Sebelum kejadian jam 9 malam itu, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dan adik perempuannya, 2 tahun, sedang didukung oleh bapa mereka, berhampiran penghadang kaca di tingkat empat pusat beli-belah tersebut.
Si bapa yang cuba melihat ke tingkat bawah (B1) untuk mencari isterinya bagaimanapun gagal mengimbangi badan lalu menyebabkan anak sulungnya terjatuh.
Ketika lelaki itu cuba menyelamatkan anak sulungnya, malangnya anak kecilnya pula terlepas dari tangan menyebabkan kedua-duanya terjatuh ke aras B1.
Kedua-dua mangsa terjatuh dengan kepala mereka terlebih dahulu terhempas pada lantai tingkat itu dan maut serta merta di tempat kejadian.
Si bapa segera berlari ke aras B1 untuk mendapatkan kedua-dua mangsa. Malangnya mereka sudah tidak bernyawa.
Tangisan kesedihan lelaki itu membuatkan orang ramai yang melihat kejadian itu sedih dan bersimpati.
Posted by 朱光明 on Monday, February 27, 2017
Posted by 朱光明 on Monday, February 27, 2017
Gambar kejadian itu juga viral di media sosial mengundang rasa simpati netizen. Ada segelintir netizen yang menyalahkan lelaki itu kerana cuai sehingga menyebabkan dua anaknya terbunuh.
Bagaimanapun, tampil beberapa netizen yang lain menasihatkan orang ramai elakkan memuat naik komen-komen yang tidak baik dan menyatakan kejadian itu boleh berlaku pada sesiapa sahaja meskipun dalam sudah mengambil langkah berjaga-jaga.
Polis tiba di tempat kejadian dan lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian tersebut. - The Reporter
Sumber : 1Citemalaya>