Wanita Sila Ambil Perhatian! Inilah Kesan Terlalu Lama Mengambil Suntikan Cegah Kehamilan

Kesan Terlalu Lama Mengambil Suntikan Cegah Kehamilan | Terbaca di Blog Dr.Zubaidi dengan kesan pengambilan suntikan pencegahan kehamilan terlalu lama. Doktor yang menyuntik Depo Provera perlu melakukan ujian darah pesakit mereka untuk memastikan fungsi hati dalam keadaan baik.

Jika mereka mengalami sakit kepala, tekanan darah tinggi, masalah darah pekat dan juga masalah hati tidak sepatutnya mengambil suntikan pencegahan kehamilan.

Suntikan Depo Provera ini mengandungi hormon progesterone atau DMPA 150mg yang memberikan kesan pencegahan kehamilan buat jangka masa yang lama. Suntikan diberikan setiap 3 bulan pada punggung atau pada otot bahu. Kebiasanya pada bahagian punggung kerana di bahagian bahu akan menyebabkan tangan menjadi kebas atau kesakitan pada otot bahu.

Cara DMPA ini berfungsi dengan menghalang perkembangan telur di dalam ovari dan mengelakkan ovulasi. Ia juga membuatkan lediran pada permukaan serviks atau pangkal rahim menjadi pekat dan menghalang kemasukan sperma daripada masuk ke dalam rahim.


Suntikan Depo Provera menyebabkan kitaran haid tidak teratur, malah ada yang tidak mengalami haid selama lebih daripada 6 bulan.

Jika ingin hamil semula, suntikan ini perlu dihentikan dan masa untuk wanita menjadi subur kembali mengambil masa sehingga 10-12 bulan selepas suntikan terakhir. Malah ada kes sehingga 18 bulan!

Pihak American College of Obstetricians and Gynecologists menyarankan suntikan tidak boleh melebihi 2 tahun kerana ia akan menyebabkan tulang menjadi rapuh dan pelbagai kesan sampingan lain.

Selain itu suntikan pencegahan kehamilan ini juga dikaitkan dengan sakit kepala yang teruk, tidak selesa dan sakit pada ari ari, penambahan berat badan, loya dan muntah, mudah rasa penat dan letih, keguguran rambut dan mudah rasa risau (nervous).

Paling penting ialah pencegahan kehamilan bukan atas sebab kesihatan adalah HARAM di dalam Islam. Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1981 mengeluarkan fatwa bahawa kaedah pemandulan secara kekal, melemahkan atau merosakan fungsi pembiakan seseorang secara kekal adalah Haram.

Fikirkan kembali jika anda ingin meneruskan suntikan pencegahan kehamilan, ia merosakkan badan anda untuk jangka masa yang panjang. Perancangan tuhan adalah sebaiknya. Jangan menganggu aturan yang tuhan buat pada badan kita. Andainya anda mendapat cahaya mata, jangan risau kerana rezeki untuk bayi berkenaan sudah ditentukan oleh Allah.

Siapa kita untuk menolak rezeki yang dikurniakan.


via Bin Usrah