'Saya sebenarnya tak nak orang salah sangka' - Mat City-Link kendong baby atas motor tampil jelaskan cerita sebenar


Baru-baru ini tersebar di media sosial gambar seorang bapa yang mengendong anaknya mengundang rasa simpati orang ramai. 

Ramai netizen menyangka lelaki itu terpaksa membawa anaknya sambil melaksanakan kerjanya sebagai rider City-Link kerana tidak mampu mengupah pengasuh atau tidak mampu menghantar anak ke pusat jagaan harian. Namun tanggapan netizen itu tidak tepat. 

Adam (@ATMology) semalam menghubungi pihak City-Link Express berhubung gambar viral itu berjaya mendapatkan maklumat mengenai kakitangan terbabit yang bertugas di Cawangan City-Link Cheras. 

Adam kemudian menghubungi Muhammad Ikhram Ahmad dan mahu menyalurkan bantuan kepadanya. 

"Saya sendiri tak tahu nak cakap apa. Segan pun ada. Terima kasih banyak-banyak dengan sumbangan ini. Hanya Tuhan saja mampu balas apa yang awak buat," katanya. 

Bagaimanapun kata Ikhram, dia tidak mahu orang salah sangka dan ramai yang salah faham dengan gambar viral.

"Saya sebenarnya dalam perjalanan nak hantar anak saya ke taska dan masa itu ternampak oleh hamba yang prihatin tentang masyarakat sekeliling. 

"Jadi, saya minta maaf atas salah faham yang berlaku," jelasnya. 





Menurut Ikhram, anaknya, Nur Chayra Ziaulhaq, baru berusia satu tahun.

Meskipun Ikhram berasa segan untuk menerima sumbangan itu, tetapi Adam tetap mahu beliau menerimanya dan menganggap sumbangan itu sebagai sedekah untuk anaknya. 

(Video) Bapa gantung dan dera anak kerana isterinya lari dari rumah


Viral di media sosial video seorang bapa tergamak mengantung anaknya secara terbalik di tingkap mengundang kemarahan netizen.

Dalam kejadian yang berlaku di Sta Rosa, Laguna, Filipina itu, lelaki terbabit bertindak mengantung kaki anak lelakinya pada penyangkut pakaian sebelum disangkut pada jeriji tingkap kediamannya. 

Tidak cukup dengan itu, mangsa yang dianggarkan berusia 10 tahun itu ditampar dan ditumbuk di badan serta kemaluan menyebabkan mangsa menangis serta merayu agar tidak diperlakukan sedemikian. 

Selain itu, suspek turut mengugut mahu membunuh mangsa sekiranya wanita itu tidak pulang ke rumah. 

Video yang dimuat naik ke Facebook sejak Rabu lalu telah ditonton lebih 1.8 juta kali dan dikongsi lebih 200,000 kali. 

Dalam video tersebut, si bapa bertanya kepada mangsa adakah dia gembira dengan apa yang dilakukan oleh ibunya yang meninggalkan mereka (ibu pulang ke kampungnya di Iloilo). 

Tidak menjawab soalan yang diajukan, si bapa memukul anaknya.



Susulan video viral itu, pihak berkuasa telah menjalankan siasatan dan berjaya menyelamatkan mangsa yang kini dibawah perlindungan pihak kebajikan untuk sementara waktu. 

Ketua Polis Sta. Rosa, Superintendan Eugene Orate berkata, suspek telah ditahan kira-kira jam 11.30 malam Khamis dan kini direman untuk siasatan lanjut. 

Suspek akan didakwa atas dakwaan mendera kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan dan trauma. 


Menurut Orate, kejadian itu berlaku pada 18 Disember lalu di mana suspek merakam video penderaan itu dan memuat naik video itu ke Facebook isterinya untuk memaksa wanita itu pulang ke rumah. 

Pasangan suami isteri itu difahamkan telah bertengkar sebelum kejadian itu dan si istei bertindak pulang ke Iloilo pada 13 Disember. 

Ketua Polis Laguna, Superintendan Eleazar Matta berkata, mangsa mengalami lebam dan telah dibawa ke pusat kebajikan sebelum dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. 

Sumber: Enquirer

'Minta tolong tukar cadar terkena najis, bukan suruh cuci najis pun' - Linda Rafar


Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Linda Rafar atau nama sebenar Azlina Rafar memuat naik luahan ketidakpuasan hatinya terhadap tindakan seorang jururawat yang didakwa bersikap kurang ajar apabila dia meminta bantuan. 

Difahamkan, Rasimah Abd Rahman, 73, ibu kepada Linda telah dimasukkan ke sebuah hospital di Shah Alam kerana jangkitan kuman merebak di dalam darah selain perlu menjalani pembedahan memotong tangan yang terkena jangkitan. 

"Bukan mak dia yang sakit, jadi nurse seorang ni tak rasa apa yang kita rasa!!! Kita cakap baik-baik, dia boleh kurang ajar. Awak tu Islam dan bertudung. Kenapa yang lain boleh hormat, awak tak boleh nak hormat ye?? 


"Saya masih simpan gambar dan video awak. Jika awak masih biasa, saya viralkan. Jika tak nak kerja, jangan jadi nurse. 

"Saya hanya merayu tukar cadar yang kena najis daripada pukul tiga pagi tadi. Sampai waktu melawat jam 1 petang ni still tak dilayan. Saya dah letak maid cuci najis mak saya. Ni hanya tukar cadar sahaja ye!! Tukar cadar. Allahuakabar. 

"Jika saya jahat, saya dah viral muka awak!!! Memang tak ada hati dan perasaan!!!" luahnya. 



