Anak angkat tak guna, kebas RM20,000


Seorang pengusaha kantin mengalami kerugian RM20,000 selepas dianiaya oleh anak angkat yang dikutipnya dari tepi jalan. Mangsa yang pada awalnya bersimpati dengan mangsa yang hidup sebagai gelandangan, juga menyediakan rumah sewa buat lelaki itu. Malangnya, lelaki itu tergamak mengambil kesempatan dengan memukau mangsa. 

Menurut tweet yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang merupakan tunang kepada anak perempuan mangsa, lelaki itu kini telah menghilangkan diri namun masih cuba mendapatkan wang dari mangsa, malah mengancam keselamatan keluarga mangsa. 

ASSALAMUALAIKUM, salam Jumaat. Minta kerjasama daripada semua. Kalau ada nampak jantan tak guna dalam gambar ini, beritahu aku. 

Dia ada ilmu pukau dan sekarang ini mangsa keadaan adalah keluarga tunang aku, hilang RM20,000 hasil niaga. Minta berhati-hati dan tolong viralkan. Area Kulai. 

Ceritanya begini. Lelaki dalam gambar itu sebenarnya budak gelandangan, tak tahu asal usulnya dari mana dan mak tunang aku terjumpa dia di tepi jalan. Disebabkan terlampau baik hati, mak dia kutip lelaki ini dan dijadikan sebagai anak angkat. 

Apabila dah dikutip menjadi anak angkat, mak dia dah mula sewakan rumah untuk anak angkatnya. By the way, keluarga tunang aku berniaga di kantin sekolah. 

Hampir tiga bulan dia bekerja di situ dan mak tunang aku semakin hari semakin berubah menjadi pendiam. Tetapi semua tak perasan lagi sebab diorang rasa mungkin mak kepenatan atau something else. 

Sampai di satu tahap, mak dia balik then duduk diam termenung seorang diri. Paling sedih bila mak dia sebulan langsung tak senyum dan kurang bercakap. Korang tak rasa pelik ke bila mak korang tiba-tiba jadi seperti itu? 

Semakin hari, perkara ini menjadi semakin serius. Jadi instint seorang anak terhadap ibunya, bila duit sebanyak RM20,000 lesap begitu sahaja. Rupanya lelaki itu yang menjadi dalang semua hal ini.

TUnang aku hantar mak dia pergi berubat dan benar, orang yang merawat itu kata mak dia kena pukau. Hampir sebulan mak dia dipukau dan baru dapat tahu. 

Selama ini lelaki itu menggunakan mak dia untuk mencuri duit beribu-ribu sampai kantin hampir bangkrap dan benda yang paling tak masuk akal, diorang dah buat laporan polis tetapi polis tak terima. Walaupun perkara ini memang tiada dalam akta tetapi ini soal keselamatan. Diorang dalam bahaya. 

By the way, lelaki itu sekarang masih mengacau keluarga tunang aku dan dia masih nak menggunakan cara yang sama untuk mencuri duit beribu-ribu sebab dia makin marah bila dia dah kena buang kerja. 

Sebab itu sekarang ini dia hilang entah ke mana. Tetapi aku tahu dia masih berada di kawasan Kulai lagi sekarang. 

So guys, tolong berhati-hati dengan lelaki ini. Kalau ada ternampak dia, tolong beritahu aku. Sekarang ini dia ugut dan mengancam keluarga tunang aku. Lelaki ini nak menculik, nak memusnahkan keluarga tunang aku dan segala benda yang bodoh. 

Kesimpulannya, jangan terlalu baik dengan orang yang kita tidak kenali. Kita tidak tahu mereka siapa dan akhirnya terkena begini. Anggaplah kejadian ini satu pengajaran. Itu saja. Terima kasih. 

Sumber: Fakhrun

(Video) Cerita sebenar kanak-kanak diserang dalam bas


Video seorang lelaki menyerang dan memukul kanak-kanak lelaki di dalam sebuah bas di wilayah Sichuan menggemparkan orang ramai, lapor laman berita tempatan. 

Kejadian yang berlaku pada jam 11.36 pagi semalam yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa yang kebosanan itu cuba mengacah-acah menendang penumpang lelaki terbabit sebanyak tiga kali sambil berpaut pada tiang besi. 

Selepas 'tendangan' ketiga, lelaki itu terus bangkit dan merentap belakang pakaian mangsa dan menghempasnya ke lantai sebelum menyerang dan memijak mangsa di kepala sebanyak tiga kali. 

Sekurang-kurangnya empat atau lapan penumpang dewasa dan seorang penumpang kanak-kanak yang menyaksikan kejadian itu. 

Salah seorang penumpang wanita yang berada berhampiran menghalang lelaki itu dari terus menyerang mangsa yang sudah terkulai laju di atas lantai. 

