'Ingat tak malu ke s**l jalan-jalan dengan parents' - Gadis luah perasaan bengang di TikTok kerana terpaksa keluar dengan ibu bapanya


"Ingat tak malu ke sial jalan-jalan dengan parents," demikian kata seorang pengguna TikTok yang meluahkan kekesalannya di aplikasi popular itu tanpa menyedari perbuatannya itu boleh menguris perasaan ibu bapanya. 


Walaupun video tersebut telah dipadamkan, namun netizen sempat melakukan screenshot dan dimuat naik ke Twitter untuk dikecam secara beramai-ramai. 


Menurut 'anak derhaka' itu, dia malu apabila terpaksa keluar berjalan-jalan dengan ibu bapanya, sedangkan rakan-rakan yang lain keluar bersama rakan masing-masing. Hal itu membuatkan dia bertambah benci terhadap ibu bapanya dan jika boleh dia mahukan keluarga baru. 


"Malu bodoh. Kau tahu tak yang lain (rakan) elok jek jalan dengan member. Sampai kat aku, jalan dengan parents. This is why I hate parents. Atleast dah ikut tu, biarlah aku nak jalan seorang-seorang apa. 


"Sumpah dho aku dah tak tahan. Serius aku boleh jadi toxic balik. Aku jadi toxic, tak ada hormat dah tau. Serius aku cakap and thats time juga aku dah block semua orang jadi jahat. 


"Serious dude, penat, serious no jangan smapai aku carut lagi tau. Nak keluarga baru," tulisnya. 



Bagaimanapun netizen berpendapat keluar bersama ibu bapa lebih baik. Lebih-lebih lagi jika dibawa ke pusat beli-belah dan secara automatik akan dibelanja oleh ibu bapa masing-masing.


"Keluar dengan parents la best. Dapat makan-makan bersama, shopping sama-sama. Kemudian parents yang belanja shopping," kata Farzanah. 


"Dik, jalan-jalan dengan parents lah paling best. Kau ingat best ke takde parents? Sumpah macam aku ni, anak perantauan tiga tahun tak balik kampung, tak jumpa mak ayah. Kau ingat senang nak jumpa time Covid ni? Ingat dik, selagi ada mak ayah, hargailah," kata OhJang. 


"Biasalah aad budak-budak jenis lambat matang, dia akan berfikiran macam ni. Dia rasa dunia ni tak adil untuk dia sebab dia tak dapat 100 peratus macam yang dia nak. Dia lupa, dunia yang sebenar lagi kejam. Satu hari nanti kau akan menyesal berfikiran macam ni," kata Iz. 


Apa pandangan anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen Facebook dan Instagram

'Saya perlukan PA untuk membantu perniagaan saya' - DS Vida sedih dituduh jadikan PA baharunya (Abang Qu) sebagai anak ikan


Empat hari lalu, usahawan Datuk Seri Vida memperkenalkan pembantu peribadi baharunya iaitu Abang Qu yang menggantikan Iqbal Zulkefli. 


Menurut Vida, Abang Qu atau nama sebenar, Qushayry berusia 26 tahun berasal dari Selangor akan dibayar dengan gaji RM10,000 sebulan 


"Pastinya gaji lebih daripada RM10,000. Saya memerlukan PA daripada tiga empat bulan lepas. Kalau saya cari yang tua, nanti mengantuk 'ngak ngak'. Saya perlu positif energy," katanya. 



Bagaimanapun di media sosial, ramai netizen mendakwa Abang Qu adalah 'anak ikan' baharu usahawan kontroversi itu. Dakwaan tidak berasas itu menyebabkan Vida terkilan dan tampil memberi penjelasan. 


"Saya tersenyum dan dalam hati rasa sedih sedikit. Tetapi saya percaya pertemuan dan perpisahan itu telah ditetapkan. Pasti ada hikmah. 


"Saya seorang business women. Anak-anak pun masih belajar lagi. Saya pula jenis yang kasihan untuk minta mereka handle business. Jadi saya putuskan untuk keep on pushing lagi. Penat, tetapi saya tekad juga untuk berusaha. 



