Budak 12 tahun dirogol 4 rakannya secara bergilir sebelum dibelasah menggunakan batu-bata & kayu



Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berada dalam keadaan kritikal dan sedang bertarung nyawa di hospital selepas cedera parah akibat diserang empat rakannya secara seksual dan dibelasah menggunakan sebatang kayu. 


Polis telah mengenal pasti empat individu terbabit dalam serangan yang berlaku di wilayah Seelampur di Delhi, India. 


Ibu mangsa telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Wanita Delhi dan mendakwa anaknya telah diserang secara seksual serta kejam oleh empat lelaki yang dipercayai merupakan rakan anaknya. Mangsa turut dipukul menggunakan batu bata dan sebatang kayu.


Mangsa hanya berani menceritakan perkara itu kepada ibu bapanya, beberapa hari selepas kejadian itu berlaku dan terus membut laporan polis. 


Keadaan mangsa masih kritikal dan polis sedang giat menjalankan siasatan untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku. 


Sementara itu, Ketua Suruhanjaya Wanita Delhi, Swati Maliwal melalui Twitternya berkata, 

"Di Delhi, kanak-kanak lelaki pun tak selamat. Seorang budak lelaki berusia 12 tahun telah dirogol dengan kejam oleh empat suspek dan ditinggalkan dalam keadaan separuh mati selepas dipukul dengan sebatang kayu.". 


Dalam kenyataan itu Swati mengesahkan  hanya seorang suspek yang telah berjaya ditahan, manakala tiga lagi suspek yang melarikan diri masih dalam buruan.. 


India berada dalam cengkaman krisis rogol dengan purata 86 kes dilaporkan setiap hari. 


Dalam kes sebelum ini, seorang ibu dan anak perempuannya berusia enam tahun dirogol beramai-ramai di dalam sebuah kereta selepas menumpang kenderaan sekumpulan lelaki dari Piran Kaliyar, tempat suci Hindu di tebing Terusan Ganga. 


Dalam kes lain, seorang ibu sanggup memotong kemaluan teman lelakinya menggunakan pisau dapur setelah dia mendapati lelaki itu cuba merogol anak perempuannya berusia 14 tahun di bandar Lakhimpur. Wanita itu menegaskan, dia berbuat demikian sekadar mahu memberi pengajaran.


Sumber: Daily Star

(Video) 'Acah-acah polis trafik kau ni'



Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah kerap memaklumkan bahawa orang awam tidak mempunyai kuasa untuk menahan trafik untuk kepentingan diri. Namun, masih ada individu yang ingkar dengan larangan itu. 


Tular di media sosial, seorang penunggang motosikal menahan trafik bagi memberi laluan kepada rakan-rakan konvoinya dalam kejadian yang berlaku di persimpangan masuk ke Hospital Pengajar UPM, Serdang. 


Berdasarkan video rakam dashcam saksi, kejadian itu berlaku pada jam 1.02 petang Ahad lalu yang menunjukkan lelaki terbabit turun dari motosikal dan menghalang saksi dari meneruskan perjalanan walaupun lampu isyarat telah bertukar ke lampu hijau. 


Bagaimanapun, saksi enggan mempedulikan tindakan lelaki itu dan cuba membelok ke kanan. 



Di media sosial, netizen menyelar tindakan penunggang motosikal terbabit sesuka hati menahan trafik. 


"Geng-geng konvoi ni kadang-kadang suka tahan trafik ikut suka depa ja, yang naik kepala marshall depan. Terpaling marshall katanya tahan kereta ikut suka, suruh bagi laluan atas highway," kata Oliver. 


"Ikut je la undang-undang, konvoi dengan escort polis okay la. Sendiri-sendiri ni ikutlah undang-undang. Group motor aku yang beberapa ahlinya adalah pegawai kanan dan rendah polis, okey je ikut undang-undang bila berkonvoi, jangan jadi bab*," kata Nurizam. 


"Tahniah kepada yang rakam video ni. Takde kuasa, jangan bagi muka. Simple," kata Mr HKMY.

