KLANG - Sambutan ambang tahun baru 2017 bertukar menjadi huru hara apabila 10 pengunjung cedera terkena letupan bunga api, tengah malam tadi, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian di Kompleks Sukan Pandamaran, malam tadi, orang ramai bertempiaran lari selepas bunga api yang digunakan untuk pertunjukkan itu meletup di tanah sebelum sempat ke udara.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Haru berkata, pihaknya dimaklumkan oleh anggotanya yang bertugas di komplekas berkenaan.
Posted by KA KA on Saturday, 31 December 2016
Posted by KA KA on Saturday, 31 December 2016
Posted by Info Roadblock Jpj/polis on Saturday, 31 December 2016
"Kami menerima panggilan pada jam 12.10 tengah malam. Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Tujuh mangsa melecur di kaki, manakala tiga lagi mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut," katanya, - The Reporter
Sumber : Citeheboh