'Lebih selesa buka tudung, dari bertudung untuk jaga hati orang' - Uqasha Senrose
Uqasha Senrose akui lebih selesa selepas membuka tudung kerana tidak perlu menjadi hipokrit.
Namun, Uqasha tidak menafikan dia telah menerima pelbagai komen negatif dan cemuhan daripadaorang ramai kerana tindakannya itu.
\Melalui laporan Astro Awani, Uqasha telah meluahkan perasaanya.
Ini komennya:
"Saya selesa begini, daripada bertudung hanya sebab nak jaga hati orang ramai buat apa, lebih baik jadi diri sendiri dan saya rasa lega.
"Kalau orang tak suka tak mengapalah. Memang dari mula saya bertudung pun tetap ada orang tak suka jadi saya nak buat bagaimana?
"Kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. Saya syukur kerana mempunyai keluarga yang amat memahami diri saya.
"Sebelum saya buat keputusan untuk membuka tudung, ya memang saya berfikir terlebih dahulu tentang akibat yang akan saya terima, tapi apa yang saya boleh katakan, saya memilih untuk tidak mahu menjadi hipokrit dengan semua orang,"
"Ya, dulu memang saya ada tutup sekejap ruangan komen di akaun Instagram (IG) kerana komen-komen yang diberikan terlalu teruk.
"Nak kata tertekan sampai tak keluar rumah itu tidaklah cuma memandangkan ini adalah pilihan saya jadi saya perlu berani untuk hadapinya.
"Tapi sekarang semuanya dah kembali seperti biasa dan tak kisahlah orang nak kata apa yang penting saya gembira dan kehidupan harian saya pun berjalan seperti biasa,"
Itulah komen dari Uqasha, semoga dia berbahagia selalu.
Sumber : Citeheboh