'Bertubi-tubi mak dia boh penampaq, baru dia mengaku curi barang kemas tu' - Remaja 17 kantoi mencuri


Golongan remaja merupakan aset terpenting kepada negara pada masa akan datang. Golongan ini lah yang bakal menyumbangkan tenaga mereka untuk pembangunan negara. Namun, ketika ini masalah gejala sosial dalam kalangan remaja masih lagi berleluasa. 

Walaupun pelbagai pendekatan yang telah dilakukan, masalah ini masih lagi berlaku. Persoalannya siapakah yang harus dipersalahkan di dalam situasi sebegini. Adakah ibu bapa, guru atau faktor persekitaran yang menjadi penyumbang gejala ini dari terus menular?

Seorang pengguna Twitter, berkongsikan kisahnya yang telah menahan seorang remaja berusia 17 tahun yang berperwatakan seperti seperti samseng. Remaja ini dikatakan telah berhenti sekolah. Apabila dia memeriksa beg remaja berkenaan, didapati banyak barang kemas. Pelbagai alasan yang diberikan apabila diajukan persoalan.

SEMALAM aku tahan sorang budak umur 17 tahun. Tapi dah berhenti sekolah, rambut jambul ayam warna perang. Gaya ala-ala punk not dead. Siap ada anak buah dua orang (umur 13). Tahan check minta ic, masing-masing cakap tak bawa ic.

Then check lah beg dia. Poket semualah, mana tau ada bawa barang salah ke, senjata ke. Sebab situ memang selalu jadi samun bersenjata. Then jumpa satu beg kecik. Dalam tu ada barang kemas agak banyak.

Kami pun tanya elok-elok. Dia balas agak kurang ajar, macam cabar pun ada. Menjawab pulak tu. Aku kenangkan budak-budak. Kalau tak, melekat tapak tangan. Siap tegur, “Cakap elok-elok. Aku bukan sebaya kau. Ni dua orang pangkat bapak kau dah” sambil tunjuk dua orang incas aku.

MENDAKWA BARANG KEMAS KEPUNYAAN IBUNYA DAN IBUNYA MINTA UNTUK  DIGADAIKAN

Dia kata barang kemas tu nak gadai. Mak suruh, kalau kaulah, agak-agak nak percaya ke dengan perwatakan dia macam tu? Kami tak percaya, cakap elok-elok lagi suruh beritahu cerita betul. Dia boleh sound kami “Kalau tak percaya sangat call lah mak saya. Ingat saya tipu ke?”

Bila suruh call, bagi alasan phone tak boleh buka. Lupa password katanya. Kat situ kami syak phone tu phone curi. Tapi diam lagi. Suruh ajak pergi rumah, dia spin cerita duduk dgn pakcik dia pulak.

MULA BERBOHONG MENGATAKAN IBUNYA SEDANG BEKERJA

Tak apalah, tanya mak kerja tak. Dia kata kerja. So ajak pergi tempat kerja mak dia. Dia kata mak dia tengah kerja. Kami pun pi. Sampai tempat kerja dia, tiba-tiba staff situ kata mak dia tak kerja. Budak tu boleh tahankan kata mak dia ada tadi.

Aku panggil supervisor dia, suruh call mak dia. Mak dia datang, kami pun tanya mak dia, “Macam ni puan. Kami tahan anak puan, jumpa barang kemas. Dia kata puan punya, suruh gadai. Tu kami panggil puan. Sebab banyak barang kemas tu.”

Then kami tunjuk barang kemas tu. Sekali mak dia tak cakap banyak, tarik jambul warna perang anak dia. Boh penampaq sulung anak Jepun. Aku dalam hati “Fuh, kau. Puas hati. Tadi kemain kurang ajar.” Bertubi-tubi, bertali arus mak dia boh penampaq. Then kami pun tenangkan mak dia.

TERBONGKAR SEGALA PENIPUAN

Then baru dia cakap perlahan-lahan. Dia cakap barang kemas tu dia ambik kat rumah pakcik dia. Dia kata dia punya. Masih lagi nak spin cerita. Mak dia boh lagi sebiji. Baru dia mengaku curi pakcik dia punya. Dia amik bawah bantal dalam bilik pakcik dia.

Budak tu rupanya ada rekod banyak kali dah masuk dalam. Mak dia suruh tangkap je. Kami masih lagi fikir dia budak lagi. Muda lagi, so kami suruh pulang balik tempat asal barang kemas tu. Settle lah sendiri. Kalau owner nak buat repot. Baru tangkap.

Sebab owner call tak dapat. Phone beliau mati. Sedih sebab budak baru 17 tahun dah ada rekod masuk lokap berapa kali. Ni lah abe masa kejadian. Spek tu dia punya. Budak tu belakang aku je.


Pandangan peribadi aku, environment sesuatu kawasan perumahan tu main peranan pada kelakuan dan pengaruh pada anak-anak. Banyak masalah melibatkan budak-budak bawah umur ni sebenarnya.

Sumber: Tsgxy_