Ibu hanya mampu besarkan awak berdua di dalam bangsal buruk ini sahaja. – rintihan seorang wanita 19 tahun di gua musang

Lebih malang bagi ibu muda, Nurul Hafizan Mat Razali, 19, dia terpaksa tinggal bersama anak sulungnya, Fatira Aisya Mohd. Khairi, 5, dan anak lelaki yang mempunyai penyakit bengkak hati, Mohd. Haiqal, setahun dua bulan.
Sedih ibu muda ditinggal suami dan ditinggal bangsal buruk unuk tempat berteduh dengan anak kecilnya
pemngui.png
Nurul Hafizan Mat Razali masih tinggal di bangsal buruk di Kampung Aring 2, Gua Musang bersama dua anaknya. Gambar Utusan Malaysia

KELANTAN GUA MUSANG: Kemiskinan hidup yang dialami menyebabkan sebuah keluarga di sini hanya mampu tinggal di dalam bangsal yang tidak sempurna di Kampung Aring 2, di sini.
Lebih malang bagi ibu muda, Nurul Hafizan Mat Razali, 19, dia terpaksa tinggal bersama anak sulungnya, Fatira Aisya Mohd. Khairi, 5, dan anak lelaki yang mempunyai penyakit bengkak hati, Mohd. Haiqal, setahun dua bulan.

Menurut Nurul Hafizan, selepas kediamannya dihanyutkan banjir besar penghujung tahun 2014, mereka tidak berkemampuan untuk membina kembali rumah mereka.
Katanya, demi menyara keluarga, suaminya, Mohd. Khairi Mat Zain, 23, terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuala Lumpur dan gajinya hanya dapat menampung makan serta minum mereka sekeluarga.

Bangsal yang dibuat daripada kayu serta zink terpakai ini telah dibina dengan bantuan orang kampung. Kerana kesempitan hidup, inilah satu-satunya pilihan yang kami ada.
Selepas melahirkan Mohd. Haiqal, saya mengetahui anak saya mempunyai penyakit bengkak hati ketika umurnya dua bulan.

Kami terpaksa membawa Mohd. Haiqal sebulan sekali ke Hospital Kuala Krai untuk menjalani rawatan susulan. Namun kini, saya bersyukur apabila penyakitnya sudah semakin sembuh, katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Nurul Hafizan yang bernikah seawal umur 14 tahun dengan suaminya reda dengan takdir hidup mereka sekeluarga, namun berharap ada pihak yang sudi memberi bantuan rumah kepada mereka secepat mungkin.

Selepas rumah musnah dihanyutkan banjir, kami ada membuat permohonan bantuan rumah baharu.
Dua ahli keluarga saya yang menjadi mangsa banjir sudah tersenarai untuk mendapat rumah baharu, cuma kami sekeluarga masih menunggu bantuan tersebut.
Harapan kami jika mempunyai rumah baharu, kehidupan kami pasti selesa berbanding bangsal yang serba kekurangan itu, katanya.

Tragedi banjir terburuk dalam sejarah Kelantan pada penghujung 2014 melibatkan lebih 150,000 mangsa di daerah-daerah Kota Baru, Tumpat, Pasir Mas, Kuala Krai, Gua Musang, Machang, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Sumber: viralsemesta
Sumber: pemburudunia

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
This entry was posted in