'Sian Lembu Jadi Mangsa Keadaan' - PU Syed Tegur Peserta MAHA 2016 Selit Unsur² Judi Dalam Acara


SERDANG - Heboh di media sosial terdapat peserta Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 menyelitkan unsur perjudian dalam satu acara meneka berat lembu. 

Perkara itu dibangkitkan oleh Pencetus Umah (PU) Syed semalam di laman Facebooknya. 

"Dalam sibuk berMAHA, tidak sedar ada pihak menyelitkan unsur-unsur judi. Semoga pihak penganjur dapat menegur pihak ini. Mungkin mereka tidak tahu atau pihak penganjur terlepas pandang tentang hukum hakam.

"Sado ke tak sado, judi tetap judi. Sian lembu (menjadi) mangsa keadaan," katanya.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, acara yang dinamakan Teka Berat Lembu Sado dan ditawarkan hadiah sebanyak RM20,000 menetapkan bahawa, individu yang berminat menyertai acara tersebut perlu membayar RM10 untuk satu tekaan dan RM20 untuk tiga tekaan. 


Menurut pandangan PU Syed, acara itu terselit unsur perjudian kerana melibatkan pertaruhan. 

Dalam pada itu, PU Syed juga memberi contoh situasi agar mudah difahami netizen. 



Sumber: Utusan Malaysia
Pameran MAHA 2016 diadakan bermula 1 Disember lalu sehingga 11 Disember ini di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS). Pameran ini diadakan bagi tujuan menarik golongan muda menceburi bidang pertanian. - The Reporter


Sumber : Citeheboh