4 Mayat Mereput Ditemui Dalam Semak


BACHOK - Empat mayat lelaki yang telah reput dipercayai dibunuh dan dibuang di kawasan semak di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, ditemui jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, penemuan empat mayat itu ditemui oleh seorang penduduk kampung yang melalui kawasan semak tersebut. 

"Kejadian itu disedari oleh penduduk kampung yang terhidu bau busuk ketika melalui kawasan semak berkenaan.

"Kawasan itu dipercayai agak bersemak, jadi kita ambil masa nak masuk ke dalam dan setakat ini saya belum boleh sahkan apa-apa maklumat," katanya. 


Pihak polis sedang berusaha mengenalpasti identiti mangsa sama ada dibunuh atau mayat mereka ditinggalkan di lokasi. - The Reporter