'Jangan suka hati pakai gambar saya macam ni!' - Wardina kesal gambarnya disalahgunakan untuk tujuan politik & sembang lucah


"Mohon jangan suka hati pakai gambar saya macam ni! Saya sebenarnya tak izinkan. Such disgusting behaviour. I can't digest," demikian kata Wardina Saffiyah melalui Instagramnya baru sebentar tadi. 

Wardina meluahkan rasa kesalnya itu kerana ada individu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan gambarnya untuk tujuan politik.

Perkara itu pada awalnya disedari oleh suami Wardina yang kemudian meminta lelaki itu memadamkan gambar tersebut. 

"Saudara, mohon padam status kurang sopan ini. Sebagai suami kepada Wardina, saya rasa kasihan pada saudara dan kawan-kawan di atas membuat dosa secara berjemaah. Semoga Allah beri hidayah dan petunjuk balik ke jalan benar. 

"Nak berpolitik, berpolitiklah. Tetapi jangan jatuhkan maruah seorang perempuan umpama tiada harga. Segala komen berunsur lucah tidak saya maafkan dunia akhirat. Dah besar panjang, pandai-pandailah jaga diri," katanya Ikhwan Johari. 

Berdasarkan gambar, Mohd Yusoff menggunakan gambar Wardina sebagai bahan lawak di akaun Facebooknya yang mengundang rakan-rakannya memuat naik komen berunsur lucah. 






Berbeza dengan postnya sebelum ini yang menampakkan dirinya seperti orang baik-baik yang patuh ada ajaran agama. Sebaliknya menyalahgunakan gambar Wardina untuk tujuan yang tidak sepatutnya. 


"Sembang pasal Islam bukan main, tapi adab dan akhlak, Ya Allah! Memalukan! Bukan Nabi datang untuk memperbetulkan akhlak kita?

"That picture was when my mental health was at the worse point ever. So posts  like these need to be called out.. it triggers and reminds me again of the state I was in.

".. and all I ask is have a heart and to not use my pictures in your memes and whatever bullying you do for God knows why. I ask again, what do you get? 

"Let us all of us call out these bullying and disgusting behavours! We need to be reminded and must not accept these behaviours as a norm. It's truly disgusting for our children to see. 

"Anak-anak tengok. Kalau bapak mereka buat begini, anak-anak pun buat juga dekat orang lain. I mean honestly, is this a society you want to live in? Devoid of adab and enjoy/glorify bullying and trashing others? 

"Pada pejuang politik, tak payahlah nak up post lima tahun lepas. Tak sudah-sudah. Get a life. You're sick in the head, in the mind and in the heart," kata Wardina. 

Sumber: Instagram Wardina

Penunggang motosikal maut rempuh pasu bunga hiasan ketika cuba elak terlanggar kucing


Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh pasu hiasan di pembahagi jalan.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam tadi berhampiran Pejabat Daerah Baling, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. 

Menurut sumber, mangsa cuba mengelakkan dari terlanggar seekor kucing yang sedang melintas jalan. Namun tidak sempat mengelak lalu melanggar kucing terbabit. 

Pelanggaran itu menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu merempuh pasu hiasan yang diletakkan di tengah pembahagi jalan.

Kucing yang dilanggar juga dilaporkan mati. 

Gambar kejadian itu viral di media sosial dan ramai netizen yang bersimpati dengan nasib kedua-dua mangsa. 

"Allah, meninggal di malam Jumaat sekali dengan Oyen. Semoga mereka bertemu di syurga, semoga roh almarhum dicucuri rahmat," kata netizen. 

Netizen turut meminta pihak berkuasa tempatan mengkaji semula kepentingan meletakkan pasu bunga hiasan di lokasi berkenaan. 

"Kena study semula pasu bunga atas divider tu, keperluan dan aspek keselamatan. Kalau tak releven dan membahayakan, biar ada divider cukuplah," kata netizen. 


Sementara itu, Abaya Fiona berkata, mangsa, Muhammad Azam Wahab merupakan saudaranya dan keluarga mereka kini sedang menguruskan jenazah mangsa. 

Beberapa hari sebelum itu, Fiona mengakui rasa tidak kena seperti rasa nak mati, rupa-rupanya ada ahli keluarga terdekat yang bakal pergi. 

"Dua tiga hari ni Fiona yang dok rasa macam dah nak mati sebab jantung sakit. Tengok-tengok orang yang kita sayang yang meninggal. 

