Gambar yang menjadi viral di media sosial itu menunjukkant-shirtdalam lelaki yang lengkap dengan span di bahagian lengan dan dada.
Namun begitu, ada pihak yang mendakwa baju ini merupakan cara malas bagi mereka yang ingin mempunyai badan yang cantik, iaitu tanpa bersenam.
Sejak tercetusnya fenomena abang sado, pereka fesyen nampak berlumba-lumba menghasilkan pakaian yang boleh menunjukkan badan lelaki.
Sebelum ini, kecoh di media sosial dengan pelbagai jenis baju sado yang menonjolkan badan kekar golongan lelaki.
Sebuah syarikat juga telah menghasilkan jubah ketat yang dipanggil Jubah Pahlawan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
ANTARA KOLEKSI JUBAH PAHLAWAN
Ada pihak yang mengecam jubah tersebut fesyen liar dan bertindak menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut.
Nampaknya pelbagai fesyen dan kini terdapat pula jalan pintas disediakan bagi mereka yang ingin kelihatan sado dengan segera.
Mungkin baju berspan ini boleh digunakan semasa musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi? MYNEWSHUB.CC
Sumber: viralberita
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!