(Video) 'Kau baru kenal aku siapa kan?!' - Remaja dibelasah, mukanya dipijak dengan kaki sehingga kejung


Viral di media sosial ketika ini, satu klip video pergaduhan di antara beberapa remaja lelaki yang dipercayai berlaku di sebuah padang di Setia Alam, tanpa diketahui motif sebenar kejadian. 

Berdasarkan klip video berdurasi 36 saat itu, remaja berbaju biru menampar mangsa beberapa kali dan berkata, "Kau baru kenal aku siapa, kan?". 

Serentak dengan itu, suspek menarik rambut mangsa dan mengheret ke lantai sebelum dipukul bertubi-tubi dan kemudian rakan suspek datang lalu melompat dan menghentak muka mangsa dengan kuat menggunakan kakinya sehingga menyebabkan mangsa 'mengejung' menahan kesakitan. 

Di media sosial, netizen mengecam tindakan dua suspek terbabit dan menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap suspek. Namun tampil pula seorang lelaki memaklumkan kes itu telah diselesaikan dan laporan polis juga telah dibuat oleh bapa mangsa.

"...kes ini sudah dibuat report ke balai polis. Tujuan saya viralkan kes ini kerana saya bersimpati terhadap rakan saya. Mengapa perlu bergaduh sedangkan boleh berbincang secara baik. 


Meskipun laporan polis telah dibuat, netizen tidak menganggap kes itu telah diselesaikan dan kini berharap pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap suspek yang jelas sekali bertindak melampaui batasan sehingga menyebabkan kecederaan pada mangsa. 

Guru & pelajar dirotan berdamai, masing-masing akui kesilapan & mohon maaf


Keluarga pelajar dan guru yang terbabit dalam kes rotan sehingga berbirat kerana dipanggil 'Cikgu Pondan', akhirnya telah berdamai. 

Exco Pendidikan Johor , Aminolhuda Hassan berkata, pertemuan di antara kedua-dua pihak itu berlangsung di PPD Johor Bahru pada jam 2.30 petang tadi. 

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak mengambil kesempatan untuk memohon maaf di antara satu sama lain dan mengakui kesilapan yang dilakukan. 

Justeru, beliau menyeru agar semua sekolah dan warga pendidik di negeri ini sentiasa memahami peraturan sedia ada agar dapat mengawal tindakan dalam menangani disiplin murid secara tidak beremosi.

Sumber: Sinar Harian

LAPORAN BERKAITAN

Budak 2 tahun maut terjatuh dari tingkap rosak


Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut terjatuh dari tingkap kediamannya yang rosak, hanya beberapa saat selepas ditinggalkan seketika di bilik tingkat atas. 

Mangsa, T-Jay Dedman, 2, ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu di rumah sewa rakan ibunya di Tuebrook, Liverpool.

T-Jay meninggal dunia pada 23 November 2018, enam hari selepas kejadian itu.

Menurut ibunya, Chelsey Wall berkata, T-Jay pada masa itu T-Jay sedang bermain dengan anak rakannya yang juga berusia dua tahun. Dia diamanahkan rakannya untuk menjaga mereka semua sementara dia pergi ke kedai untuk membeli barang. 

Tidak beberapa lama kemudian, dia mendengar namanya dipanggil oleh anak kedua rakannya itu untuk turun ke dapur bagi membantunya membuat rumah mainan. 

Chelsey turun seketika dan hanya beberapa saat kemudian pintu rumah sewa itu diketuk oleh seorang wanita yang tidak dikenali, dalam keadaan menangis memaklumkan dia menemui mangsa di luar rumah. 

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Alder Hey dan pemeriksaan pegawai perubatan mendapat tempurung kepalanya retak, kerap sawan dan otaknya bengkak. 

Doktor segera memberi rawatan kepada T-Jay dan selepas dirawat, mangsa kerap mengalami sawan dalam tempoh enam hari tersebut sebelum meninggal dunia. 

Polis percaya, mangsa terjatuh dari tingkap yang sudah rosak. 

Pihak berkuasa memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu mangsa kerana kes itu diklasifikasikan sebagai kemalangan yang tidak disengajakan. 

