Pelakon Farid Kamil akui sedikit sebanyak watak yang digalas sebagai peguam syarie dalam dramabersiri terbaru berjudul Qanun 99 memberi tekanan kepada dirinya sehinggakan ia terbawa-bawa ketika berada di rumah.
Farid memberitahu dia pernah meminta isterinya Diana Danielle untuk tidak banyak bertanya atau mengganggunya selepas pulang daripada set penggambaran yang kebanyakannya dilakukan di mahkamah.