(Video) 'Sekarang senang cerita, (mangsa) sudah meninggal' - Lelaki dakwa petugas ambulans lambat sampai tetapi diselar netizen



Seorang lelaki berusia 30 tahun dilaporkan maut selepas kereta Perodua Axia yang dipandu kenalannya, wanita berusia 23 tahun, terbabas lalu melanggar tiang batu. 


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kejadian itu berlaku pada jam 5.50 pagi di Jalan Pudu dan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.50 pagi. 


Siasatan awal mendapati, pemandu Axia hilang kawalan lalu melanggar tiang batu di kiri jalan sebelum terbabas. 


Akibat dari kemalangan itu, pemandu mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan, manakala penumpang lelaki mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 


Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik untuk dibedah siasat. 


Video di tempat kejadian itu juga tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki memarahi petugas ambulans kerana lambat tiba di lokasi sehingga menyebabkan kematian mangsa. 


"Itulah, tengok kita panggil (ambulans) sudah berapa lama, kita tunggu (ambulans sampai) nak dekat satu jam lebih. Jangan kira bangsa ke kaum apa, ini manusia. Sekarang senang cerita, (mangsa) sudah meninggal," katanya yang turut mendapat sorakan daripada orang awam.


Namun, petugas ambulans langsung tidak mengendahkan kata-kata lelaki itu.


Video kejadian boleh tonton di sini, part one dan part two.


Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan lelaki terbabit yang didakwa cuba menjadi hero dan membangkitkan isu perkauman. 


"Memekak je. Operator 999 bukan tanya bangsa apa pun bila kita call beritahu ada kemalangan. Mungkin masa tu banyak kes kecemasan yang memerlukan ambulans serentak dan mungkin disebabkan itu mereka lambat,"kata Nik Mohd Yazid. 


"Nak jadi hero kan, kenalah menjerit-jerit tunjuk dia hebat,"kata Sue Haida. 


"Terima kasih kepada petugas ambulans berkenaan yang steady je. Memang profesional dan sudah memberikan bantuan yang terbaik. Kepada brader yang memekak tu, kau tak payah nak main isu perkauman. Dah 2022 pun, salah kau juga apa pasal tak pergi kursus latihan pertolongan cemas. Benda bukan kena bayar pun, at least boleh bagi rawatan awal sementara menunggu ketibaan ambulans!" kata Babang Kachong. 


"Bro, accident 5.50 pagi, tunggu 2 jam dah 7.50 pagi. Tapi kenapa suasana nampak gelap bro? Agak-agaklah. Kalau dah meninggal, medik kena tunggu polis untuk sahkan, faham tak? Jangan terlalu ikut emosi. Kenapa nak main isu bangsa dan agama?" kata Alex Raj. 


"Tiber main isu bangsa, orang tu cuma jalankan tugas je. Bagus abang frontliner tak melenting. Takziah kepada keluarga mangsa,"kata Sofeeya Maisarra. 


Sumber: Majoriti, Utusan, FB Adinda Qilla

Pergelangan tangan hancur akibat tabung alat pemadam api meletup



Seorang pekerja bengkel servis pemadam api mengalami kecederaan parah di pergelangan tangan kanannya selepas tabung alat pemadam api meletup dalam kejadian di Jalan Bakawali 37, Taman Johor Jaya, semalam. 


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.39 petang lalu mengerahkan sepasukan anggotanya ke lokasi. 


Sebaik saja tiba, mereka mendapati pergelangan tangan kanan mangsa, Ezwan Othman, 42, hancur akibat letupan tabung alat pemadam api debu kering ketika kerja-kerja compress di dalam kawasan kilang. 


Kejadian itu turut menyebabkan seorang lagi mangsa mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital menggunakan kenderaan awam sebelum bomba tiba di lokasi. 


Sementara itu, Ezwan, dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan dan doktor memaklumkan pergelangan tangan kanannya mungkin akan dipotong kerana urat saraf rosak dan tidak dapat diselamatkan. 


Adik mangsa, Ernalisa Othman, 36, berkata, "Doktor maklumkan jika boleh diselamatkan, ia akan disambungkan semula. Tetapi jika teruk, ia akan dipotong. 


"Terdapat juga kecederaan di bahagian perut mungkin akibat terkena serpihan alat pemadam api yang meletup. Abang akan menjalani pembedahan malam ini," katanya. 


Sumber: Harian Metro

'Koyak teruk hari ni, tiada seorang pun nak bagi laluan' - Lelaki kesal tak diberi peluang guna lif walaupun bawa stroller & isteri hamil



Kebiasaannya di mana-mana pusat beli-belah akan memberi peringatan kepada para pengunjung bahawa perkhidmatan lif perlulah diberi keutamaan kepada pengunjung kategori warga emas, ibu bapa dengan anak dan stroller, dan warga Orang Kurang Upaya (OKU). 


Peringatan yang telah diberi sejak sekian lama namun sehingga ke hari ini masih ada yang tidak mengamalkannya. Malah, ada yang sanggup 'buat bodoh' apabila diminta memberi ruang/peluang kepada golongan yang memerlukan untuk menggunakan lif. 




14 Ogos lalu, seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kecewanya berhubung insiden yang berlaku di pusat beli-belah Suria KLCC di mana pengunjung yang menggunakan lif enggan memberi peluang kepada dia bersama dengan anak kecil dan isteri hamil. 


"Koyak teruk hari ni. 7-8 round tunggu turn nak naik lif di KLCC. Punyalah ignorant, tak ada seorang pun bagi laluan. Padahal semua muda-muda, bawa shopping bag je, bukan stoller atau warga emas. 


