AKHIRNYA Boyfriend Afifah Nasir Tampil Buka Mulut, Beri Respon Setelah Afifah Kantoi Bersama Aliff Aziz

Ini Respon Kekasih Afifah Nasir Setelah Kantoi Bersama Aliff Aziz



KETIKA pelakon baharu Afifah Nasir terpalit dengan kontroversi meruntuhkan rumah tangga orang, kekasihnya dikenali Wan Ariff masih setia kepada aktres itu.

Malah rakaman kamera litar tertutup (CVTV) yang tersebar memperlihatkan individu menyerupai Aliff Aziz dan Afifah berpimpin tangan juga tidak menggugat kepercayaan Wan Ariff terhadap teman wanitanya.

"Ya saya sudah tengok CCTV, malah sebelum artikel dan video tersebar. Tapi saya masih bersama dia (Afifah).

"Ia pasti ada alasan kan? Sabar," ujarnya.

Wan Ariff mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan diasak pertanyaan tentang percintaan mereka selepas kontroversi berkenaan.

Selain itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati di akaun milik Wan Ariff selepas Afifah dan kakaknya Anzalna menutup ruangan komen di Instagram masing-masing.

Dalam pada itu, menerusi 'Instagram Story' Wan Ariff turut memuat naik videonya yang kini bersama Afifah.

Sebelum ini, Afifah pernah mengakui menjalinkan hubungan dengan pemuda tersebut selama lebih dua tahun.

Dunia hiburan dikejutkan berita penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Bella, 23, bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang wanita di pusat hiburan berkenaan yang mana wanita itu ialah Afifah.

WOW!! Komen Adik Neelofa, Ameera Khan Gelar Afifah Nasir Sebagai Penipu, Mata Duitan

WOW!! Komen Adik Neelofa, Ameera Khan Gelar Afifah Nasir Sebagai Penipu, Mata Duitan



Isu melibatkan Aliff Aziz dan Afifah Nasir semakin panas apabila ramai yang memebri komen komen menghentam mereka berdua.

Memang agak teruk Aliff Aziz dan Afifah Nasir dihentam orang ramai ketika ini.

Tetapi ada satu komen mengejutkan yang ditulis oleh adik Neelofa iaitu Ameera Khan.

Remaja berumur 15 tahun yang juga instafamous ini dilihat telah mengecam dan menyelar Afifah Khan.

Dalam satu kemaskini melalui Twitter,  Ameera Khan telah menyelar Afifah Nasir sebagai seorang mata duitan dan juga penipu.

Kemudian, Afifah Nasir telah memberi respon balas dengan menyatakan Ameera Nasir masih 15 tahun dan perlu buat kerja sekolah.

Selepas itu, satu gelaran paling teruk  yang agak pedas buat Afifah Nasir diberikan oleh Amera

Sila baca:


Sumber: Rotikaya

Rakan Afifah Nasir Dedah Perkara Sebenar, Termasuk Dedah Perangai Isteri Aliff Aziz

Rakan Afifah Nasir Dedah Perkara Sebenar, Termasuk Dedah Perangai Isteri Aliff Aziz


Kisah kontroversi antara Aliff Aziz, isterinya Bella Astillah dan juga Afifah Nasir kini semakin hangat.

Selepas pelbagai kenyataan dibuat, kini ada satu lagi pendedahan telah menjadi buah mulut orang ramai.

Satu perbualan telah dimuatnaik oleh rakan kepada Afifah Nasir di laman FB.

Rakan Afifah Nasir itu bernama Allana Amir yang juga merupakan pelakon baru.

Allana telah memuatnaik gambar perbualan dengan seorang wanita bernama Nadiah.

Menerusi perbualan itu, ada beberapa kenyataan tentang kes ini.

Antara kenyataannya ialah:

- Aliff Aziz tak pukul isterinya, Bella.
- Bella sendiri akui Aliff tak pukul
- Aliff Aziz baling telefon ke sofa
- Bella control habis Aliff Aziz

Ini gambar perbualan tersebut.






Pendedahan ini menjadi viral dan tanda tanya orang ramai yang menyokong Bella Astilla.

Namun di ruang komen, rata-rata memberi sokongan penuh kepada Bella.

Sumber: FB Allana Amir
 

Gangguan Bekalan Air Di Hulu Langat 8-9 Ogos


KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Hulu Langat dilaporkan akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula jam 8 pagi pada 8 Ogos sehingga jam 12 tengah hari, 9 Ogos, lapor Harian Metro. 

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, gangguan bekalan air itu berlaku berikutan pelaksanaan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di Bukit Mahkota, Bangi. 

Kawasan-kawasan yang terjejas di daerah Bangi adalah seperti berikut:
  1. Taman Wawasan
  2. Seksyen 1, Bandar Baru Bangi
  3. Seksyen 2, Bandar Baru Bangi
  4. Seksyen 3, 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi
  5. Seksyen 14, Bandar Baru Bangi
  6. Seksyen 15, Seksyen 15 Tambahan, Bandar Baru Bangi
  7. Seksyen 16, Bandar Baru Bangi
  8. Kawasan Perindustrian Seksyen 13
  9. Desa Mahkota Bangi
  10. Taman Bangi Villa
  11. Taman Bangi Indah
  12. Pekan Bangi Lama
  13. Kampung Bangi
  14. Rumah Murah PKNS Bangi
  15. Bangi Estate
  16. Kampung Aman Bangi
  17. Taman Sri Bangi, Bangi Lama
  18. Taman Angsana
  19. Kampung Batu 2, 3, 5, Jalan Bangi
  20. Kawasan Industri Batu 1
  21. Kawasan Industri Batu 2
  22. Kawasan Industri Batu 3
  23. Kampung Rinching Hilir
  24. Bangi Gateway
  25. Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
  26. Mahkamah Seksyen Bandar Baru Bangi
  27. Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan
  28. Taman Jernang Jaya
  29. Asrama Kolej Universiti Poly-Tech MARA Bangi
  30. ICT Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
  31. Akademi Percukaian Malaysia
  32. Kompleks Mahkamah Syariah, Balai Polis Bandar Baru Bangi, Balai Bomba Bangi, Sekolah Integrasi Bangi, Pusat Membeli-belah Bangi Utama dan kawasan komersial Medan Bangi
  33. Bandar sri Putra
  34. Taman Impian Putra
  35. Bandar Bukit Mahkota
  36. Bangi Avenue
  37. Kolej Universiti Islam Selangor
  38. Mutiara Bangi dan Klinik Kesihatan Bandar Sri Putra 

"Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air ini secepat mungkin. Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 8 Ogos 2017," kata kenyataan Syabas di laman webnya. .

Kawasan yang lain turut terjejas ialah Beranang dan sekitar kawasan Semenyih. Pengguna diminta merujuk kawasan masing-masing di laman web www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar 'mySyabas' untuk maklumat lanjut.