Bapa rogol anak kandung yang tengah berpantang, ugut cederakan cucu jika nafsu buas tidak dituruti


Lelaki berusia 54 tahun direman seminggu kerana disyaki merogol anak kandungnya yang baru habis berpantang selepas bersalin dalam kejadian yang berlaku Mei 2020 di kediaman mereka di Utan Aji, Kangar, Perlis.

Suspek ditahan di tapak parkir Hospital Tuanku Fauziah (HTF) semalam dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Siasatan juga mendapati, suspek turut mengancam mencederakan bayi mangsa sekiranya permintaannya tidak dipenuhi. 

Bimbang dengan ugutan itu, mangsa yang berusia 20 tahun terpaksa merelakan tindakan suspek ketika suaminya tiada di rumah. 

Tidak tahan dengan perbuatan suspek, mangsa bertindak membuat laporan polis. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew mengesahkan kejadian itu tetapi tidak mengulas lanjut. 

Sumber: Harian Metro

Prasekolah, Tadika & Tabika dibenarkan beroperasi semula mulai 1 Julai


Bermula 1 Julai ini, semua prasekolah, tadika dan taman bimbingan kanak-kanak (kerajaan/swasta) akan dibenarkan beroperasi semula. 

Kementerian Pendidikan juga telah menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lengkap bermula sebelum kemasukan kanak-kanak, sewaktu belajar dalam kelas, cara bermain, waktu makan dan juga waktu pulang. 

Bagaimanapun, perincian SOP tersebut akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat. 

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) Anisa Ahmad berkata, kanak-kanak yang diterap dengan penjagaan kebersihan akan mempraktikkan amalan itu. 

"Di tadika memang sudah diajar aspek kebersihan dan anak-anak memang amalkan basuh tangan ikut langkah 20 saat. 

"Jika ibu bapa turut bantu terapkan nilai yang sama di rumah, normal baharu akan jadi biasa dan risiko di tadika boleh diatasi kerana anak-anak dah biasa diterapkan dengan amalan kebersihan seperti cara basuh tangan untuk elak jangkitan virus. 

"Jadi, mereka lebih mudah faham jika guru minta lakukan," katanya. 

Sumber: Harian Metro, Bernama

'Orang pompuan yang beli emas kat kedai S**** ni badigol ke apa tak tahu matematik?' - Ayah Pong


Selain daripada produk kosmetik, beg tangan, pakaian dan tudung, salah satu tarikan pada wanita adalah emas. Emas sudah menjadi trending pemakaian wanita sejak dahulu lagi.

Nilai emas di pasaran kini dikatakan mencanak naik. Tular juga di media sosial, gelang emas yang diberikan jolokan nama ‘Pulut Dakap’ menjadi perhatian para wanita untuk memilikinya. Tetapi, untuk membeli emas bukan sekadar mengikut trending terkini, tetapi juga perlu mengetahui kadar caj yang tersembunyi.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook mendedahkan harga sebenar di sebalik promosi kedai emas yang dimiliki oleh seorang usahawan. Dia pada mulanya terkejut apabila mendengar harga emas yang ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran. Setelah disiasat, rupa-rupanya....

MINGGU lepas saya sendiri dan wife ada pergi kedai emas N** S***t kat Shah Alam atas permintaan wife dok berkenan dengan gelang tangan coco perut ular yang tengah trending sekarang.

Saya beritahu kat wife, "Kawan abang ada kedai emas boleh bagi murah-murah...". Tapi dengan perempuan ni biasalah kita turutkan dulu.

Nak-nak pula S***t tengah buat promosi RM190 per gram. Betul-betul murah tu, ikutkan harga pasaran masa tu RM220/gram. Saya ni orang berniaga, jadi nak tahulah juga strategi apa si S***t ni guna sampai boleh downkan harga emas dari RM 220/gram ke RM190/gram.

Jadi kita layankan juga wife pergi kedai S***t. Dalam hati ni dah standby, kalau betul murah, nak pula kalau wife dah berkenan, saya akan cakap kat wife dulu. “Sayang, sure nak nie? Tahu tak S***t ni dok promosi LGBT? Sayang pun tahukan abang tak suka kat si Sanjut ni?" - Ini kata dalam hati lah.


Sampai jer sana, tak silap ada tiga sales girl dengan seorang sales man, seorang lagi pak cik security. Bila dah ditanya harga apa semua, memang betul RM190 per gram. Tapi yang tak dipromosikan adalah kedai emas S***t ni ada caj upah.

Caj upah dia bapak mahal. RM70 per gram. #matilanak. Saya kira-kira masa tu berat rantai 15 gram, darab dengan RM70 dah jadi RM1,050. Upah sahaja dah seribu. Belum masuk emas lagi.

Emas pula 15g x RM190= RM2,850 tambah dengan upah total jadi RM3,900.

Saya cakap dalam hati, “Orang pompuan yang beli emas kat kedai S***t ni badigol ke apa tak tahu matematik? Tak tahu murah ke mahal? Ke sebab duit bukan korang yang keluar, laki korang yang bayar..."

Ini bukan nak sabotaj ke apa ke kedai emas si S***t ni. Tapi saya nak beritahu kat semua kaum lelaki kalau wife minta beli emas, jangan bagi duit sebab perempuan ni Allah cipta 9 nafsu, 1 akal. Kita lelaki 9 akal, 1 nafsu.

