'Jangan Jadikan Umur, Status, Hobi Atau Kata-Kata Orang Luar Sebagai Penghalang'


Oleh Elly

Kami kenal umur 19, kahwin umur 22. Sekarang dua-dua dah berumur 24 tahun. Both of us student, lain course tetapi satu UTM. Masih tak percaya yang sekarang both of us dah pun kahwin dan dah pun grad!

Kalau dulu, kami berdua asyik dikutuk orang saja. Sampaikan ada yang rasa kami ini tak ada life. Haha! Yelah, sudahlah masing-masing skate di UTM KL. Lepas itu, Syukri Harish pula pointer 2 above saja dulu. Elly pula pada masa itu free hair, dan satu-satunya perempuan yang skate di sana + lepak pula dengan lelaki. Lagilah, asyik kena kata belakang saja. 

Tetapi Alhamdulillah, walaupun begitu Elly dengan Harish masing-masing improve diri masing-masing. Elly mula pakai tudung dan kemudian mula berkecimpung dalam bisnes jual tudung dengan niat mahu berkahwin dengan hasil bisnes itu. 

And yes! Allah permudahkan segalanya dan memang Elly buat majlis kahwin menggunakan duit hasil bisnes dua tahun lepas. Alhamdulillah! 

Harish pula dari sem to sem, dari orang yang tak suka nak belajar, terus rajin nak belajar. Bila sudah kahwin, di UTM JB ini dia menjadi semakin bersemangat dan sekarang dia sendiri grad dengan first class! Elly sampai sekarang rasa bangga dengan Harish sebab Elly tahu Harish macam mana. Rasanya siapa yang kenal dia mesti tahu juga. 

Medal itu seriously means something. Bukan setakat tunjuk dia dapat dean atau first class, tetapi tunjuk yang dia improve diri dia untuk Elly, untuk tunjuk yang dia boleh berusaha menjadi yang terbaik untuk Elly dan untuk keluarganya. Dia nak tunjuk walapun dia berkahwin pada waktu study dengan orang yang study juga, tetapi dia boleh berjaya! 

Cerita panjang lagi sebenarnya tetapi penat dah nak taip. Cuma apa yang Elly nak sampaikan di sini ialah, jangan jadikan umur, status, hobi atau kata-kata orang luar sebagai penghalang dalam apa-apa saja yang kita nak buat. Kalau nak kahwin, kahwinlah. Kalau orang tak percaya, buktikan. Kalau orang masih tak percaya, biarkan. Janji kita happy dan kita tahu apa yang kita buat. InshaAllah kita akan lebih bahagia dengan cara ini. 

Dan yakin, Allah juga akan memudahkan apa jua yang kita buat selagi benda itu betul. InshaAllah. - Elly | The Reporter