Ustaz Rozaimi Tunjuk Bukti PAS pun Sokong UEC -

Laman sosial hangat dengan peperangan maya diantara kem Rozaimi Ramlee yang disokongpadu oleh penyokong Pakatan Harapan dengan kem penyokong PAS.

Ini gara-gara Ustaz Rozaimi Ramlee yang menyebarkan satu poster merujuk kepada ucapan Tuan Guru Hadi Awang mengenai keperluan menunaikan janji-janji di dalam manifesto.

Ustaz Rozaimi turut menyelitkan kata-kata semasa berkongsikan poster tersebut yang mana akhirnya menimbulkan kemarahan pada penyokong-penyokong PAS.

"Saya tidak tahu kesan baik atau buruk UEC.saya juga tidak pro kepada UEC. Saya menunggu kajian menteri tentang UEC. Namun yang saya tahu pengiktirafan UEC memang disebut dalam manifesto PH.

Apa yang menghairankan ramai juga penyokong Tok Guru yang menyokong kenyataan beliau gambar ini membantah pengiktirafan UEC. 


Bukankah membantah UEC itu sebenarnya menggalakkkan orang memungkiri janji? Adakah itu tindakan yang benar? Di mana sifat konsisten kita?," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dipercayai dibuat bagi mempersoalkan sikap konsisten sesetengah pihak yang mendesak membatalkan janji mengiktirafkan sijil UEC sedangkan dalam masa yang sama pihak tersebut juga mendesak agar Pakatan Harapan melaksanakan manifestonya seperti yang telah dijanjikan kepada pengundi-pengundi mereka.

Bagaimanapun setelah ditempelak oleh Ustaz Rozaimi, penyokong PAS tidak berdiam diri.

Ada di antara mereka mempersoalkan kesungguhan Ustaz Rozaimi menjadi jurucakap kepada kerajaan baru.

"Nak cakap bangang kang meloncat. Manifesto hanya UEC aje ke? Janji lain, tol, minyak, mana?. Dr. hadis kena kencing ke kena berak?," tulis Adib.

"Kalau janji tu membawa keburukan kena teruskan juga ke? Saya pernah baca hadis kalau berjanji/nazar perkara tak elok, tak perlu diteruskan. Wallahu'alam. Saya hanya pendekar papan kekunci sahaja," tulis Zzu pula.

"Dah tu dimana janji nak hapuskan tol?. Oh ye, baru kawin mana boleh terus beranak! Tunggu la lagi 4 tahun lebih sebelum PRU seterusnya. Time tu harga minyak, barang semua turun. Tol pun hilang agaknya. Kah!," respon Aizat.

"WAHAI DOKTOR, Islam tak ajar melaksanakan janji pada perkara yang akan menjejaskan maruah anak bangsa dan agama.

Dalam ilmu DOKTOR, pasti belajar bagaimana untuk memilih mudarat yang lebih kecil dengan menolak mudarat yang lebih besar,"
kata Nadhirah.


"Dangkalnya hujah seorang pemegang PHD. Kalau orang janji nak bunuh diri adakah mereka dikira memungkiri janji sebab kita menghalang?

Sorry Dr. Rora, kebodohan, kemacaian, dan kedengkian anda terhadap PAS/TGHH seperti satu hasad yang tidak tahu mana puncanya. Saya tak tahu apa relevan posting ini dengan PHD anda..

Sudah-sudahlah RORA, kesian mak anda yang penat-penat suruh belajar hadith tapi posting emosional macam ni je yang kamu keluarkan.

Jadilah orang yang lebih cerdik. Saya harap ada rakan-rakan Dr yang tolong nasihatkan Dr juga selain tolong nasihatkan Mahathir,"
komen Vel Oliver.



Namun RORA tidak berhenti disitu. Dikecam bertubi-tubi oleh penyokong PAS, RORA kemudiannya tampil membuat penjelasan baru di halaman Facebooknya.


Oleh : Ustaz Rozaimi Ramlee
Ramai penyokong PAS marahkan saya berkenaan posting saya semalam tetapi mereka hanya mampu memaki hamun saya saja. Soalan saya mudah saja iaitu berkenaan konsisten. 



Jika mereka kata bantahan mereka terhadap pengiktiran UEC disebabkan ia buruk maka saya perlu tanya 2 soalan:

1. Bagaimana jika melaksanakan semua manifesto pada waktu ini memburukkan ekonomi negara? Adakah masih wajar ditunaikan atau boleh ditangguhkan sekejap sehingga waktunya sesuai?

2. Jika mengiktiraf UEC buruk (selagi lagi saya tegaskan saya tidak pro UEC), kenapa PAS setuju dengan pengiktirafannya sewaktu PRU 13 dan dimasukkan dalam buku jingga?

Saya bertanya tentang konsisten supaya kita tidak terburu membenci orang kerana bukan geng kita.

Adillah kerana dekat dengan taqwa. Bukan adil itu dengan menunggu orang lain adil baru kita nak adil. - 24 Julai 2018.


Sumber : Friscomedia