"Lama sangat menunggu, last-last kami mengalah. Lipat stroller, dukung anak, turun guna eskalator," kata lelaki itu yang menggunakan nama Ameenazizul. 


Ciapan tersebut kemudian mendapat banyak perhatian netizen. Tetapi salah satu ciapan balas dari netizen yang menarik perhatiannya adalah, "Siapa suruh kau buat anak bang" - @moonlightbay_, tanpa sebarang rasa bersalah. 




Menurut Ameenazizul, dia pada ketika itu sudah menegur dan meminta diberikan peluang untuk menggunakan lif dengan cara baik disebabkan mereka membawa stroller dan isterinya hamil lima bulan. 


"Kami dah tegur dan dah cakap elok-elok minta bagi laluan sebab kami bawa stroller dan isteri hamil lima bulan. Tapi memang tiada seorang pun nak keluar dari lif dan buat tak tahu. 


"Saya kata saya koyak bukan sebab penat, tetapi sebab saya amat berharap dengan sikap timbang rasa dari orang kita sendiri," jelasnya. 


Walaupun penjelasan sudah dibuat, namun masih ada netizen yang bertindak menyalahkan Ameenazizul yang membawa keluarganya ke pusat beli-belah pada hujung minggu. Lebih teruk lagi, segelintir pula beranggapan individu sudah berkeluarga atau bujang masing-masing mempunyai hak untuk menggunakan lif. 



Ciapan-ciapan kurang cerdik dari individu yang mementingkan diri itu kemudian dibidas oleh netizen. 



Sumber: Twitter @Ameenazizul

(Video) 'Menteri Pendidikan buat apa kat ibu saya ni sampai dia nak berhenti jadi cikgu?' - Pengadu



Jasa seorang guru dalam mendidik anak-anak murid tidak terbalas. Kerana itu juga, ada pepatah yang menyebut guru ibarat lilin. Bagi seorang guru pula, melihat anak-anak murid sudah berjaya di dalam kehidupan merupakan satu pencapaian besar bagi diri mereka.


Namun begitu, seiring dengan masa dan perubahan, tugas guru kini dilihat kian mencabar. Tugas guru kini dikatakan bukan hanya mendidik pelajar, malah ada tugasan lain yang perlu diselesaikan.


Di TikTok, seorang gadis mendedahkan bebanan kerja yang ditanggung oleh ibunya sehingga mengalami tekanan kerja yang sesekali menyuarakan keinginan untuk berhenti kerja.


"Menteri Pendidikan buat apa kat ibu saya ni? Apa yang pengetua suruh ibu saya buat ni? Kerja apa yang diorang bagi kat ibu?


"Banyak sangat kerja ibu ni. Tidur tak cukup, makan tak teratur. Sampai ibu nak berhenti jadi cikgu," katanya.


@urlastexxxxxx sian nya ibu 😭 #sad #menteripendidikan #pengetua #pendidikan #sadvibes ♬ untukmu aku bertahan - love?


Majoriti netizen bersetuju dengan gadis ini dan mendakwa itu sebenarnya realiti kehidupan seorang guru.


"Bila kenang balik macam mana ibu aku buat kerja, kalah aku yang muda. Pukul 3 pagi lagi dah tanda-tanda buku. Sampailah ada satu masa tu pengsan kat sekolah," kata Radzi.


"Ye, mak aku kadang-kadang tidur pukul 3 pagi. Pukul 5 kena bangun masak sarapan pulak. Balik petang terus masak. Kadang-kadang mesyuarat sampai pukul 6 petang," kata Dybhh.


"Ya betul. Aku kadang keliru job scope aku apa benda. Menyelenggara fail, mengajar, lepas tu buku tu nak kena tanda, tak boleh bagi, gagal pulak tu,” kata Memerang.


Sumber: TikTok urlastexxxxxx

Blackpink rampas takhta trending nombor 1 YouTube dari Aliff Syukri dengan lebih 175 juta tontonan



Sebelum ini, ahli perniagaan Aliff Syukri, 35, beria-ria mengatakan dirinya penyanyi nombor satu negara berikutan lagu singlenya Baby Sayang bersama Baby Shima, trending di YouTube Malaysia, sekali gus menewaskan muzik video teaser kumpulan antarabangsa dari Korea Selatan, Blackpink. 


Gelaran tidak selayak dengan suaranya yang sumbang itu kemudian dikecam banyak pihak termasuk penyanyi tempatan khususnya vokalis Wings yang menyifatkan kehadiran ahli-ahli perniagaan membuat lagu parodi sebegitu umpama pelacur yang mahu merosakkan industri muzik negara. 


Terkini, Harian Metro melaporkan, muzik video baharu Blackpink berjudul Pink Venom mula trending di YouTube seluruh negara, sekali gus merampas takhta tempat pertama dari Baby Sayang. 


Muzik video Pink Venom berjaya meraih lebih 175 juta tontonan dalam masa tiga hari berbanding Baby Sayang yang hanya mempu meraih satu juta tontonan sahaja dalam masa enam hari. 


Di TikTok, seorang pengguna mendedahkan, Aliff yang mengatakan dirinya sebagai penyanyi nombor satu selepas muzik video Baby Sayang mengalahkan Blackpink adalah satu kesilapan. 


"Bang, yang tu teaser (Pink Venom) saja. Ini baru 'views' yang betul. Jangan malukan kita please," katanya. 


Sumber: Harian Metro