"Untung Dik Dam meninggal di malam Jumaat. Ramai cakap terlepas hisab azab kubur. Mudahan macam tu la. Benda asbab nak jadi tu la sebab Dik Dam mengelak kucing saja noh. 

"Tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara Fiona, Muhammad Azam Bin Wahab," katanya. 

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

'Nampak sangat pergunakan anak untuk buat duit' - Ibu bapa paksa anak usia 3 tahun buat Mukbang dikecam netizen


Sepasang suami isteri di China dikecam teruk oleh netizen selepas dituduh mempergunakan anak perempuan mereka untuk membuat video makan-makan bagi tujuan menjana pendapatan. 

Video dan gambar Pei Qi yang berusia tiga tahun viral di media sosial jelas sekali menunjukkan kanak-kanak itu mengalami berat badan berlebihan.

Ibu bapa Pei Qi yang memuat naik video itu di media sosial, dikecam teruk oleh berjuta netizen yang marah dan mendakwa mereka mendera Pei Qi dan mempergunakannya untuk mendapatkan wang. 

Isu itu juga mengundang perdebatan netizen di China minggu ini selepas ramai yang berkongsi gambar/video Pei Qi. 

Difahamkan, ibu Pei Qi memuat naik video anaknya sejak 2018 di platform Xigua Video.

Video menunjukkan Pei Qi duduk di depan kamera sambil menjamah makanan yang disediakan dalam kuantiti besar, 'Mukbang' fenomena popular di internet berasal dari Korea Selatan. 

Banyak video Pei Qi yang dikatakan sangat popular termasuk salah satunya yang meraih 550,000 tontonan. 

Berdasarkan video Pei Qi, netizen menganggarkan berat badannya 35 kilogram, lebih dari berat badan kanak-kanak sebaya dengannya. 

Pernah dalam video di mana Pei Qi meminta ibu bapanya berhenti menyuapnya, tetapi permintaannya tidak diendahkan. Sebaik saja makanan dalam pinggannya habis, mereka terus menambahnya lagi. 

Ramai yang mengesyaki ibu bapa Pei Qi mempergunakan anak mereka untuk menjana pendapatan. 

"Pasangan ini gunakan anak untuk menjana pendapatan. Mereka tak peduli pun tentang kesihatan anak mereka.

"Ini jelas sekali satu bentuk penderaan! Mereka tak layak menjadi ibu bapa. Geramnya aku!!!

"Pihak berkuasa perlu menyiasat isu ini mengambil tindakan tegas terhadap ibu bapa budak tu. Pasti ke suami isteri itu ibu bapa kandung kepada Pei Qi?" soal netizen. 


Susulan viral itu, semua video Pei Qi telah dipadamkan. Namun, ibu bapa Pei Qi menafikan semua dakwaan itu dan menjelaskan Pei Qi berada dalam keadaan sihat. Malah sepanjang proses merakam video itu semua, mereka berasa seronok. 

"Video kami bukan hanya tunjuk dia makan sahaja. Ada juga video tentang dia turun berat badan dan menari," kata ibu Pei Qi. 

"Dia anak kandung saya, dah kenapa pula saya nak paksa dia makan banyak? Dia sejak lahir memang besar saiz badannya," tambahnya lagi. 

"Memang kami ada jana sedikit pendapatan tetapi dalam ratus yuan saja, bukannya banyak pun," kata bapanya. 


Meskipun penafian telah dibuat, tampil satu organisasi rasmi yang melindungi hak dan kebajikan wanita dan kanak-kanak membuat siasatan terhadap isu itu. 

Pihak berkuasa China mengesahkan, keluarga berkenaan menetap di Guangzhou, selatan China dan kes itu juga disiasat pihak berkuasa tempatan. 

Sumber: Daily Mail

'Mau enaknya aja' - Remaja bunuh teman wanita hamilkan anaknya kerana tidak mahu bertanggungjawab


Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tergamak membunuh teman wanitanya kerana enggan bertanggungjawab di atas kehamilan mangsa yang baru berusia enam bulan. 

Mangsa, 16, maut (lemas) setelah suspek dan yang dibantu oleh rakannya mencampak mangsa ke dalam sungai dengan keadaan tangannya diikat agar tidak dapat menyelamatkan diri. 

Ketua Polis Daerah Pesawaran (Indonesia), Aris Siregar berkata, suspek dan rakannya telah berjaya diberkas pada Ahad lalu (23/8/2020). 

Mayat mangsa ditemui terapung dalam keadaan tangannya masih berikat di sungai oleh orang awam pada jam 5.00 petang, Jumaat 21/8/2020.

Menurut Aris Siregar, malam Khamis (20/8/2020), suspek mengajak mangsa keluar berubat selepas mendapatkan bantuan dari seorang dukun.

Mangsa akur dan setibanya di lokasi, suspek dan rakannya mengikat tangan mangsa kononnya itu sebahagian dari syarat ritual yang dikenakan. Selepas itu, mangsa diangkat oleh kedua-dua suspek sebelum mencampaknya ke dalam sungai. 

Dalam keterangan, suspek mengakui mangsa pernah meminta dia untuk bertanggungjawab ke atas kehamilannya yang sudah berusia enam bulan itu berikutan perubahan badannya semakin ketara. Malangnya, suspek tidak bersedia untuk bertanggungjawab.

Polis percaya, motif pembunuhan itu adalah kerana suspek tidak mahu bertanggungjawab. 

Kes masih dalam siasatan dan kedua-dua suspek akan dihadapkan ke mahkamah dan berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup. 

Sumber: Sosok

'Projek rundingan terus di era PH hanya bernilai RM352 juta, baki berbilion selebihnya adalah projek diwarisi dari BN' - Lim Guan Eng


Semalam, Kementerian Kewangan (MoF) mengeluarkan senarai 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion yang didakwa dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum pucuk pimpinan kerajaan bertukar tangan. 

Pendedahan itu menimbulkan banyak reaksi netizen berikutan kos bagi setiap projek rata-ratanya melibatkan angka berjuta-juta dan sekali gus ada yang mendakwa Kerajaan PH melanggar manifestonya sendiri, mahu mengamalkan tender terbuka untuk projek kerajaan. 

Bagaimanapun, beberapa Ahli Parlimen PH tampil menafikan dakwaan itu beserta dengan bukti-bukti kukuh.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, hanya RM352 juta (5.3 peratus) perolehan baru daripada RM6.61 bilion projek dilaksanakan oleh Kerajaan PH sebelum ini. 

Sebanyak RM4.48 bilion (67.7 peratus) projek dalam senarai dikeluarkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam sebenarnya ditawarkan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah. 

Sebanyak RM1.753 bilion (26.5 peratus) pula diwarisi daripada kerajaan BN. 

Projek rundingan terus di era PH hanya bernilai RM352 juta atau 0.07 peratus daripada nilai keseluruhan perolehan kerajaan (RM447.38 bilion), yang melibatkan keperluan mendesak seperti perbekalan buku teks sekolah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan operasi pembasmian kecemasan wabak rabies di Sarawak. 

BERIKUT SENARAI PROJJEK YANG DIDAKWA DIWARISI DARIPADA BN YANG DISAMBUNG ATAU DITAMBAH BAIK SERTA BERCIRIKAN KEPAKARAN KHAS ATAU MONOPOLI:




DI BAWAH PULA SENARAI BERKAITAN PROJEK RUNDINGAN TERUS DI ERA PH (MENURUT LIM):








Lim juga mendedahkan, empat pemimpin utama BERSATU juga terlibat dalam dalam kontrak kerajaan yang diberi tanpa tender terbuka iaitu:
  • Muhyiddin Yassin yang ketika itu Menteri Dalam Negeri dan nilai keseluruhan kontrak RM517.7 juta. 
  • Zuraida Kamaruddin (Menteri KPKT), nilai kontrak seluruhan RM170.8 juta. 
  • Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, nilai keseluruhan kontrak RM1.2 juta.
  • Rina Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar. Nilai keseluruhan kontrak RM7.36 bilion.
Setakat ini hanya Zuraida yang meafikan dakwaan itu di mana kdua kontrak rundingan terus yang diberikan kementeriannya pada masa itu dibuat tnapa pengetahuannya. 

Lim juga menggesa Menteri Kewangan mendedahkan sebarang salah laku berhubung kontrak rundingan terus oleh pentadbiran PH dan juga BN.

Tengku Zafrul juga mengakui bahawa, ada projek rundingan terus dibenarkan tetapi dalam situasi yang sangat spesifik seperti perkara yang melibatkan krisis keselamatan negara atau melibatkan pembekal tunggal. 

Lim juga menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memberi layanan dua darjat semasa meneliti isu pengagihan projek melalui rundingan terus. 

Sumber: MalaysiaKini