Pada hari pertama, saya seronok menemu bual seorang pengkaji Kapal Melayu Terengganu bernama Pn. Rohani Longuet. Banyak kisah-kisah dan iktibar yang menarik mengenai kapal melayu dan ilmu laut melayu.
Katanya, Kapal orang Melayu ni dibuat untuk berlayar melawan angin. Dari segi pembuatannya pula, sangat berbeza dengan kapal yang dibuat di tempat lain seperti di barat.
Ilmu Laut Melayu pula sangat berkait dengan hubungan antara Melayu dengan Alam. Orang melayu bila naik kapal, ada adat dan pantang larangnya. Tidak boleh berlari, bersiul, memakai kasut dan sebagainya. Ini kerana, turun ke laut bukanlah sesuatu yang ringan dan kecil. Setiap unsur alam yang berkaitan seperti angin, laut dan tanah (pokok) mestilah diambil berat oleh Nakhoda, anak kapal dan penumpang.
Seorang nakhoda kapal, tahu benar akan kemampuan dan kekurangan kapalnya. Bagaimana keselamatan penumpang di atas kapal, terletak pada hubungan Nakhoda dengan kapalnya.
Keesokannya pula, saya dibawa melihat proses pembuatan kapal. Sampai di sana, saya melihat kelibat tiga orang sedang bertukang menyiapkan sebuah kapal yang digunakan untuk menangkap ikan di tengah laut. Seorang sudah berumur manakala dua orang lagi masih muda dan baru seminggu bekerja bersama.
Bersembang dengan si pembuat kapal. Dia berkata, “orang sekarang sudah tidak suka bekerja buat kapal. Mereka lebih suka kerja di bandar, duduk di dalam pejabat, ada aircond.”
Manakan tidak, dengan permintaan kapal yang kurang, sudah tentu pendapatan mereka juga turut berkurang. Kebanyakan permintaan kapal hanya kepada jenis untuk menangkap ikan sahaja.
Saya bertanya, “tiga orang sahaja ke pakcik nak buat kapal besar macam ni?”
“Sekarang tiga… esok mungkin empat.. macam tu lah… tak tentu.” Pakcik tersebut menjawab soalan saya walaupun sedang sibuk menyiapkan kapal.
Hanya tiga orang sahaja untuk menyiapkan kapal. Itu pun belum tentu adakah dua orang anak muda tersebut tetap cekal dalam dunia pembuatan kapal Melayu.
Banyak lagi keluhan yang saya dengar daripada pakcik tersebut tentang nasib Kapal Melayu.
Saya yang pada awalnya seronok mendengar kisah kapal dan laut melayu daripada Pn. Rohani, hanya mampu bersedih apabila melihat sendiri dan mendengar keluhan si pembuat kapal.
Ketika hendak pulang daripada Terengganu, saya termenung seorang diri di dalam bas. Memikirkan bagaimanakah nasib Kapal Melayu Terengganu pada masa akan datang. Apakah solusi yang boleh dilakukan untuk mengekalkan pembuatan kapal melayu supaya terus berjalan seiring peredaran zaman.
Mungkinkah abad akan datang, generasi kita hanya akan berbangga dengan bangkai kapal seperti di dalam gambar yang saya kepilkan di bawah?
Untuk pengetahuan, bangkai kapal tersebut sudah pun berusia 100 tahun.
Untuk pengetahuan, bangkai kapal tersebut sudah pun berusia 100 tahun.
Atau masing-masing sibuk bercerita tentang pembuatan kapal melayu hasil bacaan mereka di perpustakaan tetapi tidak mampu melihat dengan mata dan merasa dengan tangan mereka sendiri?
Atau akan ada lawatan sambil belajar ke muzium-muzium untuk melihat kapal melayu sambil mendengar penerangan daripada ‘instructor’ mengenai kehebatan kapal melayu?
Itu tidak mustahil kerana kita sudah pun mengalaminya separuh daripada itu.
Itu tidak mustahil kerana kita sudah pun mengalaminya separuh daripada itu.
Tanpa tindakan daripada pelbagai pihak untuk menyelamatkannya, proses kepupusan kapal melayu akan berjalan seiring beredarnya masa.
Kalau boleh dibuat persamaan matematik, kita akan dapat jangkakan bila tarikh akan pupusnya Kapal Melayu di Terengganu.
Kalau boleh dibuat persamaan matematik, kita akan dapat jangkakan bila tarikh akan pupusnya Kapal Melayu di Terengganu.
Kerajaan hantar giat mara belajar buat kapal melayu?
Itu bukan penyelesaiannya. Hantarlah banyak mana pelajar untuk belajar buat kapal, akhir sekali ia terletak pada permintaan pembuatan kapal itu sendiri.
Itu bukan penyelesaiannya. Hantarlah banyak mana pelajar untuk belajar buat kapal, akhir sekali ia terletak pada permintaan pembuatan kapal itu sendiri.
Permintaan ada pun, tapi kayu terhad, susah juga. Sebab harga akan meningkat dan sukar untuk mendapatkan bekalan kayu.
Saya ingin cadangkan sesuatu. Mungkin hanya sekadar idea yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.
1. Jayakan industri kapal layar/pelayaran Melayu.
2. Pemuliharaan hutan dan pokok cengal.
2. Pemuliharaan hutan dan pokok cengal.
Kapal Melayu sudah tidak berguna untuk waktu sekarang di zaman moden?
Anda tidak akan tahu tentang kehebatan teknologi perkapalan melayu apabila anda tidak membaca atau bertemu dengan ahlinya. Hanya dengan meletakkan kepala di ribaan barat, mimpi anda dihiasi dengan dunia mereka.
Anda tidak akan tahu tentang kehebatan teknologi perkapalan melayu apabila anda tidak membaca atau bertemu dengan ahlinya. Hanya dengan meletakkan kepala di ribaan barat, mimpi anda dihiasi dengan dunia mereka.
Lihat sahaja jurnal-jurnal antarabangsa mengenai kapal melayu, hampir semuanya ditulis oleh penyelidik daripada barat. Sedangkan anda masih lagi ragu-ragu dan skeptikal dengan kemampuan bangsa anda sendiri.
Sekian,
Selamatkan Kapal Kita….
Selamatkan Kapal Kita….
Uthman Zaik
9 April 2016
KREDIT FB The Patriots
9 April 2016
KREDIT FB The Patriots
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!