Kalau boleh, ikut sekali pergi beli. Kalau tak sia-sia jer kena game nanti. Bayar upah mahal-mahal tapi emas dapat ciput jer.

Bila dah tahu caj upaj S***t ni mahal, saya terus bawa wife pergi kedai kawan saya kat Sungai Besi. Masa tu baru wife baru cakap, "abang tak bagi tau pun kawan abang ada kedai emas??" Kita pun iyakan jer la.

Alhamdulillah harga emas pun tak mahal mana, baru RM206 per gram dan paling penting takde caj upah. Kira-kira balik untung banyak tu dari kedai emas S***t.

RM206 x 15 gram: Baru RM3,090(upah free). Kalau kat S***t walaupun harga emas murah tapi total dah jadi RM 3,900. RM900 juga la jimat!!!

Sumber: Ayah Pong

'Mama, mana tv kita?' - Rumah licin disamun bekas penyewa depan rumah


Satu kes kecurian telah berlaku di sebuah rumah di sekitar Johor Bharu. Mangsa hanya menyedari kejadian itu ketika baru pulang dari Seremban. Dianggarkan hampir 50 barangan berharga telah dilarikan oleh suspek. Mangsa juga mengesyaki kejadian itu didalangi oleh bekas penyewa di depan rumah mereka dan kes masih dalam siasatan. 

Luluh hati pasangan ini bila mengenangkan barang-barang yang hilang itu adalah hasil usaha mereka mengumpulkan barangan itu sedikit demi sedikit. Lagi memilukan, apabila anak-anak mereka mula bertanyakan barang-barang yang hilang. 

ASSALAMUALAIKUM semua rakan-rakan kenalan.

Maaf kami sekeluarga pohonkan, baru berkesempatan update untuk you all yang bertanya. Terima kasih untuk yang bertanya, tak putus-putus pm, WhatsApp, Messenger, call tanya apa yang terjadi pada kami sejak sampai Johor Bharu pada 10 haribulan hari tu.

Untuk pengetahuan, kami tiba dari Seremban pada jam 12 tengah hari. Bila sampai rumah JB, rumah kitorang dah dipecah masuk dan banyak barang-barang hilang. Kalau nak listkan, dekat 50 barang berharga kami, kes dah pun dalam siasatan. Suspek penyewa rumah depan kami yang dah sewa rumah depan dari bulan November 2019 sehingga dia pindah pada 6/6/2020 minggu lepas.









Mohon rakan-rakan kenalan doakan kami sekeluarga kuat menghadapi dugaan kali ini untuk kami. Sedih sangat, bila harapan kami bawa orang baru, baby Aifa Nadhirah, yang tak pernah tengok rumah dia sebelum ni sudah tak ada apa-apa yang berharga tinggal. Sampaikan katil tilam kami dia sapu masa dia pindah, Mujur ada satu toto dia tak nampak dan baby dapatlah tidur di atas toto dan lantai.

Anak-anak belum tau apa yang terjadi, cuma kakak Aira dan kakak Aina je banyak bertanya.

"Mana tv kita mama, macam mana nak tengok tv dan kartun?"

Sampai hari ini diorang tak tahu satu beg plastik teddy bear diorang pun dicuri orang. Sambil-sambil bertanya lagi, "Papa mana kerusi kita, mana meja makan kita? Kita nak makan mana ada meja, tak ada kerusi nak duduk la mama".




Sayu hati kami nak jawab, tapi kuatkan semangat juga jawab. Masih diorang tak faham bila cakap orang curi dan ambil.


Semoga pencuri cepat-cepat diberkas dan Allah pulangkan semula barang-barang kami. Bukan mudah untuk kami dapatkan semua barang yang diambil tu, Ambil masa untuk kumpul satu-satu sampai penuh rumah ni. Mohon semua doakan keselamatan kami untuk kami teruskan kehidupan baru dan dapat semangat baru dari kalian selepas ini.

Terima kasih semua, maaf 2,3 hari ini kami sibuk uruskan kes dan turun naik balai dan IPD. Tak dapat balas WhatsApp, komen, call anda secepat mungkin.

Sumber: Rafi Hashim

Hilang kerja & ditinggalkan isteri ekoran krisis Covid-19, penganggur mati bunuh diri


Seorang lelaki ditemui mati tergantung di sebatang pokok di Chiang Mai dipercayai membunuh diri selepas krisis Covid-19 telah menyebabkan dia kehilangan kerja dan ditinggalkan isterinya bersama dengan anak berusia enam bulan. 

Mangsa yang dikenali sebagai Thanakrit, tinggal di daerah Mae On dengan bayinya selepas ditinggalkan isteri. Pada 31 Mei, Thanakrit keluar dari rumah tanpa membawa dompet dan ubatnya serta memaklumkan kepada bapanya yang dia mahu mencari ketenangan diri. 

Thanakrit kemudian ditemui tergantung di sebatang pokok di hutan berhampiran. Telefon bimbit, motosikal dan kad pengenalannya turut ditemui di lokasi kejadian. 

Siasatan mendapati, mangsa telah mati lebih dari tujuh hari berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah mereput. 

Sumber: Asia One