Video yang dimuat naik Yihansol pada 24 April lalu menunjukkan pengawal keselamatan berkenaan telah menggali lubang di tempat kerjanya di Dongdaemun - gu, untuk menanam kucing berwarna kuning belang yang patah bahagian kaki kanan belakang, dipercayai dicederakan oleh lelaki itu.
Selesai menggali, lelaki itu kemudian mengangkat kucing itu dan meletakkannya dalam lubang tersebut sebelum menghentak kepalanya dengan penyodok menyebabkan haiwan itu pengsan.
Di kesempatan itu, dia terus menimbus lubang tersebut dan dipijak-pijak dengan kakinya agar tanah di sekitar lubang itu mampat.
Dalam video kedua pada sebelah malamnya pula, ada beberapa individu yang datang dan menggali semula 'kubur' kucing yang malang itu.
Menurut sumber, lelaki terbabit akan didakwa di bawah Akta Pelindungan Haiwan kerana telah menanam haiwan berkenaan tanpa mengira haiwan itu masih bernyawa.