Mangsa kemudian dilihat cuba bangkit semula namun tidak berdaya dan terbaring di lantai sementara dua lagi penumpang dewasa terus datang dan meminta pemandu bas berhenti. 

Polis yang menerima panggilan dari orang awam terus datang ke lokasi kejadian dan menahan reman lelaki terbabit selama 15 hari untuk siasatan lanjut. 



Menurut laporan, mangsa berusia 7 tahun itu dalam perjalanan pulang dari sekolahnya dan menaiki bas itu seorang diri serta tidak mempunyai pertalian darah dengan suspek. 

Meskipun diserang dengan teruk sehingga mengalami calar balar di mukanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman yang serius. 

Video kejadian itu viral di media sosial dan menjadi topik hangat yang diperbualkan dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang terbahagi kepada tiga pandangan. 

Pertama, netizen kesal dengan tindakan suspek yang tidak berperikemanusiaan sehingga tergamak menyerang mangsa. 

Kedua, tada segelintir netizen pula berpandangan kanak-kanak yang menjengkelkan seperti itu patut diajar agar tidak lagi mengulangi perbuatannya. Malah netizen mendakwa cara itu adalah pengajaran yang terbaik buat diri mangsa yang mungkin tidak diajar oleh ibu bapanya. 

"Memang patut dia diserang dan dipukul. Kalau ibu bapanya tidak mengajarnya, masyarakat akan mengajarnya. 

"Saya tidak menyokong tindakan lelaki itu, tetapi saya juga tidak berasa kasihan dengan kanak-kanak berkenaan," kata netizen. 

Ketiga, netizen menyalahkan ibu bapa mangsa yang membiarkan mangsa menggunakan pengangkutan awam seorang diri dan tidak mengajarnya untuk menjaga tingkah laku serta jangan mengganggu orang lain. 


'Doktor kata berpunca dari jamu' - Wanita hilang sebelah ovari kerana dimamah 'jamu'


Para pengguna khususnya golongan wanita seringkali diberi peringatan agar berhati-hati apabila membeli dan menggunakan produk-produk kecantikan termasuk jamu di pasaran kerana terdapat banyak lambakan produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Sudahlah tidak berdaftar, bahan-bahan yang digunakan pula tidak diketahui dari mana asal usulnya menyebabkan para pengguna terdedah kepada bahaya dan kesan sampingan yang boleh mendatangkan masalah kesihatan. 

LAGI confession pengamal jamu. Kali ini jamu 'Sweet D***' by Kak KM. Alah yang iklan bukan main terkinja itu. Ini ada seorang mangsa jamu dia sampai kena buang ovari sebelah. Kita tengok dia mampu terkinja lagi ke tak. 

Kejap lagi adalah Me-layu yang cakap ini semua fitnah nak menutup periuk nasi orang katanya. Orang-orang seperti ini elok kita suruh dia saja bayar treatment mangsa-mangsa jamu ini semua. 

Testimoni nak yang elok saja. Ini testimoni ovari orang yang dah barai ini jangan lupa letak sekali nanti sewaktu promote jamu. Kau tunggu kejap lagi ada alasan cliche pengguna jamu:

"Aku makan elok je, dia salah makan tu." 

"Salam abah, ada benda nak share. Tapi nanti kalau nak post tolong sangat-sangat abah edit ye. Jangan nampak nama kawan saya. Kisahnya saya betul-betul menyesal suggest pada kawan saya makan jamu kak km. Dia makan bermula bulan Januari. Februari, dia dah masuk hospital. Tapi hari ini dia baru beritahu saya."

Nak beritahu ni, sorry kalau terasa ke apa. Aku dah buang sebelah ovari aku. Ada infection, rosak tube aku bagailah. Sekarang aku berada dalam pantang. Doktor kata berpunca dari jamu atau aku minum manis seperti air milo bagai, tetapi jamu one off la. 

So aku rasa sebab jamu kak km itu la. Kau jangan makan tau. Rahim aku rosak, kena buang. Kau jangan makan tau, buang saja. Bukan tuduh jamu itu, ini kan kerja Allah. 

Selepas makan jamu itu, aku mula rasa sakit. Tapi doktor dah diagnos aku punya infection, kesan dari jamu. Mungkin orang lain okey, aku saja yang jadi begini. Mungkin aku minum minuman manis, gaya pemakanan ke, tak tahulah. 

Tetapi sebab one off diagnos itu ada jamu. Doktor ada sebut dan doktor nak tengok jamu itu. Aku kata aku dah buang. Aku tak adalah report tentang brand jamu itu. Tetapi memang rosak rahim dan tube aku sampai kena buang sebab ia jadi memburuk di dalam dan ada kuman makan bahagian dalaman aku. 

Mungkin berpunca dari aku juga yang salah makan macam-macam. Tetapi kalau boleh jangan makan jamu itu, sebab takut jadi begini. 

Kau jangan consume apa-apa pun jenis jamu lagi kecuali yang kau rasa betul-betul bagus dan memang mak-mak makan ke. 










Sumber: Khairul Yoi

Kanak-kanak pakai gelang getah terlalu lama sehingga bercantum dengan lengan


Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terpaksa dibedah selepas gelang getah yang dipakaikan di lengannya untuk jangka masa lama telah bercantum dengan tangannya, lapor Daily Mail.

Mangsa yang dikenali sebagai Le Le, memakai gelang getah itu untuk jangka masa yang terlalu lama sehingga menyebabkan perkara itu berlaku. 

Menurut laporan media tempatan, gelang getah itu telah bercantum dengan tangannya lebih kurang enam bulan sejak tahun lalu. 

Difahamkan, Le Le tinggal bersama datuk dan neneknya di Linquan, wilayah Anhui, China, sementara ibu bapanya tinggal dan bekerja di wilayah lain. 

Menurut datuk dan neneknya, mereka hanya menyedari lengan Le Le membengkak pada Januari lalu. Malah Le Le juga ada mengadu lengannya terasa sakit dan kebas. 

Ibu bapanya yang bimbang melihat keadaan tangan kanan Le Le yang bengkak dan kemerah-merahan akhirnya membawa Le Le ke sebuah hospital sebelum dirujuk ke Hospital Kanak-Kanak. 

Doktor Ye Wensong berkata, tangan Le Le yang bengkak itu disebabkan oleh gelang getah. Imbasan ultrasonography mengesahkan perkara itu dan Le Le terus menjalani pembedahan yang berlangsung selama 30 minit bagi mengeluarkan gelang getah tersebut. 






Menurut Dr. Ye, dia hanya pernah melihat kejadian seperti ini 20 tahun lalu sepanjang bekerja sebagai doktor. Dia juga menasihatkan ibu bapa tidak membiarkan anak-anak mereka terutamanya yang berusia tiga tahun bermain dengan gelang getah, apatah lagi memakainya di pergelangan tangan dan lengan. 

(Video) 'Semua aku bagi rendang, polis pun aku bagi rendang, mesti aku menanglah' - Diva AA


Selebriti kontroversi, Azwan Ali sah bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), lapor Harian Metro.

Azwan yang terdahulu menegaskan dia berhasrat untuk bertanding bagi menentang abangnya iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang merupakan penyandang kerusi DUN tersebut. 

Bagaimanapun berkata kepada pihak media hari ini, Azwan atau gelaran popularnya Diva AA menyatakan dia telah berfikir masak-masak dan mahu menghentikan segala kecaman terhadap abangnya itu. Sebaliknya, dia mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap kebajikan pengundi di kawasan tersebut. 

"Saya nak beritahu kepada semua peminat, tak payah nak kutuk-kutuk. Hentikan semua kekarutan ini. Kalau Azmin ali ada di sini pun, aku cium dia lah. So what?" katanya apabila ditanya mengenai mengapa abangnya tidak hadir di pusat penamaan calon itu. 

"Siapa menang siapa kalah, it just a matter of time. Kun faya kun. Tuhan dah tetap, kau kalah dik. Sebab itu saya dapat nombor dua, saya tak rasa apa pun. Tapi nombor dua sekurang-kurangnya saya dapat beat Azmin Ali. Belum apa-apa, Azmin jatuh nombor tiga, I nombor dua. 

"Jadi orang baca nama I dulu, orang nampak gajah dulu, orang pangkah. Kalau kau pangkah yang lain, kau mati kena pijak dengan gajah. Habis kau mati kena lenyek keluar taik," katanya. 

"Sama ada rakyat pilih saya atau tidak, itu tidak penting. Apa yang penting saya hentikan semua (kecaman) negatif mengenai Azmin Ali. Yang saya kata saya nak telanjangkan dia, nak jahanamkan dia, itu cuma gimik sahaja. 

"Gimik maknanya, it's my plan to telanjangkan Azmin tetapi setelah saya berfikir masak-masak, tak perlu," katanya yang turut mendedahkan kasut yang dipakainya pada hari penamaan calon ditaja oleh suami kepada Rozita Che Wan, iaitu Zain Saidin. 

"Tak kisah saya menang atau tak, tapi no kutuk-kutuk Azmin. Dia perjuangan dia, saya perjuangan saya. 

"Aku nak bagi rendang, tak nak sudah. Undilah aku, aku bagi rendang. Kawan-kawan semua aku bagi rendang, polis-polis pun aku bagi rendang. Mesti aku menanglah," katanya. 



Azwan dijangkakan akan menyediakan 50,000 bekas rendang ayam dan daging untuk penyokong setia yang bakal mengundinya di PRU14 nanti.

Selain Azwan, turut bertanding menentang Azmin adalah Salwa Yunus (BN), Syarifah Hazlizah Syed Ariffin (PAS) dan Ahmad Kamarudin (PRM)