Sumber: Mirror

'Bukan bapak kau yang bayar kereta!' - Isteri menangis semalaman dimarahi suami kerana calarkan sport rim baru


Tergamak seorang suami memarahi, membebel dan mengungkit perkara yang tidak sepatutnya hanya kerana si isteri membuatkan sport rim kereta barunya calar secara tidak sengaja. Isteri sudah menjelaskan mengenai apa yang berlaku, berbanding berdiam diri. Namun si suami masih tidak berpuas hati. 

SALAM min. Minta siarkan beserta gambar.

Semalam suami marah-marah dan cakap bukan-bukan sebab saya terlanggar batu dan calarkan sport rim kereta dia. Ye, dia baru dua minggu tukar kereta MPV, saya baru bawa hari ketiga semalam dah terlanggar batu. 

Lelaki ini kalau marah, dia tak menjerit tetapi ayat dia tu membuatkan saya menangis semalaman dan bersambung ke pagi ini. 

Officemate tanya kenapa mata bengkak. Bila saya cerita saya menangis lagi. Dia mengungkit, cakap saya guna kereta apa saja mesti akan kemek dan calar. Wallahi sumpah sepanjang tiga hari saya guna kereta dia, memang saya bawa dengan berhati-hati. Cuma semalam saja saya lalu jalan sempit, selepas ambil anak di rumah pengasuh. 

Selepas saya nampak batu jatuh je masa belok, saya terus menggigil ketakutan. Terfikir akan nasib saya apabila sampai di rumah nanti. 


Semua officemate cakap, "Kenapa you cakap dengan husband you? Diam sajalah". 

Ya Allah min, dah dia setiap pagi check kereta, setiap sudut, saya memang takkan sembunyikan hal macam ni. Dia cakap saya tak tahu macam mana susah mencari duit sebab saya kerja cuma ketuk-ketuk keyboard lapan jam, kemudian balik ke rumah. 


Dia tak tahu ke kerja saya ini menggunakan otak, balik nak berehat lagi, nak ambil anak-anak, nak memasak bagai. 

Semalam saya masak kari ayam kegemaran dia pun, dia tak jamah siki pun. Sebaliknya dia membebel-bebel marahkan saya. Siap cakap, "Bukan bapak kau yang bayar kereta, boleh lah!" 

Allahu min, bapa saya dah meninggal dunia dah. Kemudian dia kata dia tak nak hantar pengantin adik saya ke Pulau Pinang pada bulan Oktober nanti, malas katanya.

Allahu, saya buat bukan sampai kereta itu tak boleh berjalan, sedih betul. Saya pagi tadi dah tunggu Grab sebab tak nak bawa kereta dia, tak nak guna harta dia. Tetapi Grab tak ada, saya bawa juga kereta dia perlahan-lahan. 

Petang semalam pun nak beli durian sebab saya suka durian pun saya tak nak makan. Saya betul-betul kecil hati dibuatnya. 

Saya nak tanya, kedai mana yang boleh polish semula sport rim ini? Dah buat salah kan, beranilah betulkan. Berapa anggaran harga kalau polish di kawasan Johor Bahru?

Bekas pelawak Senario ditahan positif ganja


Bekas pelawak kumpulan Senario ditahan bersama dua rakannya termasuk seorang wanita di sebuah hotel di Jalan Mahkota, Taman Maluri, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, tiga individu itu ditahan selepas pihak polis menerima aduan mengenai pergaduhan di hotel tersebut pada jam 5.45 petang.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek wanita berusia 26 tahun itu menemui satu paket dadah jenis methamphetamin.

Ujian air kencing yang dilakukan terhadap pelawak terbabit mendapati dia positif dadah jenis ganja, manakala dua lagi positif dadah jenis syabu.

Pelawak terbabit juga mempunyai empat rekod jenayah lampau yang membabitkan dadah selain dikehendaki polis berhubung satu kes di Hulu Klang, Selangor.

Pelawak itu direman selama sehari dan telah dibebaskan semalam, manakala dua lagi suspek direman selama tiga hari sehingga esok untuk membantu siasatan.

Sumber: Kosmo