(Video) 'Mesti budak tu ada buat salah' - Guru baling barang pada pelajar dipercayai bermain-main dalam kelas


29 Februari 2020, viral di media sosial video seorang guru membaling barang pada pelajarnya mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Tidak dinyatakan lokasi dan punca sebenar kejadian, tetapi berdasarkan video viral itu dipercayai pelajar berkenaan telah menimbulkan kemarahan gurunya. 

Video menunjukkan guru terbabit membaling beberapa barang ke arah pelajar itu yang mengelak dan cuba menjauhkan diri dari ditangkap gurunya.

Percakapan di antara kedua-dua pihak tidak begitu jelas, namun dipercayai pelajar itu tidak memberikan fokus dan bermain-main ketika guru itu sedang mengajar di depan. 

Video itu dirakam oleh salah seorang pelajar dan dalam masa yang sama turut ketawa melihat adegan itu. Manakala pelajar yang lain pula kelihatan risau sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. 


Meskipun ada netizen yang mengatakan guru itu tidak wajar bertindak sedemikian, namun ada netizen mempertahankannya kerana tindakannya itu adalah untuk memberi pengajaran kepada pelajar supaya tidak mengulangi kesilapannya. 



Sumber: Facebook

Tipu duit orang RM11,000, isteri juara Da'i ditahan polis


Polis menahan seorang wanita yang merupakan isteri kepada juara program realiti TV, Da'i atas tuduhan menipu seorang pelanggannya. 

Mangsa telah membuat laporan polis pada Oktober 2019 yang membawa kepada penangkapan wanita berusia 40 tahun itu di pejabatnya di Desa Melawati Kuala Lumpur semalam. 

Difahamkan, mangsa berurusan dengan isteri Da'i berkenaan pada tahun 2017 berkaitan dengan janji menguruskan sijil halal JAKIM dan sijil KKM bagi produk jamu. 

Untuk itu, mangsa telah membuat pembayaran sebanyak RM11,000 kepada isteri Da'i itu tetapi sehingga tahun 2019, tiada sebarang usaha yang dilakukan. 

Merasakan diri ditipu, mangsa membuat laporan polis. 

Polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek. 

Sumber: Harian Metro

(Video) 'Rindu betul pemimpin Melaka yang sanggup tembak babi macam ni' - Netizen


Jatuhnya kerajaan pusat yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH), turut memberi kesan pada beberapa kerajaan negeri yang ada diantaranya akan diganti dengan kerajaan baharu gabungan dari parti Perikatan Nasional (PN). 

Di media sosial, netizen mula meluahkan 'rasa rindu' mereka terhadap bekas Exco Melaka, Norhizam Hassan Baktee. 

Meskipun digelar sebagai 'YB Samseng', tetapi netizen berkata, Norhizam begitu komited menjalankan tugasnya sebagai Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka. 

Dalam masa yang sama, netizen turut terhibur dengan video viral yang menunjukkan beliau dengan bangganya membentang kejayaan menangani populasi babi yang meningkat di Melaka, ketika persidangan Dewan Undangan Negeri. 



REAKSI NETIZEN


Semalam, ADUN Pengkalan Batu itu menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional dan beliau menjelaskan tindakannya itu dilakukan demi kepentingan rakyat. Malah mengakui selama ini beliau hanya menjadi barua DAP. 

"Hati saya bertindak merana demi untuk kepentingan orang Melayu. Saya sudah bekerja keras bertungkus-lumus, mereka kata nak berhemah, nak bermaruah, tapi saya tengok saya jadi barua saja. Memang saya jadi barua saja," katanya. 

Disebabkan tindakannya itu, Norhizam bakal dikenakan tindakan oleh DAP. 

'Berani ke pihak kesihatan nak saman pemimpin ini?' - Netizen gesa penguatkuasa saman pemimpin merokok di zon larangan


14 Jun 2011, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan lima zon di Negeri Melaka sebagai kawasan larangan merokok dan ini termasuklah di dalam mana-mana hotel, premis perniagaan dan yang sewaktu dengannya. (RUJUK)

Baru-baru ini tersebar pula gambar dan video ada beberapa pemimpin parti politik merokok di dalam Hotel MITC sewaktu sedang mengadakan sidang media baru-baru ini dan tindakan itu mengundang pelbagai reaksi negatif dari netizen. 

Gambar dan video itu baru saja dimuat naik oleh pengendali laman Facebook Selangor Bebas Asap Rokok (SBAR). 



REAKSI NETIZEN


Netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemimpin terbabit kerana sudah jelas terbukti bahawa individu itu melakukan kesalahan. Jika tidak dikenakan tindakan, netizen beranggapan pihak berkuasa hanya bersikap berat sebelah sahaja. 

Bagi individu yang merokok di zon larangan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. 

CUEPACS gesa kerajaan lantik penjawat awam isi jawatan utama, bukannya lantik orang politik


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mencadangkan agar anggota perkhidmatan awam dilantik mengisi jawatan ketua-ketua perkhidmatan utama seperti Peguam Negara.

Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata sebagai anggota perkhidmatan awam yang berwibawa dalam skim perkhidmatan perundangan dan kehakiman sedia ada, mereka memiliki pengalaman luas serta ilmu pengetahuan yang tinggi untuk menasihati kerajaan.

“Tambahan pula, mereka ini sentiasa mengamalkan sikap berkecuali dan neutral dalam menjalankan tugas demi rakyat dan negara,” menurutnya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Cuepacs juga berkata lantikan ketua komunikasi di agensi-agensi kerajaan perlu dilihat dan dikaji semula.

“Jentera komunikasi kerajaan perlu dilantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam yang mempunyai peranan serta fungsi yang menjurus kepada bidang komunikasi di agensi yang diwujudkan kerajaan.

“Melalui pelantikan ini, sudah pastinya mereka akan memberikan penumpuan tugas yang berkesan terhadap kepentingan kerajaan,” katanya.

Justeru, Adnan berkata kerajaan perlu mengubah polisi lantikan daripada memilih pihak luar terutama dalam kalangan orang politik.

“Pelantikan mereka daripada kalangan anggota perkhidmatan awam juga boleh mewujudkan sifat menjauhi politik dan neutral terhadap dasar kerajaan yang telah diwujudkan,” katanya.

Oleh itu, Cuepacs berharap kerajaan akan memberi perhatian yang serius berhubung perkara ini.

“Walaupun negara berdepan kemelut politik baru-baru ini, namun anggota perkhidmatan awam telah menunjukkan perkhidmatan yang terbaik dan berkesan dalam memastikan sistem penyampaian tidak langsung terganggu untuk menjamin kelangsungan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dan negara,” katanya.

Sumber: Bernama