'Sakit betul hati aku dengan kakak ipar, dia baik tapi dia fake' - Gadis luah rasa meluat dengan kakak ipar, tapi diselar netizen



Media sosial sering menjadi pilihan untuk belia berkongsi mengenai masalah yang dihadapi. Jika bernasib baik, mungkin ada yang akan memberi nasihat untuk menangani masalah itu. Tetapi perkara sebaliknya yang berlaku sekiranya luahan yang dikongsikan itu memakan diri. 


22 September lalu, seorang gadis bernama Azie meluahkan ketidakpuasan hatinya mengenai kakak ipar yang didakwa hanya berpura-pura baik dengan mereka apabila berada di depan suaminya. Namun, di belakang.. wanita itu kerap menunjukkan rasa tidak selesa dengan kehadiran Azie dan seorang lagi adiknya. 


Difahamkan, Azie dan adiknya tinggal bersama abangnya yang telah berkahwin. Dua beradik itu tinggal bersama dengan abangnya kerana tempat tinggal itu berada di kawasan bandar yang mempunyai banyak peluang pekerjaan. 


"Aku dan adik bekerja di klinik yang sama dan kami mempunyai syif bergilir. 7 pagi hingga 3 petang dan 2 petang hingga 10 malam. Kalau nasib baik syif kami sama. Nasib tak baik, seorang pagi dan seorang malam," katanya. 


Sementara itu, abangnya bekerja sebagai penjawat awam dan kakak ipar pula akauntan di syarikat besar dan selalu sibuk. 


Saban hari, dua beradik itu dihantar dan diambil oleh abang mereka dari tempat kerja. Tetapi Azie dapat merasakan kakak iparnya menganggap mereka sebagai beban kepada suaminya. 


"Kakak ipar seorang yang lemah lembut di hadapan kami, tetapi di belakang aku tahu dia menganggap kami menyusahkan dia dan abang. Dia langsung tak bertolak ansur tentang isu pergi dan balik kerja ni. 


"Pernah sekali abang demam pada hujung minggu dan aku bekerja syif pagi. Dia suruh aku menaiki Grab sedangkan dia cuti masa tu. Sakit betul hati aku, sedangkan dia tahu kos Grab mahal dan gaji aku tak sebanyak dia. 


TAK SETUJU ADIK DUDUK DI BILIK TETAMU


"Itu baru isu pergi dan balik kerja. Entahlah, kadang-kadang aku kesian dengan abang sebab kakak ipar langsung tak membantu dalam soal ini. Nak kata penat urus anak, rumah ada pembantu walaupun tak duduk bersama. Anak buah aku pergi dan balik sekolah pun ada pemandu sendiri yang abang bayar setiap bulan khas untuk ke sekolah," katanya. 


Dalam pada itu, Azie juga mendakwa, kakak iparnya tidak bersetuju adiknya duduk di bilik tetamu (bilik keempat). Sedangkan rumah itu ada empat bilik dan dia menyuruh mereka duduk bersama dalam satu bilik. Tetapi Azie membantah kerana biliknya kecil dan tambahan pula barang adiknya banyak. 


Tetapi kakak iparnya terpaksa mengalah selepas suaminya bertegas. Dan disebabkan itu, setiap kali keluarga kakak iparnya datang, dia akan menempah bilik hotel atau homestay untuk menempatkan keluarganya. Tindakan wanita itu membuatkan suaminya berasa serba salah. 


"Bila keluarga kakak ipar datang bertandang, dia sengaja book hotel atau homestay untuk mereka. Keluarga aku elok je tidur dengan aku atau adik. Tak pun di ruang tamu. Bapak aku elok je  tidur atas sofa di ruang tamu," katanya. 


Menyentuh soal kebersihan dalam rumah, Azie mengakui kakak iparnya memang mengutamakan kebersihan sehinggakan makanan yang disimpan dalam peti ais melebihi dua hari akan dibuang ke dalam tong sampah tanpa bertanya siapa pemiliknya. 