Perkara itu mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang menasihatkannya agar bersabar, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri dan tidak kurang juga ada individu yang menggunakan akaun palsu untuk mengugut dan mengancam Linda. 

Hari ini, Linda mengambil keputusan untuk membuat aduan dan berjumpa dengan Pengarah, Timbalan Pengarah hospital serta Ketua Jururawat wad berkenaan. 

"Alhamdulillah. Mereka memandang serius aduan ini dan akan menyiasat. Saya juga menyerahkan bukti berbentuk gambar dan video membabitkan jururawat terbabit kepada mereka untuk tindakan lanjut. 

"Selepas pertemuan itu, mereka terus buat lawatan ke wad. Alhamdulillah, hari ini pesakit di wad itu mendapat layanan istimewa daripada jururawat bertugas. Masing-masing laju buat kerja," katanya memetik laporan dari Harian Metro. 


Mengulas mengenai tindakan tidak bertanggungjawab individu yang mengugut mahu meracuni ibunya jika dia tidak berhenti viralkan isu tersebut, Linda sudah membuat laporan polis di Bukit Aman.

"Saya buat laporan polis atas nasihat polis. Mereka juga akan buat siasatan berkenaan perkara ini. 

"Paling penting sekarang, saya mahu jururawat berkenaan minta maaf secara terbuka di laman sosial masing-masing atau berjumpa saya dengan mengakui kesilapan mereka," katanya. 

'Mungkin ini balasan Allah kepadaku kerana mahu potong kemaluan' - Safiey Illias kata marketing strategy'nya menjadi


Semalam usahawan kosmetik, Safiey Illias, memuat naik gambar kereta mewahnya jenama BMW terlibat dalam kemalangan. 

Dalam kapsyen gambar tersebut, Safiey mengandaikan perkara itu berlaku kerana keretanya merajuk bilamana dia pernah menyebut mahu membeli kereta baru di depan kereta BMW itu. 

Selain itu, Safiey juga tidak menolak kemungkinan itu adalah balasan dari Allah kerana dia berhasrat mahu memotong kemaluannya. 

Difahamkan, Safiey mahu berhasrat membeli kereta Lamborghini buatan Itali, tetapi tidak dinyatakan secara terperinci. 

"Lain kali nak beli kereta baru jangan sebut depan kereta lama. Nanti dia merajuk. 

"Mungkin ini balasan Allah kepadaku kerana mahu nak potong kemaluan. Ampunkan aku ya Allah," tulisnya. 


Ramai yang terkejut dan bersimpati dengan kejadian itu serta mendoakan agar urusan Safiey dipermudahkan. 

Perkara itu turut mendapat perhatian portal hiburan yang menyiarkannya di portal masing-masing. 

Terdahulu, Safiey ada memuat naik gambar yang dipercayai gambar kemaluan dengan kapsyen "Tak sabar, counting day..". Namun dipadamkan tidak lama selepas disiarkan.


Siaran berita mengenai kemalangan itu juga mendapat perhatian Safiey yang kemudian merakam dan memuat naik gambar laporan berita itu ke Instagramnya. 

"Marketing menjadi ke??" tulisnya. 

'Islam ke kapir ni?' - Peniaga dakwa pelanggan biadab, tapi netizen pula kata sebaliknya


"Biar tak kaya tapi beradab dijunjung tinggi. Kawan siapa ni?" demikian status yang ditulis oleh seorang peniaga online baru-baru ini. 

Status itu dimuat naik kerana pengadu mendakwa individu berkenaan dianggap tidak beradab ketika menghubunginya bagi bertanyakan tentang pakej percutian yang ditawarkan. 

"Since dah kena block, kalau anda salah seorang dalam list Facebook ini, tolong belajar hormat orang ya. Tak salah pun bagi salam, hi, hello dan sebagainya untuk pembukaan mukadimah. 

"Ini kau terjah macam orang tak ada iman," tulisnya.




Berdasarkan gambar paparan skrin perbualan WhatsApp dua pihak berkenaan, individu berkenaan menghantar mesej meminta pengadu memberikan pakej percutian. 

Pengadu kemudian membalas mesej itu, "Islam ke kapir ni?" 

Tidak memahami maksudnya, individu itu kemudian menghantar simbol tanda soal dan menegur mesej biadab dari pengadu. 

Pengadu kemudian menjelaskan individu terbabit biadab kerana tidak memberi salam sebelum meminta pakej percutian darinya. 


Perkara itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata berpendapat pengadu tidak sepatutnya berbuat demikian, apatah lagi menyebarkan perbualan WhatsApp itu kepada umum. 

Malah kata netizen, urusniaga itu sepatutnya diteruskan dan tiada salahnya jika pengadu yang memberi salam kepada pelanggannya. 

"Aku buat gak bisnes. Tapi kalau customer WhatsApp tanpa beri salam, so aku yang start beri salam atau hai. Benda kecil macam tu pun nak diperbesar-besarkan. Otak letak kat bontot ke?" - @NorDanialHaikal.

"Yang mana satu biadab ni? Yang buat caption itu biadab atau...? Aku pun dah peninglah. Even orang itu tak beri salam sekali pun, just reply "Assalamualaikum". Tak perlu nak reply, "Islam ke kapir" sangatlah. Macam diri tu bagus sangat. Orang teruja nak bercuti ni lain macam sikit. Chill la." - @abangeram.

"Sebagai peniaga tak salah nak perbetulkan attitude masyarakat tetapi bukan dengan cara camni. Boleh je kita start bagi salam dulu then customer akan faham kita cuba ajar dia bagi salam. Memang kadangkala stress juga kalau kena terjah membabi buta camtu. Biasalah manusia macam-macam jenis. Peniaga kena hadaplah." - @mindlocking.

Sumber: @faeznasirr