'Masakan terakhir mak, mungkin mak tahu aku tak dapat jumpa dia buat kali terakhir'


"Catatan yang takkan pernah pada," demikian tulis seorang anak yang masih lagi merasai pemergian ibunya pada Julai tahun lalu. 

Megat, berkongsikan detik-detik dia dikhabarkan oleh adik beradiknya bahawa ibu kesayangan mereka telah dimasukkan ke wad hospital kerana mengalami semput. 

Pada awalnya, tiada apa yang serius sehinggalah dia dimaklumkan bahawa ibunya sedang tenat. 

Namun pada keesokkan harinya, ibunya telah meninggal dunia tanpa sempat dia menatap wajah arwah ibunya buat kali terakhir. Apa yang tinggal, hanyalah Sambal Ikan Bilis yang dimasak oleh arwah, makanan kegemaran Megat. 

Sayangilah ibu bapa anda, curahkanlah kasih sayang kepada mereka selagi mampu dan terdaya.


SAMBAL ikan bilis. Nampak biasa, kan? Tapi pada aku, tak. Inilah air tangan mak yang terakhir, yagn dapat aku nikmati. 

Pagi 28 Julai 2017, dapat berita mak warded sebab sesak nafas. Tapi dimaklumkan tiada apa yang merunsingkan, sekadar semput biasa sahaja. 


Kebetulan tiket penerbangan sebenarnya telah dibeli dan dijadualkan akan berlepas dari Pulau Pinang ke Johor pada awal pagi 29 Julai 2017 untuk sama-sama meraikan abang yang bakal melangsungkan perkahwinan. 

So dalam hati, esok sambil datang kenduri abang. bolehlah melawat mak sekali. 

Namun pada jam 11.59 pagi, dapat berita mak tidak sedarkan diri. 

Aku siap sedia pack barang, nekad drive balik Johor pada masa itu juga. Jam 12.11 tengah hari dapat berita mak tenat. Allah, otak kosong. Call kakak sambil menangis. 

Selang beberapa minit dapat panggilan, 

"Mak dah tak ada." 


Allah, luluh hati. Alhamdulillah masih waras memandu dan teruskan perjalanan balik ke Johor dengan perasaan yang hanya Allah saja tahu. 

Sampai di Kluang, Johor jam 8 malam. Mak dimaklumkan sudah selamat dikebumikan. Luluh hati, hanya nampak tilam tempat jenazah mak diletakkan sebelum disolatkan. 

Sehari sebelum mak 'pergi', sempat mak masak peninggalan air tangan mak, 'Sambal Ikan Bilis' untuk aku melepaskan rindu. 

Mungkin mak tahu aku tak dapat jumpa mak buat kali terakhir. Mak, Johan rinduuu....

Sumber: @Sir_Megat