"Kadang-kadang saya terfikir, bisnes saya semakin berkembang dan anak-anak pula masih kecil. Jadi masa itu saya putuskan saya perlukan P.A untuk membantu saya. Walaupun saya tahu ramai yang 'mungkin' tidak senang, tapi saya yakin laluan yang saya pilih ini Tuhan sudah tentukan. 


"Pokoknya, tak kisah apa bidang pun yang diceburi, yang penting fokus dan bersungguh-sungguh. Sekarang ini saya tak kata senang tetapi Alhamdulillah memang dapat beli apa saya nak pada tahap kemampuan saya sekarang," katanya. 




Sumber: Instagram Datuk Seri Vida

'Alat kelaminnya sudah rosak, bengkak & dirobek' - Isteri lapor polis, suami tergamak rogol anak kandung berusia 11 tahun


Seorang bapa tergamak merogol anak kandungnya berusia 11 tahun di Kota Depok, Indonesia. Ibu mangsa yang dikenali sebagai DH, 38, berkata, anak perempuan sulungnya itu menjadi mangsa bapanya sendiri sejak tahun 2021. 


"Pertama kali dia (suspek) menggunakan tangan meramas dadanya dan memasukkan alat kelamin," kata DH kepada media semalam, Isnin 28 Februari 2022. 


Menurut DH, suspek turut mengancam mangsa menggunakan senjata tajam sekiranya dia tidak mahu menuruti kemahuannya. 


"Anak beritahu yang dia diugut menggunakan pisau dan suspek mengancam mahu membunuh adik beradiknya yang lain sekiranya dia enggan melayani bapanya," kata DH. 


DH mengaku, selama ini dia tidak mengetahui kejadian yang menimpa anak sulungnya itu sehinggalah 24 Februari lalu dia mencekup suaminya sedang melakukan kekerasan seksual terhadap mangsa, ketika mereka sekeluarga tinggal di rumah ibu bapanya. 


"Saya tidak nampak mereka melakukan hubungan badan, tetapi saya nampak suami melakukan perbuatan jijik itu pada 24 Februari 2022 ketika tinggal di rumah orang tua saya," katanya. 


"Jam 4 pagi subuh, ketika saya bangun suami tiada di sisi. Selepas dicari rupa-rupanya dia sedang memegang alat kelamin anak saya. Itu semua saya lihat dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi suami menafikan apa yang saya nampak itu," ungkap DH. 


Dua hari selepas kejadian itu, DH membawa mangsa ke klinik kesihatan untuk menjalani pemeriksaan. 


"Saya bawa anak ke klinik dan benar alat kelaminnya sudah rosak, bengkak, dirobek dan dia mengaku semua itu dilakukan oleh bapanya sendiri beberapa kali," kata DH. 


Sebelum hari kejadian, DH mengaku timbul rasa curiga terhadap suaminya sejak setahun kebelakangan ini. Semasa tinggal di rumah orang tuanya, di sebelah malam suaminya tidak memakai seluar dalam dan tidur di tepi mangsa, Hal itu membuatkan DH berasa hairan. Tetapi rasa curiga itu ditepis kerana dia pada waktu itu yakin suaminya tidak akan mengapa-apakan anak mereka sendiri. 


Setelah ternampak perbuatan keji suaminya dengan mata sendiri, barulah DH sedar perasaan curiganya sebelum itu adalah benar. DH terus mendesak anak perempuannya menceritakan semua perlakuan keji bapanya itu. Mangsa mengaku dia telah dicabul dan dirogol oleh bapanya sejak 2021. 


26 Februari kemudian, DH membuat laporan polis terhadap suspek kerana merogol anak perempuan mereka.


Sumber: Kompas, Detik Daily

'Dasar pengkhianat buruh!' - Lelaki ini kerja 12 jam sehari sepanjang bulan dipuji majikan, tetapi dikecam netizen


Seorang lelaki di China mendapat penghargaan dan pujian majikannya kerana bekerja 12 jam sehari dalam tempoh 30 hari, mencetuskan kontroversi masyarakat di negara itu. 


Pada 18 Februari lalu, gambar papan iklan yang menunjukkan pekerja cemerlang di sebuah syarikat di Zhengzhou, Henan tular di media sosial sehingga mencetuskan perdebatan hangat di kalangan warga maya. 


