(Video) Budak 3 tahun terbang, nyaris terhempas selepas dililit layang-layang gergasi


Seorang kanak-kanak perempuan tersangkut pada layang-layang gergasi menyebabkan dia ditarik naik ke udara sehingga mencetuskan panik di kalangan pengunjung. 

Kejadian itu berlaku pada Ahad lalu (30/8/2020) di Festival Layang-Layang Antarabangsa 2020, Nanliao Harbor, Taiwan.

Dikatakan tali layang-layang membelit badan mangsa yang dikenali sebagai Lin, 3, sebelum ditarik naik ke udara akibat angin kencang. 

Lin bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan hanya mengalami sedikit calar di bahagian tubuhnya. 

Video kejadian itu turut viral di media sosial yang menunjukkan Lin bergayut di udara selama beberapa saat dan orang ramai menjerit kerana bimbang mangsa jatuh terhempas. 

Mangsa nyaris jatuh terhempas ke tanah, tetapi sempat disambut oleh pengunjung dan terus dibawa ke hospital oleh kakitangan festival untuk pemeriksaan lanjut. 

Disebabkan kejadian itu, kerajaan negeri terpaksa membatalkan festival berkenaan dan Datuk Bandar itu juga memohon maaf menerusi laman Facebook. 

"Kerajaan negeri memohon maaf kepada mangsa dan pengunjung atas kejadian yang berlaku," katanya. 

Sumber: Agensi

Budak 11 tahun maut selepas diberi suntikan vaksin, doktor tak tahu mangsa demam


Seorang ibu memuat naik status di Facebook pada 30 Ogos lalu yang memaklumkan anak perempuanya telah meninggal dunia selepas diberikan suntikan vaksin untuk kanser serviks. 

Dalam status yang menyedihkan itu si ibu menjelaskan, anak perempuannya berusia 11 tahun itu hadir ke sekolah pada hari kejadian dalam keadaan demam.

Pihak sekolah yang menggunakan khidmat seorang doktor untuk memberi vaksin kanser serviks pada hari itu bagaimanapun tidak mengambil bacaan suhu murid itu. 

Oleh kerana doktor berkenaan tidak mengetahui murid berkenaan demam, dia terus memberi suntikan vaksin kepadanya. 

"Anak saya menghidap angina (sakit dada disebabkan otot jantung tidak menerima darah beroksigen yang mencukupi), muntah dan kemudian meninggal dunia. 

"Aanak saya tidak mempunyai penyakit, selama ini dia sihat seperti biasa. Tolong bantu saya kongsikan kes ini," tulis ibu mangsa yang masih bersedih. 

Ramai netizen mengucapkan takziah kepada pasangan itu dan mempersoalkan mengapa doktor pada ketika itu tidak mengambil bacaan suhu badan mangsa sebelum memberi suntikan vaksin. 

Tidak kurang juga ada yang berkata, pihak sekolah harus bertanggungjawab di atas kecuaian yang sepatutnya dapat dielakkan itu. 

Sumber: Facebook Ibu Mangsa

(Video) 'Allahuakbar! Ok! Ok! Aku mengalah! Tolong!' - Peragut rayu tak dipukul orang awam


Cubaan seorang penunggang motosikal meragut beg tangan mangsanya yang sedang melintas jalan raya, gagal apabila suspek terjatuh dan ditangkap orang awam. 

Dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari Selasa berhampiran Bank Islam Mount Austin Johor Bahru, suspek yang bukan dibelasah oleh orang awam dan diikat sebelum diserahkan kepada polis. 

Berdasarkan video kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran, mangsa terdahulu dilihat sedang melintas jalan. 

Dalam masa yang sama, suspek menunggang motosikal pada awalnya telah lalu di hadapan mangsa tetapi berpatah balik dan merentap beg tangan mangsa. 

Ketika cuba memecut melarikan diri, motosikalnya berpaling tadah dan suspek terjatuh. Suspek cuba bangun untuk melarikan diri tetapi jeritan mangsa yang meminta bantuan orang awam berjaya menarik perhatian seorang anggota Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). 

Tanpa membuang masa, anggota terbabit terus berlari ke lokasi kejadian dan serta-merta memberi 'flying kick' pada suspek sehingga terjatuh ke jalan seperti nangka busuk. 

Di kesempatan itu, anggota MBJB terus 'mengunci' badan suspek agar tidak dapat meloloskan diri. 

Orang ramai yang ternampak kejadian itu terus datang menghulurkan bantuan. Tidak kurang juga yang mengambil peluang untuk membelasahnya termasuklah memulas telinga suspek. 


Video kejadian itu viral di media sosial. Netizen memuji usaha orang awam membantu mangsa dengan pantas, terutamanya anggota MBJB berkenaan. 




Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Isteri gigit kemaluan suami kerana enggan bantu halau tikus dalam bilik


Bengang dengan suami yang enggan menghalau seekor tikus di dalam bilik tidur, seorang wanita bertindak menggigit zakar suaminya dalam kejadian yang berlaku di Kitwe, Zambia, Afrika. 

Difahamkan, hubungan Mukupa Musonda dan suaminya, Abraham mula renggang atas sebab yang tidak diketahui dan sudah tinggal di bilik berasingan. 

Pada hari kejadian, Mukupa pulang dari minum dan mendapati bilik tidurnya diceroboh seekor tikus. Mukupa kemudian meminta Abraham membantunya menghalau atau menangkap tikus itu. 

Malangnya Abraham enggan membantu apatah lagi menuruti permintaan Mukupa yang menyebabkan wanita itu bengang lalu tercetus pertengkaran di antara mereka. 

Mukupa gagal mengawal diri lalu menggigit kemaluan suaminya sehingga mengalami pendarahan teruk dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital berdekatan. 

Tidak diketahui bagaimana Mukupa menggigit organ tersebut, namun orang ramai tidak digalakkan berbuat demikian atau berisiko menyebabkan suami mandul selama-lamanya. 

Sebaik-baiknya, berdamailah jika tercetus ketidaksefahaman. Paling tidak pun, berpura-pura pengsan juga mungkin akan berjaya menarik perhatian suami. 

Sumber: Agensi

2 mangsa langgar lari hanya cedera ringan, pemandu Camry direman 4 hari


Salahguna lorong kecemasan sehingga menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kemalangan, pemandu Toyota Camry yang videonya viral di media sosial, direman selama empat hari untuk siasatan lanjut. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis berkata, lelaki berusia 37 tahun itu direman bermula dari hari ini sehingga 4 September dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sementara itu, dua mangsa kejadian langgar lari di Kilometer 56.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak tempoh hari hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. 

Kedua-dua mereka berjaya dikesan di mana mereka berdua dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong. 

Dalam masa yang sama, polis turut mengucapkan terima kasih kepada pengguna jalan raya yang prihatin dan peka ke atas kejadian itu. Malah mengalu-alukan individu yang menjadi saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN