'Ia boleh cemarkan nama baik kami' - Pengetua Maahad Tahfiz Miftahul Qura buat laporan polis


Pengetua Maahad Tahfiz Miftahul Qura, Muhammad Abdul Salam Abdul Ghani, 38, mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah laman Facebook popular ekoran penyiaran gambar beliau dan para pelajarnya bagi laporan berita berkaitan sebuah kes liwat pusat tahfiz lain baru-baru ini. 

Memetik kenyataan beliau dari Pahang Daily, beliau berkata, tindakan undang-undang terpaksa diambil terhadap laman Siakap Keli kerana penggunaan gambar itu telah menjatuhkan maruah beliau dan tahfiznya. 

Laporan polis juga telah dibuat pada jam 6.00 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan. 

Difahamkan, gambar asal telah disiarkan oleh portal Sinar Harian Online bagi laporan berita "Maahad Tahfiz Tak Akan Tutup". 


"Siakap Keli mahu memanaskan laporan berita kes terbabit dengan mencedok gambar tahfiz lain. Ia tidak wajar dilakukan sekiranya mereka benar-benar profesional. Apa saja boleh berlaku di zaman ini sebenarnya.

"Saya dan peguam akan mengadakan sidang media tentang kes ini nanti. Followers Siakap Keli mencecah 5.5 juta. Makanya tindakan menyiarkan gambar tahfiz kami terhadap isu berkenaan ternyata boleh mencemarkan nama baik Maahad Tahfiz Miftahul Qura," katanya. 

Menurutnya, dia hanya mengetahui perkara itu pada jam 12.30 tengah hari 23 September lalu selepas dimaklumkan oleh rakannya, yang sebelum itu telah meminta pengendali laman berkenaan menurunkan gambar tersebut. Tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil sehingga laporan polis dibuat juga masih tiada sebarang tindakan. 


"Kes pengetua liwat pelajar tahfiz itu berlaku di Kepong, Selangor. Gambar yang disiarkan ialah tahfiz kami. Walaupun dikaburkan, tetapi ia jelas merujuk kepada pusat tahfiz saya. Ada dalam Google memaparkan pusat tahfiz ini, maka itulah laporan polis dibuat untuk tuntutan sivil," katanya.

Sementara itu, Siakap Keli memuat naik kenyataan permohonan maaf secara terbuka kepada pusat tahfiz berkenaan dan mengakui kesilapan pihaknya menggunakan gambar tersebut. 

Permohonan Maaf Terbuka Kepada Maahad Tahfiz Miftahul Qura

Pada 23 September 2018, Siakap Keli telah mengeluarkan satu berita bertajuk "Liwat Sembilan Pelajar, Pengetua Sebuah Pusat Tahfiz Ditahan" yang telah diterbitkan pada pautan https://siakapkeli.my/2018/09/23/liwat-sembilan-pelajar-pengetua-sebuah-pusat-tahfiz-ditahan/.

Artikel tersebut menyentuh berkenaan isu liwat yang melibatkan sembilan orang pelajar maahad tahfiz yang menggegarkan negara baru-baru ini. Bagaimanapun, kekhilafan berlaku di pihak Siakap Keli apabila tersilap menggunakan gambar maahad tahfiz lain menerusi carian Google, iaitu Maahad Tahfiz Miftahul Qura yang telah kami kaburkan seluruh gambar untuk elak timbulnya fitnah, sebagai gambar hiasan artikel berkenaan.

Penggunaan gambar tersebut di dalam artikel terbabit telah menyebabkan pihak yang berkenaan tersinggung. Sehubungan itu pihak Siakap Keli ingin memohon maaf kepada Maahad Tahfiz Miftahul Qura di atas apa yang berlaku dan telah mengambil langkah tambahan ketika pengolahan penulisan bagi mengelakkan perkara yang sama dari berulang.

Sekali lagi kami memohon maaf diatas kekhilafan ini dan pihak kami tiada sebarang niat untuk memalukan atau menjatuhkan bahkan memfitnah mana-mana pihak.

Harap pihak tahfiz dapat memaafkan kami. Sekian, terima kasih.

Rompak RM7.9 juta milik 'Datuk', 7 pegawai polis ditahan


Pada 8 September lalu, tujuh pegawai polis yang berlainan pangkat telah menyerbu kediaman dan mencuri sebanyak RM7.9 juta wang tunai dari premis tersebut. 

Kejadian itu berlaku di Lorong Ampang, Kuala  Lumpur, ketika pemiliknya yang berpangkat 'Datuk' dan juga merupakan ahli perniagaan berada di Indonesia. 

Lapor New Straits Times, serbuan itu melibatkan tiga pegawai kanan, empat pegawai bawahan dan seorang orang awam yang diketuai oleh seorang pegawai berpangkat inspektor dari cawangan narkotik. 

Memandangkan mereka tidak dapat masuk ke kondominium milik 'Datuk' itu begitu sahaja, suspek telah menahan empat kakitangannya dan menjalankan ujian saringan air kencing, dan mendakwa kesemua kakitangannya positif dadah jenis methamphetamine. Dengan cara itu, mereka dapat masuk ke premis milik Datuk yang berusia 50 tahun berkenaan. 

Bagaimanapun, mangsa membuat laporan polis dua hari kemudian selepas pulang dari Indonesia. 

Menurut laporannya, sebanyak RM2 juta, RM3.9 juta dan RM2 juta telah dicuri dari peti besinya, bilik tidur utama dan BMW X5. 

Selain itu, kunci kereta Bentley, Porsche Panamera, Porsche Macan dan Ford Ranger miliknya juga telah dicuri. 

Ketika kejadian itu berlaku, kamera litar tertutup (CCTV telah dinyahaktifkan, kecuali sebuah kamera CCTV yang terletak di bahagian ruang bawah tanah. 

Kelibat semua suspek berjaya dirakam CCTV di mana suspek dilihat sedang menolak beberapa troli beg yang mengandungi wang tunai. Suspek kemudian membuat laporan bahawa hanya sebanyak RM1.4 juta telah dirampas. 

Bagaimanapun, kesemua suspek telah ditahan dan RM5 juta telah dirampas dari suspek. RM3 juta dari jumlah keseluruhan telah dirampas dari inspektor, tiga pegawai bawahan dan seorang orang awam. 

Seorang pegawai wanita yang berpangkat penolong pesuruhjaya dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah menyerahkan kembali RM250,000 pada malam Ahad lalu.

Difahamkan, suspek sepatutnya melaporkan diri untuk bertugas pada minggu ini sebagai penolong pegawai kanan pesuruhjaya di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman. 

Superintendan dari Unit Pencegah Jenayah dan Timbalan Superintendan dari Jabatan Narkotik pula dipercayai telah menyerahkan semula ratusan ribu ringgi kepada pihak polis seminggu selepas itu. 

Polis masih menyiasat kes tersebut dan akan mengeluarkan kenyataan kepada media sekiranya perlu. 

'Anggap je kita tak ada jodoh' - Pukul 6pm beli cincin, pukul 10pm GF minta breakup


Harus diingatkan, cinta sebelum kahwin tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Adakalanya pasangan itu diduga apabila mereka mahu melangkah ke peringkat seterusnya. Terpulang bagaimana cara pasangan itu memilih atau membuat keputusan. 

Zaman sekarang, tiada bezanya lelaki dan perempuan. Ada yang kata men are trash, tidak kurang juga women are trash. Kata orang, di waktu bercinta, usah terlalu berharap kerana ia amat menyakitkan sekiranya terputus di tengah jalan. 

Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan anda nampak usahanya mahu menghalalkan anda, hargailah dia dan bersama-samalah melangkah ke alam perkahwinan dengan kepercayaan dan kesetiaan. Tinggalkan segala emosi dan kontroversi masa lalu di belakang. Bina hidup baru dengan orang tersayang. 

Apa yang berlaku pada confessor ini, ternyata pahit untuk ditelan. Sudah hampir menghantar rombongan merisik, cincin sudah dibeli, tetapi wanita yang disayangi itu pula membuat keputusan yang tidak dijangkakan. 

AKU tak faham, lately perempuan zaman sekarang senang-senang saja buang lelaki yang nak menghalalkan kau. Siapa sebenarnya trash? 

Hari ini pukul 6 petang aku deal beli cincin. Pukul 10 malam dia minta break up. Hahaha! Sedih sial. 




Pukul 6 aku survey cincin, pukul 10 malam dia buat hal. Sedih, aku ingat nak buat surprise esok tetapi, hmm....

Perempuan sekarang memang buta eh? Kalau aku jadi perempuan, aku rasa aku orang yang paling bahagia bila ada boyfriend nak bagi something special event simple. Mahal do aku beli. 




Tetapi zaman sekarang aku tak tahulah weh. Bukan aku seorang saja kena, ramai dah lelaki di luar sana senasib macam aku. Apa salah lelaki yang truth love ini? Sedih weh, hari-hari terfikir pasal dia. Kadang-kadang teringat, rindu sial, event orang itu dah tak ada. 

Actually macam ni, aku cari cincin sebab esok my parent nak pergi rumah dia. Aku ingat nak buat something special la. Bagi some gift, nak tunjuk yang kita sayang dia dan nak bagi parent aku kenal-kenal dengan family dia. 

Aku dengan dia dah plan nak datang merisik bulan 1 ni. Bersungguh aku kerja cari duit. Duduk bawah matahari tegak je, selamba sebab nak cari duit punya pasal. Makan pun aku kawal, nasi bujang je weh. Ikat perut aku masa tu. 


Sedih, malas nak cerita. Kesimpulannya, dear perempuan hargailah lelaki yang berusaha nak menghalalkan kau. Bukan senang nak cari duit zaman sekarang. Hargai dan sayang dia macam mana dia sayangkan kau. 

Tak ramai lelaki yang nak menghalalkan kau. Tetapi sekarang ni, couple just for p*ssy (tak semua). Entahlah, aku tak faham dengan perempuan. Dah ada matahari, dia pilih lilin. Kita pilih dia, tapi dia pilih orang lain. Nak bagi cincin kita, nak nampak yang kita berusaha nak jadikan dia someone special, tetapi kena tinggal. Sakit doh!

Sumber: Muhd Rafaen

'Terkejut tengok lelaki yang kami muliakan kealimannya sedang meratah pelajar junior dengan rakus'


Viral di media sosial pengakuan berani seorang bekas pelajar tahfiz yang mendedahkan kes-kes liwat yang berlaku di madrasah yang pernah didudukinya. Zulfadzli Zahidi sendiri mengaku pernah ternampak di depan matanya sendiri seorang ustaz yang dihormati mereka sedang melakukan perbuatan terkutuk itu. 

Pendedahan itu dikongsikan berikutan kes liwat yang membabitkan seorang pengetua tahfiz yang didakwa meliwat muridnya baru-baru ini. 

Dalam respon terkini, pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan agar pusat tahfiz yang dikendalikan oleh tertuduh ditutup serta merta. Begitu juga dengan mana-mana pusat tahfiz yang tidak berdaftar. 

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan juga mengambil maklum mengenai kes tersebut, tetapi menasihatkan orang ramai jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

SAYA bekas pelajar tahfiz. Bermula menghafaz dari umur 12 tahun dan bertukar-tukar madrasah sebanyak lima kali sehingga tamat hafazan 30 juzuk. 

Sepanjang pengajian saya, ada beberapa kes liewat dan cabul kerap terjadi pada pelajar-pelajar yang dipilih sebagai Khidmat Ustaz. Mereka disuruh memasak, membasuh, mengurut dan macam-macam lagi ibarat kuli. Diberi layanan khas sewaktu di dalam kelas dan kemudahan keluar ke kedai. 


Sehinggalah satu hari, saya terdengar suara seorang pengajar sedang memaksa seorang murid supaya membersihkan duburnya di dalam tandas. Lalu saya mengajak beberapa rakan memberanikan diri menendang pintu tandas dan kami semua terpinga dek seorang ustaz yang kami amat muliakan kealimannya sedang mengikat murid junior dengan paip getah dan meliwatnya dengan rakus. 

Kami segera tarik junior itu keluar dan mengajak semua orang berkumpul di atas surau. Seramai 10 orang secara terang mengaku diliwat setiap malam oleh ustaz tersebut. 

Kami panik dan menelefon ibu bapa supaya datang menjemput kami pulang. Kelibat ustaz maulana dari Pakistan itu pula secara selamba masih berada di madrasah, ibarat tiada apa-apa yang telah berlaku.

Secara konklusinya, kes liwat memang terjadi di setiap madrasah yang saya pernah belajar. Baik hubungan bersama ustaz atau senior junior tetap berlaku. 


Malangnya tiada apa yang berubah sejak dari awal tahun pengajian hingga kini. Cuma yang ketara adalah kebakaran selalu terjadi di madrasah-madrasah tahfiz. Adakah ini satu bala petanda? Wallahualam. 

Tidak usah malu pada masyarakat sesama agama mahupun berbeza agama. Ini ialah kemungkaran yang amat dahsyat. Bala Allah turun bukan setempat tetapi seluruh alam jika masih tidak dikawal.

(Video) Ibu biarkan anak 5 tahun naik Ferris Wheel seorang diri dan ini akibatnya...


Seorang kanak-kanak lelaki tergantung di luar gondola Ferris Wheel setinggi 138 kaki, di timur China. 

Kejadian itu berlaku di Taman Yuhuan di Taizhou, wilayah Zhejiang, ketika perayaan kuih bulan pada Isnin lalu. 

Kanak-kanak berusia lima tahun itu menaiki Ferris Wheel bersendirian selepas ibunya, Liu, berbincang dengan operatornya. 

Difahamkan, Liu merasakan kos tiket sebanyak 30 yuan (RM18) itu terlalu mahal, lalu dia meminta operator berkenaan membenarkan anaknya menaiki Ferris Wheel itu tanpa pengawasan orang dewasa. 


"Saya tidak tahu bagaimana si ibu berjaya memujuk kakitangan bertugas itu. Dia sendiri setuju untuk membiarkan anaknya menaiki gondola itu seorang diri," kata saksi. 

Malangnya, tindakan si ibu mengundang padah apabila anaknya, Xiaoliang memanjat tingkap gondola dan tergelincir ke luar. 

Dalam video yang sempat dirakam orang awam, leher Xiaoliang dilihat tersangkut di celahan besi penghadang yang menghalangnya dari terjatuh. Orang awam yang melihat kejadian itu menjerit kerana bimbang dengan keselamatan kanak-kanak terbabit. 

"Saya tengok betul-betul dan rupa-rupanya kelibat seorang kanak-kanak. Mula-mula kakinya keluar dari besi penghadang, tak lama selepas itu, seluruh badannya pula. Mujur dia tak terjatuh," kata saksi lain. 




Oleh kerana tiada pilihan lain, operator mesin itu terpaksa Ferris Wheel itu secara perlahan-lahan ke bawah dan Xiaoliang kemudian diambil oleh ibunya. 

Xiaoliang hanya mengambar calar di bahagian lehernya, namun masih diperiksa kerana bimbang ada kecederaan yang lain. 

Ekoran kejadian itu, pihak berkuasa menggantung perkhidmatan Ferris Wheel itu dan siasatan sedang dijalankan. 

Sumber: Next Shark