Budak 3 tahun hilang selepas ditinggalkan bersendirian di sebuah ladang kelapa sawit


Seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun dilaporkan hilang setelah ditinggalkan bersendirian oleh bapanya di sebuah ladang kelapa sawit di Rapak Baru, Pantu, Sri Aman, kira-kira 140 kilometer dari sini, semalam.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, kanak-kanak yang dikenali sebagai Igih Ben itu hilang dari pondok dia ditinggalkan selepas bapanya selesai membantu petugas Sarawak Forestry Corp (SFC) hari ini.

Difahamkan kanak-kanak itu mengikut bapa dan datuknya yang mengiringi petugas SFC untuk membuat kerja penandaan pada pokok dalam hutan bersebelahan ladang itu.

Ia terletak kira-kira satu kilometer dari pondok tersebut.

“Memandangkan laluan menuju ke pokok tersebut perlu melalui bukit yang curam, bapa mangsa telah meninggalkan anaknya di sebuah pondok kecil dengan hanya berbekalkan botol susu sebelum meneruskan perjalanan bersama datuk mangsa,” menurut kenyataan itu.

Sekembalinya bapa mangsa ke pondok itu, dia mendapati anaknya tidak lagi berada di situ dan seorang penduduk yang kebetulan sedang menuai padi berdekatan kawasan itu mendakwa ada melihat kanak-kanak tersebut berjalan ke arah motosikal yang diparkir bapanya dalam jarak 200 meter dari pondok itu.

“Ekoran gagal menemui anaknya, bapa mangsa telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Sri Aman yang seterusnya memaklumkan Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman pada pukul 2.33 petang tadi,” menurut kenyataan itu lagi.

Sehingga pukul 8 malam tadi, gerakan mencari dan menyelamat melibatkan empat petugas Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman diketuai Pegawai Bomba Kanan II Chimiam Duyu, dua anggota polis dari Balai Polis Pantu serta 20 orang penduduk kampung masih gagal menemui kanak-kanak berkenaan.

Sumber: Bernama

(Video) 'Dato pukul anak angkatnya menggunakan kasut' - Pembantu rumah


Kini tersebar pula gambar dan video anak angkat kepada usahawan kosmetik terkenal yang disyaki dipukul hanya kerana mahu merakam gelagatnya menangis. 

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pembantu rumah warganegara Indonesia berusia 34 tahun itu, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan sekerjanya sebelum dia dipanggil oleh suspek masuk ke dalam bilik kasut.

"Dato **** ***** dtelah memukul anak angkat beliau menggunakan tangan di muka, semasa beliau ingin merakam video live YouTube kerana anak angkat beliau menangis. 

"Selepas kejadian itu, Dato telah memanggil saya untuk masuk ke dalam bilik kasut bersama anak angkat beliau. Dato juga telah menyuruh saya memukul anak angkat beliau tetapi saya tidak mahu kerana takut terjadi apa-apa. 


"Selepas itu, Dato sendiri telah memukul anak angkatnya menggunakan kasut di badan dan telah mencubitnya sehingga meninggalkan kesan," katanya dalam laporan tersebut. 


Difahamkan, pengadu kini sedang mendapatkan perlindungan dari pihak Kedutaan Indonesia kerana bimbang dia dijadikan sebagai 'kambing hitam' oleh suspek. 

Berdasarkan video bukti yang dikongsikan, terdapat kesan lebam di bahagian pinggang kanan mangsa yang melecet dipercayai dicubit oleh suspek. 

Sumber: Bunga Aprell

LAPORAN BERKAITAN

Usahawan kosmetik terkenal pukul anak angkat semasa mahu merakam gelagatnya menangis


Seorang pembantu rumah membuat laporan polis sehari selepas majikannya yang merupakan usahawan kosmetik terkenal memukul anak angkatnya berusia dua tahun. 

Lapor Harian Metro, kejadian itu berlaku pada 28 Februari lalu di rumah usahawan berkenaan di Petaling Jaya. 

Menurut sumber media berkenaan, usahawan itu memukul mangsa menggunakan tangan semasa mahu merakam gelagatnya menangis. 

Selepas kejadian itu, pembantu rumah berkenaan turut dipanggil masuk ke dalam bilik kasut bersama mangsa dan suspek mengarahkannya memukul mangsa. 

Bagaimanapun, pengadu enggan menurut arahan tersebut menyebabkan suspek memukul mangsa menggunakan kasut di bahagian badan selain mencubitnya. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. 

"Kami sudah merakam keterangan daripada semua saksi termasuk suspek. Kertas siasatan berhubung kejadian itu dijangka siap dalam minggu ini. 

"Ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya. 

Sumber: Harian Metro

(Video) Isteri Da'i Farhan didakwa menipu, bakal berdepan dengan hukuman penjara & sebatan jika disabitkan bersalah


Persoalan netizen sudah terjawab. Isteri kepada juara Da'i musim kedua dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menipu pelanggannya. 

Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, isteri kepada Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad, membuat pengakuan tidak bersalah. 

Mengikut pertuduhan, Noorainul pada 21 Disember 2017 hingga 26 Februari 2018 mendorong mangsa, Norsiha Aala untuk menyerahkan wang sebanyak RM10,050 bagi membantunya menguruskan sijil halal dan pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia bagi produk miliknya. 

Noorainul dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebat serta denda. 


Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar menawarkan jaminan RM10,000 kepada mahkamah. Namun peguam bela, Sheik Abdullah Abdul Malik merayu agar mahkamah mengurangkan jumlah itu kerana anak guamnya merupakan penanggung tunggal lapan anak.

Nik Ahmad Farhan juga hadir di mahkamah hari ini untuk menjadi penjamin. 

Mahkamah kemudian memerintah tertuduh membayar jaminan sebanyak RM4,000 dan menetapkan 3 April ini untuk serahan dokumen. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN

Wanita Aceh menangis meminta berhenti disebat kerana kesalahan berzina


Gambar menunjukkkan seorang wanita Indonesia menangis ketika dibawa pegawai polis ke atas pentas di mana dia akan menjalani hukuman sebab atas kesalahan berzina.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan persetubuhan di luar perkahwinan dan dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai di bawah undang-undang syariah. 

Wanita itu merupakan salah seorang daripada lapan individu yang menjalani hukuman sebat itu di Banda Aceh, Sumatera, Indonesia. 


Dua pegawai wanita membawa pesalah terbabit ke atas pentas itu dan disuruh melutut di depan orang ramai yang mengambil kesempatan untuk merakam video dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing. 

Kemudian datang seorang pegawai wanita membawa rotan untuk melaksanakan hukuman itu. 


Setelah beberapa kali disebat, wanita itu mengangkat tangan meminta berhenti seketika kerana tidak dapat menahan kesakitan itu. Salah seorang pegawai tampil memberinya air sebelum hukuman disambung semula. 

Setiap pesalah dikenakan hukuman 25 hingga 45 sebatan atas kesalahan mereka. 

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam dan mengamalkan undang-undang syariah. 

Hukuman sebat di khalayak ramai adalah hukuman yang biasa dilakukan di wilayah itu bagi kesalahan seperti berjudi, minum arak, hubungan sejenis dan berzina. 

Tujuan hukuman itu dilakukan untuk memberi pengajaran kepada para pelaku agar malu dengan perbuatan mereka. 

Hukuman sebat di khalayak ramai itu mendapat banyak bantahan dari kumpulan pejuang hak asasi manusia dan Presiden Indonesa Jokowi yang meminta amalan itu dihentikan, tetapi masih ramai yang menyokong amalan itu diteruskan di Aceh. 

Sumber: Daily Star