'Bulan depan tak payah bayar sewa ye' - Mana nak cari pemilik rumah sewa baik hati camni?


"Bulan depan tak payah bayar sewa ye," alangkah berbunganya hati dan bertuahnya badan jika mendapat mesej seperti ini dari pemilik rumah sewa. Pastinya penyewa bersyukur sangat-sangat mendapat pemilik rumah sewa yang baik hati seperti ini. 

Tidak semestinya beri duduk secara percuma selama sebulan, adakalanya pemilik melakukan inisiatif yang lain bagi menyenangkan hati penyewa. Bersyukurlah jika kita mendapat pemilik rumah yang berhati mulai seperti ini, jangan pula terniat untuk mengambil kesempatan.

SEBENARNYA penyewa ini sudah lima tahu menyewa dan selama tempoh itu saya tak pernah pun berjumpa dengan dia, malah tak pernah menjenguk rumah itu. Semua urusan melalui panggilan telefon dan emel sahaja sebab rumah itu banyak sangat kenangan dengan Hadeef. 

Dulu kalau pergi ke rumah ini, saya selalu teringat suara dia menjerit-jerit masa kecil. Rumah ini juga hampir-hampir kena lelong dulu. Jadi, terlalu banyak kenangan pedih. 

Penyewa ini selalu bayar sewa tepat pada masanya. Tetapi setiap 12 bulan dia bayar sewa, saya akan bagi percuma satu bulan tak perlu bayar. Anggap saja hadiah dari kita untuk dia dan anak-anak dia. 

Saya tiada niat nak menunjuk-nunjuk. Rumah saya pun tak adalah banyak sangat tetapi bagi sesiapa yang ada rumah-rumah sewa, sesekali rewardlah penyewa sebab diorang struggle bayar sewa setiap bulan. Kadang-kadang, ada (penyewa) yang tidak cukup makan, nak survive, nak besarkan anak-anak, beli susu, beli pampers semua. 

Percayalah cakap saya, rezeki kita tidak akan pernah putus dan dalam setiap rezeki kita itu sebenarnya pasti ada rezeki orang lain juga. Jangan sesekali berkira, mudahkan urusan orang lain. Allah pasti akan memudahkan jua urusan kita. 


Kita jangan sesekali menidakkan the power of given. Hidup ini bukannya tentang berapa banyak yang kita dapat, tetapi tentang berapa banyak yang kita beri. Bahagia itu bila mana kita melihat orang lain bahagia.