Penjawat Awam dilarang terlibat politik, mesti berkecuali


Penjawat awam adalah dilarang sama sekali daripada menghadiri atau terlibat dalam sebarang perhimpunan berkaitan politik serta membuat apa-apa pernyataan awam. 

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata penjawat awam juga dilarang mengedar atau menularkan berita palsu dalam media sosial atau sebarang medium komunikasi yang lain, serta melakukan perkara-perkara bertentangan dengan kehendak dan ketetapan undang-undang dan dasar kerajaan yang berkuat kuasa.

"Penjawat awam mestilah mengekalkan pendirian apolitical dan berkecuali. Saya juga memohon agar semua penjawat awam untuk bertenang dan meneruskan tugas mengikut undang-undang dan dasar kerajaan yang berkuat kuasa," katanya menerusi edaran surat yang bertarikh 25 Feb, 2020 kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan.

Mohd Khairul Adib menegaskan penjawat awam perlu terus menjunjung dan mempertahankan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dengan melaksanakan tugas seperti yang telah dipertanggungjawabkan.

Penjawat awam juga perlu memastikan semua sistem penyampaian kerajaan terus berjalan lancar dan rakyat seharusnya mendapat perkhidmatan berkualiti seperti sedia ada.

Isnin lepas, negara dikejutkan dengan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Kemudian Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima peletakan jawatan itu dan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

Mohd Zuki memaklumkan Al-Sultan Abdullah, atas nasihat Perdana Menteri, turut berkenan membatalkan pelantikan Menteri-Menteri dan sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran (merangkumi Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik) adalah terhenti pada tarikh yang sama.

Sumber: Bernama

(Video) 'Kau rekod kan?!' - Lelaki baju petak terajang penguatkuasa sampai terjatuh handphone


Lagi kes melibatkan orang awam memperlekehkan tugas anggota penguatkuasa viral di media sosial. Kali ini melibatkan seorang lelaki berbaju hijau biru berpetak-petak. 

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Hentian Kajang baru-baru ini dan dipercayai lelaki itu tidak berpuas hati apabila anggota berkenaan mengeluarkan kompaun pada kenderaannya. 

Apabila ada pemandu lain cuba meleraikan perbalahan mereka, lelaki itu berkata, "Alaaa dia ni bangang cik. Dah banyak kali dah." 

Insiden itu turut direkod oleh seorang individu yang tidak dapat dipastikan sama orang awam atau rakan sekerja anggota berkenaan. 

Secara tiba-tiba lelaki berbaju petak itu menendang telefon bimbitnya selepas mendapati lelaki itu membuat rakaman video menyebabkan kedua-duanya mula menengking sesama diri. 


Lelaki Baju Petak: "Kau rekod kan?!" 

Perakam: "Touch ah! Touch ah! Brader kaki naik brader!" 

Lelaki Baju Petak: "Habis? Apa hal?!!" 

Perakam: "Mana lu punya adab!?! Adab tu mana?!" 

Lelaki Baju Petak: "Mana lu punya adab nak rekod-rekod ni apa hal?!"

Perakam: "Lu naik kaki bro! Naik kaki bhai!" 

Lelaki Baju Petak: "Habis tu apa hal?!" 

Tidak diketahui apa penghujung ceritanya. Tetapi rata-rata netizen menyirap menonton video viral tersebut. 


Sumber: Acik Art

'Hari ni giliran adik pakai sebab dia ada PJ, saya pakai seluar sekolah la' - Di kala pemimpin berebut kuasa, rakyatnya masih hidup susah


Isu politik Malaysia yang semakin panas menenggelamkan isu-isu terkini yang berlaku. Walaubagaimanapun, isu-isu lain juga tidak harus dipandang remeh terutama sekali isu melibatkan hak-hak dan kebajikan rakyat.

Bebenang di Twitter oleh guru ini bukan untuk meraih simpati tetapi untuk membuka mata semua pihak ambil peduli dengan keperluan golongan yang memerlukan. Dikongsikan guru ini, ketika latihan pusat olahraga diadakan, seorang pelajar didapati memakai seluar sekolah. Ketika disoal, pelajar ini mengatakan dia bergilir-gilir seluar dengan adiknya.

SEDANG pemimpin Malaysia berebut kuasa, satu kisah untuk direnung bersama. Tadi latihan pusat olahraga, ada seorang peserta dari sekolah lain datang pakai seluar sekolah.

"Mana seluar sukan?"

"Harini giliran adik pakai sebab dia ada PJ. Saya pakai seluar sekolah la."

Sedih.

Ini bukan tweet nak meraih simpati. Cuma tweet untuk pemimpin negara kita yang sibuk sangat berebut kuasa padahal ada rakyat yang hidup susah. Kuasa didahulukan, rakyat diabaikan.

Budak ni bukan sekolah saya. Bekas anak murid masa dia darjah 1 je dulu. Masa mula posting. Sekarang dah darjah 5. Dia atlet olahraga saya. Sekarang tengah latihan pusat. Next week kejohanan.

