'Mereka sudah berdamai, Alhamdulillah' - Nenek


Susulan viral video ibu murid memaksa ustazah merangkak kerana tidak puas hati anaknya didenda sehingga cedera dan trauma, si ibu berkenaan dikatakan telah tampil memohon maaf. 

Menurut nenek saudara kepada murid itu, Angah Fhira berkata, kejadian itu berlaku pada minggu lalu dan video itu telah disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 

"Mereka sudah berdamai, Alhamdulillah. Mungkin kedua-duanya silap sebab bertindak mengikut emosi. Saya yang hanya nenek saudara kepada murid pun kena maki hamun sebab tolong jelaskan apa yang berlaku. 

"Habis satu family saya kena kacau dan perniagaan saya turut terkena tempias," katanya yang juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap netizen yang bertindak melampau batasan. 


Bagi Angah, apa yang berlaku itu perlulah dianggap sebagai ujian dan ibu bapa tidak semestinya betul dan begitu juga dengan guru. 

Jelasnya, video itu bukan diviralkan oleh ibu kepada cucunya itu, tetapi oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 

"...bukan parents yang viralkan. Kejadian berlaku minggu lepas. Kalau kami mahu viralkan untuk tujuan memalukan, dari minggu lepas lagi kami sudah viralkan. Terima kasih kepada yang upload dan share, sebab dah memalukan kedua-dua pihak," katanya. 

Sumber: Angah Fhira

LAPORAN BERKAITAN

(Video) Ibu paksa ustazah merangkak sebab tak puas hati anaknya didenda sehingga cedera & trauma


Hilangnya maruah seorang guru ini apabila dia bukan sahaja dianiaya, malah diaibkan di depan anak-anak muridnya sendiri ekoran ketidakpuasan hati ibu kepada salah seorang murid yang didenda sehingga trauma. 

Difahamkan kejadian itu berlaku di Madrasah Ad Diniah Islamiah Parit 15, Bagan Datoh, Perak, anak kepada pengadu mengalami kecederaan di lutut akibat didenda merangkak keliling kelas bersama dengan beberapa murid lain di sekolah agama itu. Sebaik saja pulang, si anak memaklumkan perkara itu kepada ibunya. 

Disebabkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan ustazah itu, si ibu datang dan berdepan dengan guru terbabit dan meminta pendidik itu melakukan semula hukuman yang dikenakan terhadap anaknya. 

Berdasarkan video tersebut, guru berkenaan tanpa banyak bicara terus merangkak dan mengajak beberapa murid lain turut bersama melakukan 'hukuman' itu. 

Ibu murid itu kemudian meminta murid-murid itu semua ingkar arahan ustazah. Tetapi tidak diendahkan dan mereka meneruskan 'hukuman' itu bersama-sama sambil diperhatikan beberapa murid lain. 

Turut berada di kelas, seorang lagi rakan sekerja ustazah berkenaan yang mempersoalkan tindakan pengadu yang jelas sekali tidak wajar dilakukan terhadap pendidik. 

Tetapi pengadu itu enggan mengalah dan mendakwa anaknya cedera disebabkan denda itu sehingga menyukarkannya mengambil wuduk. Selain itu, dia juga mendakwa mempunyai bukti bahawa kecederaan itu diperoleh selepas menjalani denda tersebut. 


Video viral itu turut mendapat perhatian dari bekas menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik yang meluahkan rasa keccewa. 

"Hati saya berasa kecewa setelah melihat video tersebut. Sehingga pada awalnya saya tidak percaya, adakah ini fake news? Apakah yang telah terjadi dengan masyarakat kita hari ini?

"Seorang guru ialah seorang insan yang tinggi martabatnya. Kita tidak jadi siapa yang kita jadi hari ini tanpa insan bernama 'guru'. Tidak sepatutnya kejadian seperti ini berlaku ketika kita telah masuk ke tahun 2020," katanya. 

Sementara itu, seorang peguam tampil menawarkan diri untuk memberi bantuan guaman tanpa bayaran sekiranya guru berkenaan mahu membawa kes itu di mahkamah. 

Nurhidayaty Maidin berkata, "Tolong kenalkan saya dengan ustazah ini. Saya ingin bagi free legal advise dan mungkin servis sebagai peguam seterusnya. Melampau mak bapak sekarang. Level tapir yang tak boleh diajar. 

"Seorang guru kau jatuhkan maruah begitu sekali. Apa jua alasan, guru ini tidak patut diperlakukan sedemikian. Ada saluran lebih baik," tegasnya. 

Sumber: Oh Bulan!

'Yang bestnya, aku dapat ludah makanan orang Cina' - Chef buat onar di hotel Genting Highlands, dipecat serta-merta


Bekerja di bahagian 'FNB' sememangnya bukan mudah, lebih-lebih lagi jika sesebuah restoran itu merupakan restoran pilihan para pelanggan. 

