Kaki Digari Pada Tiang Kerana Enggan Hadir Kelas Bahasa Cina


PETALING JAYA - Gambar seorang murid perempuan dirantai di sebatang tiang lampu, tersebar di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Lagoon Perdana itu, mangsa ditemui dalam keadaan kanannya dirantai pada sebatang tiang lampu dan dikunci dengan selak besar bersama dengan beg sekolah dan sebotol air yang dibekalnya. 

Menurut mangsa, ibunya telah merantai kakinya kerana dia enggan menghadiri kelas Bahasa Cina. 

Difahamkan, orang awam yang menemui mangsa telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa yang kemudian tiba di tempat kejadian membebaskan mangsa. 

Ibu kepada kanak-kanak terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut - Foto: Netizen
Susulan kes itu juga, ibu kepada murid berkenaan telah ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Sunway untuk siasatan lanjut. - The Reporter