Terima kasih yang DM nak bagi sumbangan kat dia. Nanti saya bagi la cikgu dia suruh belikan seluar.

Terima kasih semua yang menyumbang. Ada banyak dah ni. Cukup dah saya rasa. Esok insyaallah pi beli seluar dia dan untuk adik dia. Kalau ada lebih lagi, belanja dia makan. Terima kasih abang dan akak semua.



Habis training olahraga tadi terus beli seluar track, baju sekolah dan paling penting stokin sebab stokin dia ada sepasang je. Face with tears of joy.

KFC sebab ada yang derma suruh bawa dia makan KFC. Siap bungkus untuk family sekali. Terima kasih abang dan akak semua! Semoga dimurahkan rezeki! Smiling face with smiling eyes 



(Video) 'Bila masa kau buat kerja ni ha?!' - Maid kantoi rembat barang owner, 6 beg + 1 guni pakaian


Kepercayaan yang diberikan majikan, berakhir dengan pengkhianatan di mana pembantu rumah ini nekad membawa lari barang-barang berharga majikannya. 

Bagaimanapun, usahanya itu menemui kegagalan selepas pembantu rumah yang bernama Juli itu terkantoi di depan majikannya. 

Menurut sumber, Juli sebelum itu merancang dengan rakan-rakannya dan mahu membawa semua barangan itu lari dengan lori. 

"Rumah member, maid plan nak bawa lari barang dengan lori. Pakat dengan kawan-kawan dia. 

"Nasib baik owner sempat balik rumah. Penuh luggage disumbatnya harta benda tuan dia," katanya. 

Berdasarkan video, antara barangan yang dicuri adalah beg tangan, alat solek, duit syilling, pakaian keluarga majikannya termasuk satu-satunya baju Melayu yang digunakan oleh majikannya untuk pergi solat Jumaat. 

"Habis satu guni baju-baju. Bawa keluar semua baju-baju ni. Ni Juli nak bawa pergi ke mana semua ni? Ha? 

"Ada lori datang ambik ke apa? Juli bersepakat dengan siapa ni? Dah Juli nak bawa enam beg ni, dengan guni ni, macam mana nak bawa? 



"Baju-baju sutera habis berpuluh-puluh pasang. Apa punya kerja kau ni. MasyaAllah. Tudung-tudung semua habis semua ambik, apa nak jadi kau ni. 

"Kau ni apa kena kau ni?" soal majikannya.

"Bila masa kau buat kerja ni ha?! Panggil polis je lah, tak payah hantar. Suruh dia duduk dalam penjara tiga hari, biar dia rasa. Bodoh betul la kau ni!" tambah isteri majikan.


Difahamkan, pembantu rumah itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Sumber: Naz Nana

'Cikgu ni wolverine ke apa peluk sampai jadi camtu?' - Belakang badan pelajar merah selepas diajar pakai seluar 30 kali berturut-turut


“Alhamdulilah, dia dapat memakai seluar sendiri dengan jayanya...” demikian alasan tidak masuk akal oleh seorang guru ketika memberi penjelasan kepada si ibu yang anak lelakinya mengalami bengkak dan kemerahan di belakang badan. 

Ibu saudara kepada pelajar itu memuat naik dua gambar berkenaan di Twitter yang menunjukkan perbualan WhatsAppn di antara guru dengan ibu pelajar terbabit 

Berdasarkan gambar itu, guru berkenaan yang tidak didedahkan namanya terdahulu memohon maaf kerana badan mangsa mengalami kemerahan. Alasan yang diberikan ialah dia cuba mengajar mangsa menguruskan diri tanpa pertolongan orang. 

Bagi memastikan pelajar itu berupaya berdikari, guru berkenaan mengarahkan mangsa memakai seluar sebanyak 30 kali berturut-turut sehingga akhirnya dai dapat memakai seluar sendiri.

"Assalamualaikum kak. Ini cikgu *****. Saya ingin meminta maaf kerana belakang Ziqri merah. Tadi saya mengajar Ziqri mengurus diri iaitu memakai seluar sendiri tanpa pertolongan orang. Ziqri telah memakai seluar sebanyak 30 kali berturut-turut. 

"Alhamdulillah dia dapat memakai seluar sendiri dengan jayanya. Mintak maaf kak, salah saya,” tulis guru tersebut.

Bagaimanapun, kesan merah di belakang badan mangsa menimbulkan tanda tanya ibunya yang lalu bertanya bagaimana ia boleh berlaku. 

Guru itu berkata, mangsa tidak mahu menarik seluar dari kaki hingga ke paras perut. Guru itu kemudian memeluk mangsa dan bermulalah sesi latihan sehingga dia berjaya memakai seluar. 


Tetapi netizen tidak dapat menerima alasan itu yang jelas sekali tidak masuk akal berikutan kesan merah di belakang badan mangsa seperti dikerjakan sama ada dengan objek tumpul atau jari jemari seseorang. 



Sumber: Wanie Cho