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter bernama Pul (@ABCDEpul) memuat naik pengakuan berani mati mengenai tindakannya melakukan onar di tempat kerjanya iaitu Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands. 

Menurut sumber dari forum Lowyat, tweet tersebut dimuat naik oleh Pul pada jam 8.53 malam, 20 Februari 2020 dengan kata-kata berikut,

"Banyak s*al kerja aku. Tapi apa yang bestnya pasal kerja aku, aku dapat ludah makanan orang Cina." 


Pengakuannya itu membuatkan netizen terkejut dan mula menyiasat latar belakang lelaki itu. Netizen turut membuat aduan kepada pihak hotel yang memberikan respon bahawa mereka akan melakukan siasatan. 

Siasatan awal mendapati lelaki itu ada memuat naik tweet yang boleh mencetuskan kebencian kaum dan fitnah di media sosial tanpa berfikir panjang akan kesan dan akibat dari perbuatannya itu. 



Pihak pengurusan hotel mengambil keputusan untuk memecat lelaki itu serta-merta. 


Dalam pada itu, Grand Ion Delemen Hotel juga memberi jaminan yang hidangannya sentiasa diselia oleh ketua chef sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Selain itu, pihaknya sentiasa menitikberatkan soal kebersihan dan kualiti makanan. 

Semakan juga mendapati, Pul telah menyahaktifkan akaun Twitternya. 

Sumber: Lowyat

(Video) Pegawai Komuniti pukul 2 ekor anjing Poodles sampai mati di depan pemiliknya untuk halang penularan wabak koronavirus


Seorang pegawai komuniti di China didakwa memukul dua ekor anjing 'Poodles' dengan batang besi sehingga mati di depan pemiliknya dengan alasan mahu menghentikan penularan wabak koronavirus.

Dua ekor anjing malang itu dipukul sehingga mati di sebuah kompleks kediaman selepas pegawai terbabit dan pemilik anjing itu bergaduh. 

Difahamkan, pegawai itu cuba menghalang pemilik anjing itu untuk membawa haiwan peliharaannya berjalan-jalan. Tetapi dia tetap berkeras dan mahu membawa anjingnya keluar. 

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada pagi Ahad 23 Februari 2020. Pegawai itu juga didakwa mengugut mahu membelasah pemilik anjing sekiranya dia tidak memberi kerjasama. 

Susulan video itu viral di media sosial, pegawai terbabit akhirnya tampil membuat permohonan maaf di atas tindakannya. 


"Saya dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf dan saya akan membayar pampasan kepada pemilik haiwan itu," katanya. 

Menurut pegawai itu lagi, penduduk di kawasan itu telah dilarang membawa haiwan peliharaan mereka di sekitar kompleks kerana bimbang dengan penularan wabak koronavirus. 

"Dia (pemilik) tidak mahu memberikan kerjasama selepas pihak pengurusan menjelaskan sebab-sebab larangan itu pada dia beberapa kali.

"Kedua-dua pihak tertekan dan saya bertindak keterlaluan sehingga mencetuskan pergaduhan. Sekali lagi saya ingin memohon maaf sangat-sangat," katanya lagi. 

Kes itu kini dalam siasatan polis. 

Sumber: Daily Mail

(Video) Pesara lapah daging kucing di luar restoran di Wuhan, sedangkan...


Seorang pesara di Wuhan dirakam sedang melapah daging kucing secara terbuka di siang hari, meskipun mengetahui bandar itu dilanda wabak koronavirus yang dipercayai berasal dari daging haiwan eksotik. 

Video yang viral di media sosial China menunjukkan lelaki itu melapah daging kucing tersebut di luar restoran di Hanjiang, tengah hari Ahad 23 Februari 2020.

Difahamkan, pihak berkuasa China telah mengharamkan segala penjualan daging haiwan-haiwan liar bagi mengekang penularan wabak itu. 

Berdasarkan video, lelaki yang tidak diketahui identitinya itu langsung tidak memakai topeng muka dan dipercayai melapah daging kucing tersebut untuk dimakan. 

"Apa benda kau buat ni?! Pihak berkuasa tengah berusaha menyelamatkan nyawa rakyat di Wuhan, kau pula buat hal?!" kata netizen. 


Pakar percaya koronavirus menjangkiti manusia ekoran dari aktiviti penjualan daging haiwan eksotik secara berleluasa di China, terutamanya kelawar dan ular. 

Menurut data semasa, Koronavirus yang diberi nama barunya iaitu COVID-19, telah meragut 2,628 nyawa dan 79,700 disahkan positif penyakit itu. 

Sumber: Daily Mail