Kuliah Muslimat Moktar Senik
Blog ini akan menyiarkan keseluruhan screenshoot chatting di facebook antara Ketua Dewan Ulama Pas Pahang yang juga AJK Pas Pusat dengan seorang gadis bernama Nursyakiqah Shaari. Persoalannya adakah benar AJK Pas Pusat ini berkelakuan tidak senonoh seperti yang telah di dedahkan oleh seorang pengguna facebook bernama Alexander Pittsuwan Thomprason dengan seorang facebook wanita bernama Nursayafikah Shaari?
Jika perkara ini tidak benar Mokhtar Senik wajib menafikannya dan membuat dakwaan di makamah terhadap Alexander Pittsuwan Thomprason sebagaimana yang telah beliau cabar agar dirinya di bawa ke mahkamah oleh Mokhtar Senik supaya semuanya terjawab siapa yang benar dan siapa yang salah. Tetapi sehingga hari ini Moktar Senik masih berdiam diri dan tidak pernah membuat apa-apa laporan polis terhadap Alexander Pittsuwan Thomprason.
Kenapa?
Kerana Moktar Senik sama sekali tidak akan berani berhadapan dengan Alexander Pittsuwan Thomprason di makamah sebab beliau sedar sekiranya perkara ini di bawa ke mahkamah secara terang tingkah lakunya berlucah menggunakan FB messenger akan terbukti. Mokhtar Senik mungkin boleh menipu penyokongnya dengan berbagai alasan tetapi beliau tentu lebih sedar setiap pembohongan yang beliau beri akan makan dirinya sendiri kerana di makamah beliau sudah pasti tidak dapat mengelak untuk membuka messengernya sebagai menafikan bahan bukti dari pihak Alexander Pittsuwan Thomprason.
Walaupun Mokhtar Senik telah menyekat (block) akaun facebook Nursyafikah tetapi sekiranya pihak makamah meminta beliau "batalkan sekatan" (unblock) segala mesej-mesej beliau dengan Nursyafikah akan timbul kembali di messenger Nursyafikah dan 3 perkara yang lebih penting lagi ialah IP Address divice yangbeliau guna telah pun di simpan sebagai bukti, Nama facebooknya walaupun berapa banyak pun beliau tukar akan tetap naik pada facebook Nursyafikah dan "username" iaitu URL facebooknya.
Siapa Nursayafikah Shaari?
Sebenarnya Nursayafikah Shaari tidak pernah wujud dan gambar yang di gunakan untuk menjadi watak Nursayafikah Shaari telah di ambil di sebuah laman sesawang lucah sebagai umpan untuk menjerat AJK Pas Pusat ini. Modus Operandinya ialah facebook Nursayafikah Shaari ini di wujudkan sebagai satu jerat untuk membongkar sikap sebenar Moktar Senik yang berpura-pura di sebalik pakaian agama agar rakyat Malaysia tahu siapakah sebenarnya orang yang bernama Moktar Senik. Facebook Nursayafikah Shaari mula menjerat Moktar Senik dengan menulis status-status menghentam dan mengutuk parti Amanah, PKR, Dap, Mat Sabu, Anwar Ibrahim, Rafizi dan semua pemimpin parti Pakatan Harapan dengan tujuan meyakinkan Moktar Senik bahawa facebook Nursayafikah Shaari ini adalah penyokong tegar gabungan Pas dan Umno.
Tektik menghentam parti-parti dan pemimpin Pakatan Harapan menjadi apabila setiap kali status ni naikkan akan mendapat sokogan dari penyokong Pas/Umno dan facebookers dari Pakatan Harapan pula berbalas komen melawan status-status Nursayafikah Shaari. Lebih menarik lagi tektik ini telah membuat Moktar Senik tidak melepaskan peluang untuk LIKE setiap status-status Nursayafikah Shaari.
Sehinggalah sampai masanya admin facebook Nursayafikah Shaari merasankan tiba waktu yang cukup sesuai untuk mula memancing Moktar Senik dengan mula memberi salam pertama.
Sumber : BicaraNework