Mohd Hafiz Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati


KUALA TERENGGANU - Mohd Hafiz Mohamad, 29, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang juga bakal abang iparnya, lapor Harian Metro.

Tertuduh hanya mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim. 

Mengikut pertuduhan, Mohd Hafiz didakwa membunuh Muhamad Shukri Husin, 34, di tempat letak kenderaan di hadapan Pejabat Agama Kompleks Seri Iman, jam 11.39 pagi, 16 Oktober lalu. Tertuduh berdepan dengan hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah. 

Tiada sebarang pengakuan yang direkodkan dan majistret menetapkan 4 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - The Reporter

Artikel berkaitan: