Penjual aiskrim meninggal dunia di atas motor ketika mencari nafkah untuk keluarga


Penjual aiskrim, Misyanto, 66, ditemui meninggal dunia di atas motosikalnya yang digunakan untuk menjual aiskrim.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di atas motosikalnya di Jalan Dusun Talunongko, Kecamatan Sumber, Indonesia, kira-kira jam 10 pagi. 

Ketua Polis Daerah Sumber, Iptu Sono berkata, saksi pertama yang menemui mangsa adalah Suwoco, 41, yang ketika sedang memandu kereta berasa hairan mengapa mangsa menghalang laluan dan tidak bergerak. 

Setelah diperiksa, Misyanto langsung tidak memberi sebarang respon dan kepalanya terlentok di bahagian handle, lalu Suwoco menghubungi pihak polis yang kemudian tiba di lokasi kejadian. 

Mangsa kemudian dibawa ke hospital dan disahkan telah meninggal dunia. 

Polis juga memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa yang menolak mayat mangsa dibedah siasat kerana Misyanto sememangnya mempunyai masalah kesihatan. 

Jelas keluarganya, Misyanto sebelum ini seringkali mengadu pening kepala dan sesak nafas. Tetapi dia masih nekad untuk keluar menjual aiskrim bagi mencari nafkah untuk menyara keluarganya. 

Gambar itu juga viral di media sosial, membuatkan netizen sedih dan bersimpati dengan mangsa. 

Sumber: Detik News

'Baru say Hi, tiba-tiba operator tamatkan perbualan tanpa notis' - Pengadu kecewa dengan servis syarikat penghantar makanan beruang


Isu perkhidmatan syarikat penghantar makanan sudah lama diperkatakan. Pelbagai rungutan dan aduan dibuat oleh pengguna apabila perkhidmatan yang diberi, tidak memuaskan. Ada aduan yang dinyatakan seolah-olah tidak diendah menyebabkan ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial. 

Cikgu Fadli Salleh antara salah seorang pelanggan syarikat penghantar makanan beruang China ini juga menerima nasib yang sama. 

Beliau cuba menghubungi syarikat tersebut untuk mengetahui status mengenai bayaran balik dan juga aduan lain yang ingin dikemukakan. Penjelasan mengenai bayaran balik telah dijelaskan, namun proses untuk menghubungi pihak itu memakan masa. Belum sempat beliau menulis dengan lebih lanjut aduannya, talian telah ditamatkan secara tiba-tiba.

AKU hubungi 'FP' Help Center untuk tanya bila refund aku nak dapat balik.

Percubaan pertama, kena tunggu lama. Puas tunggu, last-last putus gitu je. Percubaan kedua, dapat masuk. Ejen bernama Hamza yang sambut aku.


Baru say Hi, tiba-tiba dia tamatkan perbualan tanpa apa-apa notis. Kena buat sekali lagi. Kali ni Usama pula yang sambut perbualan aku. Sekali Usama ni tak pandai Bahasa Malaysia pulak. Duduk di Malaysia tapi tak pandai Bahasa Malaysia, ini memalukan.

Maka bermula la diskusi aku dok tanya bila duit aku akan dapat balik. RM133 kot, bukan singgit dua. Dia cakap lepas 14 hari baru akan proses. Tulis kat dalam FP punya Help Center, 5-7 hari. Bila chat dengan staff dia, 14 hari pula.


Aku tanya adakah team mereka akan contact aku bila duit dah masuk dan akan masuk account mana memandangkan mereka tak ada pun minta nombor account dari aku. Katanya akan masuk balik dalam account yang aku buat pembayaran. Lepas tu dia tanya ada apa-apa lagi yang aku nak tahu.

Aku tengah tulis aduan lain, terus dia tamatkan perbualan. Cilakak betul customer services FP ni. Memang tak mesra, slow dan pemalas. FP, tolong upgrade perkhidmatan pelanggan anda. Tolong.

Aku melalui pengalaman buruk dan sangat tak best dengan team customer service FP ni. Dan tolong wajibkan staff kalian yang melayan pelanggan pandai berbahasa Malaysia. Ini negara berdaulat Malaysia, bukan United Kingdom. Memalukan staff bahagian perkhidmatan pelanggan tak pandai berbahasa Malaysia begini.

Sekian.

(Video) 'Geram kalau dapat staff camni, lingkup bisnes kilang aku!' - Majikan pecahkan handphone staff gemar bertik-tok di waktu kerja


Aplikasi Tiktok dilihat sudah menjadi trending masyarakat. Dari usia kecil hingga dewasa, masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk merakamkan aksi mereka. Bertiktok tidak salah, tetapi perlu kena pada masa dan tempat.

Satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) telah tular di media sosial yang menunjukkan seorang pekerja wanita sedang asyik bermain Tiktok tanpa menyedari tingkah lakunya diperhatikan oleh majikannya melalui CCTV.

“Ooo.. tutup pintu ye? Itu la kerja dia ya? Setiap hari macam tu,” kata majikan tersebut kepada salah seorang pekerja yang turut menyaksikan rakaman tersebut.

“Ni la yang aku geram kalau dapat staff yang macam ni. Ya Allah.. dia ingat saya bayar gaji dia, gaji buta. Dia datang duduk dengan berselfie macam tu, bertiktok. Malang betul la kalau saya dapat pekerja macam ni. Lingkup bisnes kilang saya kalau macam ni,” katanya lagi.


Dalam video kedua pula menunjukkan pekerja terbabit dimarahi oleh majikannya.  Bukan itu sahaja, malah dia turut mencampakkan telefon bimbit milik pekerjanya itu.

“Saya sudah berada di sini hampir 15 minit, depan kamu, tahu ke tidak. Patutlah staff yang lain mengadu kat saya kamu asyik berselfie, bertiktok dan macam-macam lagi. Ni time kerja kan. Ini yang saya tak suka kalau dalam pejabat macam ni. Bak sini telefon kamu. Saya nak telefon kamu sekarang!”

Pekerja itu hanya menundukkan wajahnya dan apabila majikannya meminta telefon, dia terus menyoal mengapa mahu mengambil telefonnya.

“Kenapa nak ambil telefon saya, puan?” 

“Saya kata bak sini, bak sini la!” majikannya terus merampas dan mencampakkan telefon bimbit itu ke lantai menyebabkan alat peranti itu berderai.


Tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu. Di media sosial, netizen tidak menolak kemungkinan bahawa video itu mungkin merupakan satu strategi pemasaran syarikat itu.

Isteri juara Da'i akan didakwa di mahkamah esok atas tuduhan menipu pelanggannya


Isteri kepada juara program Da'i yang ditahan semalam akan didakwa esok, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, wanita berusia 40 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai menipu seorang pelanggannya pada tahun lalu. 

Polis menahan wanita berkenaan semalam berikutan laporan polis yang dibuat mangsanya pada Oktober 2019. 

Menurut mangsa, wanita itu pernah berjanji untuk menguruskan sijil halal JAKIM dan sijil KKM untuk produk jamunya pada tahun 2017. Untuk itu mangsa telah membayarnya sebanyak RM11,000. 

Tetapi sehingga tahun lalu, tiada sebarang proses yang dijalankan. Merasakan diri tertipu, mangsa membuat laporan polis. 

Sementara itu di media sosial, netizen mengakui keletihan kerana terpaksa belajar setiap 'topik' baru yang menjadi isu utama sejak akhir-akhir ini. Walaupun begitu, ada yang sudah mengetahui siapa wanita yang dimaksudkan itu tetapi enggan menyebut namanya. Sebaliknya mereka mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat sebelum membawang.  

LAPORAN BERKAITAN

(Video) 'Aku kata ini telur lipas, dia (mamak) kata ini kacang merah' - Customer temui telur lipas dalam makanan


Alangkah terkejutnya pasangan suami isteri apabila mendapati hidangan mereka yang dipesan dari restoran 'mamak' di Sepang ini dicemari dengan telur lipas.

Jamal Firdaus pada 28 Februari 2020, berkongsi video dan gambar penemuan menjijikkan itu di Facebooknya.

Menurut Jamal, dia memaklum penemuan itu kepada pihak restoran tersebut tetapi pihak itu mendakwa 'benda' itu adalah kacang merah.

"Dia kata ini kacang merah. Telur lipas weh! Ni kalau masuk perut kami, tak bertelurkan lipas kami berdua?


"Berhati-hati kepada mereka yang makan di sini atau mamak-mamak lain. Periksa dulu hidangan kita. Jangan jadi macam aku, nasi dah habis baru perasan. Nasib baik perasan, dah hujung-hujung tanduk dah.

"Tak dinafikan memang aku suka dia punya ayam goreng, tetapi masa ni aku tak order makanan. Hanya temankan isteri aku je makan nasi goreng mamak tu. Aku tolong habiskan lagi separuh nasi goreng dia je. Boleh pula ada telur lipas. Aku dahlah anti dengan lipas.



"So berhati-hatilah pada anda semua yang suka makan kat mamak tu. Tak kiralah mamak di mana-mana. Pastikan dalam hidangan kita itu tiada bahan terlarang. Hari ini telur lipas, mana tahu esok lusa baby lipas, mommy lipas, daddy lipas," katanya.