"ABANG MACAM LEMBU DICUCUK HIDUNG"


Dedah Azie lagi, dia pernah mendengar kakak ipar mengadu pada suami yang dia tertekan dengan kehadiran mereka dua beradik kerana tiada ruang privasi untuk suami isteri. 


"Dia sangka aku dan adik duduk sementara nak mencari bilik atau rumah sewa. Ibu aku kata, buat apa nak menyewa sedangkan ada abang di sana? Lagipun adik-adik pun tanggungjawab abang juga. 


"Dan sekarang dia dah start kirim barang rumah macam sabun ke, barang memasak dari kami, tetapi tak bayar balik. Bila aku minta, dia kata kami pun guna juga.


"Abang pun macam lembu dicucuk hidung, ikut je kata bini dia. Kalau kami sakit, memang dia akan jaga sepenuhnya. Sebelum pergi kerja, dia masakkan sup ke, bubur macam tu dan letak dalam bilik. 


"Bila dia (kakak ipar) sakit, dia nak kami pun macam tu juga. Dia kata kat abang, sekurang-kurangnya tanyalah khabar dia. Abang mulalah membebel kat kami," ujarnya. 


"SUMPAH AKU DAH TAK TAHAN HIDUP DENGAN DIA!"


Selain itu, Azie juga tidak berpuas hati bilamana kakak ipar mempertikaikan tindakannya membeli iPhone, sedangkan dia mengumpul duit sendiri, termasuk menggunakan sedikit wang simpanan KWSP untuk membeli telefon buah epal kegemarannya itu. 


Lebih memanaskan hatinya apabila dia mendakwa kakak ipar tidak gemar dia keluar dengan teman lelaki, sedangkan dia akan bertunang dengan lelaki itu tidak lama lagi dan selalu balik sebelum jam 12 malam.


"Dia baik, tetapi dia fake. Depan kami lembut je, belakang mengata dekat kakak dia. Aku selalu je dengar sebab diorang selalu bersembang di ruang tamu atas, depan bilik aku. 


"Semalam dia suruh aku atau adik ambil lesen memandu sebab dia kesian dekat abang. Abang elok je tak kata apa. Dia yang sibuk-sibuk suruh itu ini. 


"Walaupun dia bayar half, lesen bukan murah dengan kereta tak ada. Dia offer guna kereta dia tetapi kalau rosak ke, nak servis, mesti aku juga kena hadap (bayar) kan? 


"Ibu kadang-kadang okey kalau aku mengadu, kadang-kadang dia menyebelahi kakak ipar. Mungkin sebab kakak ipar selalu bagi duit dengan hadiah. Maka ibu pun sayang lebih. 


"Sumpah aku dah tak tahan hidup dengan dia. Patut tak aku dengan adik keluar cari bilik lain? Sebab aku nampak kakak ipar macam dah benci sangat dengan aku. Sibuk suruh aku kahwin cepat semua. Rasa tak tenang dekat rumah sendiri. Aku berharap dia berubah," katanya. 


Sementara di ruangan komen Facebook IIUM Confessions dihujani dengan pelbagai komen yang menyelar Azie kerana tidak sedar diri dan secara tidak langsung telah menjejaskan kehidupan rumah tangga abangnya. 


"Rasa tak tenang dekat rumah sendiri? Bila masa pula tu rumah kau? Ish! Ish! Ish! Kahwin dulu, nanti baru faham situasi kakak ipar. 


"Kitorang di sini sebulat suara menggesa kau dan adik kau berambus keluar dari rumah abang dan kakak ipar kau tu sebab bukan kakak ipar kau je benci kau. Kitorang semua pun sama bencikan kau. All the best, bij!" kata netizen. 




Sumber: IIUM Conffesions

RM90.9 juta dimasukkan dalam akaun peribadi Najib

Foto Harian Metro


Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM90.9 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank Datuk Seri Najib Razak menerusi dua transaksi pada 2012.


Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R Uma Devi, 43, berkata, berdasarkan penyata akaun berakhir nombor 694, kemasukan wang RM15,149,963.64 ke dalam akaun bekas perdana menteri itu adalah pada 31 Oktober, dan RM75,749,963.64 pada 20 November 2012.


Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Najwa Bistamam pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Najib membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Dalam penyataan pembukaan pada 2019, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, Najib yang bertindak melalui ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah menyebabkan 1MDB terbabit dalam dua transaksi, dengan tertuduh memperoleh sejumlah RM90,899,927.28.


Transaksi itu adalah berkaitan pertuduhan kedua yang dihadapi oleh Najib, membabitkan pengambilalihan aset dengan nilai yang diragui oleh 1MDB.


Sementara itu Uma Devi berkata, pada November dan Disember 2011, Najib telah mengeluarkan cek berjumlah RM2,494,000 kepada beberapa pihak.


"Pihak itu ialah Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd (RM494,900); Yayasan Rahah (RM1 juta); ORB Solutions Sdn Bhd (RM450,000), Mashi Publication Sdn Bhd (RM30,000) dan Transformasi Kreatif (RM520,000)," kata saksi pendakwaan ke-37 itu.


Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.


Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.


Sumber: Bernama

Kapal NASA akan cuba rempuh asteroid untuk selamatkan planet bumi

Foto hiasan


Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) akan menghentam dengan sengaja asteroid menggunakan kapal angkasa tepat jam 7.14 malam ini (waktu tempatan) (7.14 pagi Selasa waktu Malaysia) iaitu misi pertama bertujuan melindungi bumi.


Projek yang dipanggil Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) dengan sengaja akan merempuh angkasa lepas untuk melihat sama ada batuan angkasa pada suatu hari nanti boleh mengelak daripada dimusnahkan oleh kesan berpotensi bencana daripada asteroid.


"Ini adalah permainan billiard kosmik yang sangat rumit. Apa kita mahukan ialah menggunakan sebanyak mungkin tenaga (yang kita boleh) dari DART untuk menggerakkan asteroid," kata ahli pasukan penyiasat DART NASA, Alan Fitzsimmons dalam satu temu bual, menurut Anadolu Agency (AA).




Misi DART dilancarkan pada November tahun lalu dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California.


Hari ini, pegawai misi akan menyerahkan kawalan angkasa lepas untuk membawanya sendiri ke angkasa lepas kira-kira 10.5 juta kilometer dari bumi dengan kamera khas dari luar kapal itu akan merakamkan gambar pelanggaran kosmik yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.


"DART mengubah fiksyen sains menjadi fakta sains dan menjadikannya bukti proaktif dan inovasi NASA untuk manfaat semua. Ujian ini akan membantu membuktikan satu cara yang berdaya maju untuk melindungi planet kita daripada asteroid berbahaya sekiranya ia pernah ditemui yang menuju ke bumi," kata Pentadbir NASA, Bill Nelson dalam satu kenyataan.


Matlamat utama NASA adalah untuk melihat sama ada ia boleh melencongkan asteroid secara manual daripada menyerang planet sekiranya saintis melihat lebih awal asteroid berada di laluan pelanggaran dengan bumi.


"Perkara yang menjadikan bencana alam ini berbeza ialah jika kita melakukan persiapan, kita sebenarnya boleh mencegahnya," kata Bruce Betts, ketua saintis di Planetary Society dalam satu temu bual.


"Itu adalah perbezaan yang besar berbanding dengan banyak bencana alam berskala besar lain."


Kapal angkasa DART akan menyasarkan batu angkasa gergasi (diameter 160 meter) yang dikenali Dimorphos pada kelajuan 24,140 km sejam.




NASA berkata, matlamatnya bukan untuk melenyapkan asteroid tetapi untuk melihat sama ada perlanggaran itu boleh mengubah orbit batu angkasa.


Menurut agensi angkasa Amerika Syarikat, tiada asteroid yang diketahui lebih besar daripada 137 meter menghentam bumi dalam tempoh 100 tahun akan datang.


Oleh itu, walaupun misi DART gagal, saintis akan dapat mengekstrak maklumat penting daripada eksperimen yang boleh melindungi planet suatu hari nanti.


Sumber: Bernama