MENGEJUTKAN: Nik Omar Dilarang Jadi Imam Masjid Tok Guru


Nik Omar Nik Aziz, anak kepada bekas Musyhidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, mendakwa beliau tidak lagi dibenarkan menjadi imam dan menyampaikan kuliah di Masjid Tok Guru.

Ini berikutan keputusannya untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu sekaligus telah dipecat dari ahli PAS.

Nik Omar telah tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan.

Beliau berkata, begitulah harga yang perlu ditanggung olehnya apabila pihak keluarganya sendiri sudah membuat keputusan terbabit.

Katanya, selain menjadi imam, beliau sepatutnya menggalas tanggungjawab menyampaikan kuliah Maghrib setiap malam Rabu dan Khamis, serta waktu Subuh pada Jumaat, iaitu hasil pembahagian tugas adik beradiknya secara tidak rasmi selepas pemergian bapanya, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ini kenyataan dari Nik Omar:

"Cuma Subuh (pagi) tadi, adik ambo (saya), Nik Abduh terus menjadi Imam dan memberi kuliah. Selepas itu dia bersalam (dengan saya), cumo ambo kata tidak apakah bersalam, tidak najis ke ambo?

"Dia (Nik Abduh) kata ini keputusan keluarga. Jadi ambo tidak dibenar menjadi imam dan bagi kuliah di situ. Bermakna ini harga yang terpaksa ambo tanggung.

"(Apapun), apabila saya pergi (menyertai PH), tidak akan undur ke belakang,"

Ini videonya:




Itulah yang dikatakan olehnya ketika berucap pada Kuliah Pagi Jumaat di Wisma Tok Guru, di sini, hari ini.

Beliau hanya berucap selama 10 minit pada kuliah yang dihadiri lebih 100 penduduk kerana kepenatan dan sukar untuk memberi tumpuan sebelum diserahkan kepada penceramah lain.

Ianya telah direkodkan secara langsung di laman Facebook Husam Musa.

Sementara itu, Nik Omar yang juga bapa kepada lima anak itu dan juga pengetua Madrasah Darul Anuar itu berkata, faktor beliau menyertai PH apabila melihat negara ini dipimpin pemimpin yang zalim dan memerah harta rakyat melalui duit negara.

"Sebab itu kita nak tukar (kerajaan Persekutuan), kita kesian kepada rakyat, terutama di kampung kerana sudah puluhan tahun berada dalam menderita," 

Itulah penjelasan dari Nik Omar.

Sumber: BH