lain dan diberitahu sekiranya dia meneruskan kandungannya itu, dia akan dibayar dengan bayaran lebih lumayan dan dibenarkan keluar dari tempat itu. 

Kesemua mangsa kini sedang menjalani pemulihan dan polis masih melakukan siasatan. 

Sumber: Daily Mail

KKM batal notifikasi empat produk kosmetik mengandungi racun berjadual


Kementerian Kesihatan hari ini membatalkan notifikasi terhadap empat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual di dalam produk mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, produk berkenaan ialah Dnars Gold Glowing Serum (Day) (racun Triamcinolone Acetonide) dan Dnars Gold Balen Cream (Night) (racun Hydroquinone; Betamethasone Valerate).

Selain itu, produk terlibat termasuk Tresors Natural Herbal Cream (racun Chloramphenicol; Sulfamethoxazole; Trimethoprim; Ketoconazole) dan Labeauty Booster Night Cream (Merkuri).


Dr Noor Hisham berkata semua bahan yang dikesan merupakan ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

“Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan dan secara tidak terkawal boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata penjual dan pengedar produk kosmetik tersebut perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta kerana produk tersebut melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.





Tegasnya, individu melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Beliau menyarankan kepada orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik tersebut agar segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Sumber: Bernama