Papan iklan itu memuji lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Xue Lintao, yang bekerja 12 jam sehari dalam tempoh 30 hari dan secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan di kalangan pekerja baru dan lama. 


Ini kerana pihak syarikat akan menjadikan kecemerlangan Xue Lintao sebagai alasan untuk meningkatkan pengeluaran syarikat, menjimatkan wang majikan dalam membiayai kos pekerja dan penggunaan peralatan. Bukan sahaja tidak menjadikan Xue Lintao sebagai contoh yang baik untuk diikuti, malah netizen menganggap Xue Lintao sebagai pengkhianat yang akan menyebabkan mereka terpaksa bekerja lebih masa. 


Sehari selepas gambar itu tular di media sosial, Xue Lintao tampil menjelaskan bahawa tiada sesiapa yang memaksa dia bekerja selama 12 jam sehari, malah dia melakukannya secara sukarela kerana gajinya dikira berdasarkan jumlah jam bekerja. 


Disebabkan dia mahu mencari wang lebih, maka dia perlu bekerja lebih masa. Selain itu, pekerjaan dia tidak memerlukan dia hadir ke tempat kerja setiap masa dan tugas yang diberi kepadanya juga tidak begitu rumit. 


Tambahnya lagi, majikan membenarkan dia mengambil cuti mengikut kemahuannya dan dia mempunyai cuti bergaji selama seminggu bagi setiap suku tahun. Xue Lintao juga menolak dakwaan bahawa dia telah diekploitasikan oleh majikannya. 


Malangnya penjelasan Xue Lintao itu tidak meredakan kemarahan netizen yang tetap menganggap dia sebagai pengkhianat buruh sehingga ada yang mempersoalkan berapa banyak kematian yang akan berlaku akibat kerja lebih masa seperti yang cuba ditunjukkan oleh Xue Lintao. 


Meskipun tidak mendapat sokongan di media sosial, seorang profesor universiti sosiologi berkata Xue Lintao adalah contoh kakitangan berdedikasi dan bekerja keras yang harus dikagumi. Sesebuah syarikat itu harus dikritik jika memaksa kakitangannya bekerja lebih masa tetapi jika itu adalah keputusan pekerjanya sendiri, maka ia harus dipuji. 


Menariknya, Xue Lintao juga dinobatkan sebagai pekerja terbaik syarikat itu pada 2021. 


Sumber: Oddity Central

Sarawak patut bangga, tiada kes-kes rasuah besar dilaporkan berlaku - SPRM


Sarawak bukan ‘juara’ di dalam kes-kes melibatkan rasuah, malah ia patut berbangga kerana tiada kes-kes besar berkaitan rasuah dilaporkan berlaku, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.


Beliau berkata, berdasarkan rekod pihaknya, trend rasuah di Sarawak dilihat tidak meningkat, dan ia lebih stabil.


Bagaimanapun, beliau mencadangkan kerajaan Sarawak memberi penekanan kepada kes-kes yang melibatkan tuntutan palsu dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam, yang boleh mendatangkan kerugian sekiranya terus dibiarkan berlaku.


Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pandangan mengenai 'Integriti, Tadbir Urus dan Anti Rasuah: Cabaran dan Masa Hadapan' pada Majlis Amanat Perdana Integriti 2022 di sini, pada Isnin.


Azam berkata, 72 kes tuntutan palsu dan 25 kes salah guna kuasa dilaporkan dari 2017 hingga 2021, dan dalam tempoh berkenaan 34 tangkapan berhubung tuntutan palsu dan 24 kes salah guna kuasa dikesan.


Azam berkata, mungkin ada pegawai-pegawai awam tidak memahami undang-undang berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa, dan sehubungan itu meminta meminta SPRM Sarawak melancarkan lebih banyak lagi program pendidikan bagi meningkatkan lagi pemahaman ini.


Beliau berkata, kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan sokongan yang baik kepada SPRM di dalam melaksanakan tugasnya.


"SPRM akan menyokong kerajaan Sarawak di dalam meningkatkan tadbir urus dan integriti dalam kalangan penjawat awam, mempunyai Unit Integriti dan Ombudsman serta kira-kira 80 pegawai integriti bertauliah itu menunjukkan jenis inisiatif yang dilakukan kerajaan Sarawak,” tambahnya.


Sumber: Bernama