Ibu bapa yang baru menimang cahaya mata seringkali dinasihatkan tidak sewenang-wenangnya memberi kebenaran kepada orang lain mendekati bayi mereka kerana antibodi bayi yang baru lahir tidak kuat dan teramat mudah dijangkiti.
Dalam perkongsian Puan Mazne Aznan semalam, anak ketiganya menghidap penyakit kulit Scalded Skin Syndrome yang dikatakan berpunca dari individu luar yang menyentuh anaknya itu. Berhati-hati ibu bapa di luar sana, biarlah orang kata kedekut tak bagi dukung anak, asalkan anak tak menderita penyakit seperti ini.
Simple Impetigo ke Scalded Skin Syndrome
Dugaan Ummi Abi dan Affan. Hampir sebulan berpantang di hospital. Cerita ada di setiap gambar. Saya berkongsi untuk kita sama-sama alert dan sentiasa mengambil berat dengan keadaan sekeliling anak-anak tersayang.
Terima kasih Doktor Syed Jefrizal Syed Jamal dan nurses di KPJ Seremban yang sentiasa jaga Affan sebaiknya dan berusaha untuk Affan sembuh dari penyakitnya.
Saya halalkan untuk share post ini dengan niat sebagai peringatan kepada ibu bapa di luar sana. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk anak-anak kalian. Amin Ya Allah.
20 Julai 2018
Alhamdulillah. Ummi selamat melahirkan Uthman Al Affan bin Ahmad Farhan secara normal walaupun hampir tujuh jam Ummi bertarung dalam labour room. Macam-macam komplikasi. Alhamdulillah Affan keluar ke muka bumi ini dengan tangisan yang Ummi dan Abi tunggu-tunggu.
Ummi tak dapat pegang Affan. Affan terus check in NICU sebab perlu bernafas dengan bantuan oksigen. On antibiotic bermakna tiga hari bermalam di Az Zahra Bangi. Bermulalah fasa ulang alik jenguk Affan dan hantar susu.
Ummi ingat anak ketiga ini senang je Ummi lahirkan macam Abang Uwais dulu. Tapi Allah nak duga kekuatan kita.
24 Julai 2018
Affan boleh keluar. Alhamdulillah. Ummi lah makhluk Allah yang paling gembira.
30 Julai 2018
Ummi perasan macam ada tumbuh blister di muka Affan. Ada tiga biji macam tu dan berwarna kuning. Ummi tak sedap hati, rasa kuning Affan tinggi ke sebab cecair dalam itu pun warnanya kuning. Walaupun anak dah tiga, tapi tak ada pengalaman macam ini sebelum ini. Ummi blur. So buat keputusan nak check kuning di KKIA.
Pergi KKIA, doktor check kuning dan kuning Affan tinggi dengan bacaan 312. Tetapi cecair itu doktor kata tak ada apa-apa. Tetapi masih kena refer due to jaundice (kuning).
Ummi pergi KPJ Seremban, Affan warded. Malam itu doktor yang baik hati, Dr Syed Jefrizal call Ummi beritahu Affan ada Impetigo. Ummi tak pernah dengar pun penyakit apa itu. Doktor minta Ummi Goole dan baca. Doktor minta untuk berjumpa dengannya esok di Klinik Pakar.
31 Julai 2018
Cecair itu dah kering. Doktor terangkan apa itu Impetigo. Jangkitan sakit kulit dari orang yang ada sakit kulit. Doktor tanya ada ke yang datang melawat Affan? Mestilah ada kan? Doktor kata mungkin dapat dari situ.
Ummi dan Abi pun terdiam. Selalu baca tentang bayi orang lain terkena jangkitan. Bila terkena pada anak sendiri, sama-sama terpaku.
Doktor jelaskan tak perlu risau. Doktor akan cuba rawat dengan krim sapu. Kalau berkesan, tak perlu on antibiotik. Ummi lega. Ulang alik lagi Ummi ke hospital untuk jenguk Affan.
3 Ogos 2018
Alhamdulillah, Affan dah boleh keluar. Tetapi Ummi macam tak berapa happy sebab nampak impetigo itu masih ada. Doktor kata tak apa, sapu krim saja. Isnin kita jumpa lagi untuk follow up. Senyum je dia eh.
Muka Affan yang Ummi rasa impetigo itu ada menyorok di tempat lain. Ummi rasa Affan belum sembuh sepenuhnya. Kata hati seorang ibu itu benar kan? Memang Affan belum sembuh sepenuhnnya.
4 Ogos 2018
Dahi Affan keluar cecair penuh begini. Ummi susah hati. Kuat sangat rasa hati kata Affan tak sembuh lagi dan betullah kata hati itu, masih ada impetigo yang menyorok dalam hidung dan telinga Affan.
Keadaan Affan masa ini buat Ummi berendam air mata. Allahuakbar.
Dah mula naik kuping-kuping kuning di kawasan mulut Affan.
5 Ogos 2018
Ummi dah tak boleh nak tunggu sampai Isnin. Ahad itu Ummi ajak Abi pergi ke KPJ semula. Alhamdulillah rezeki Affan, Dr Syed memang on call masa itu. Dr Syed minta maaf kat Ummi dan Abi sebab terpaksa cucuk Affan dengan antibiotik dengan keadaan Affan begini. Ummi redha, janji Affan sembuh.
6 Ogos 2018
Mata Affan tak boleh buka. Masa ini penuh kuping-kuping itu di mata Affan.
7 Ogos 2018
Alhamdulillah mulut Affan dah bersih. Tinggal mata saja belum boleh buka. Petang itu ada appointment dengan doktor pakar kulit.
8 Ogos 2018
Baju memang tak boleh pakai tapi Alhamdulillah Affan makin positif. Kulit semakin mengering dan menggelupas dengan sendiri. Masa ini Affan kena tambah lagi satu jenis antibiotik selepas doktor diagnos Affan, Scalded Skin Syndrome.
Alhamdulillah Affan semakin pulih. Ummi pun semakin happy.
9 Ogos 2018
Muka Affan dah bersih, mata dah boleh buka. Masa ini tinggal kelengkang dan punggung Affan yang masih luka. Alhamdulillah.
Tinggal badan saja menggelupas sikit demi sedikit ganti kulit baru.
Affan dah boleh pakai baju. Alhamdulillah.
12 Ogos 2018
Alhamdulillah Affan dah boleh keluar hospital. Ummi dan Abi bersyukur sangat sebab Affan dah sembuh. Tinggal kulit tangan dan badan saja nak bersalin kulit baru.
Keadaan Affan masa hari kedua di hospital. Kulit semua melepuh.
Alhamdulillah, Allah kurniakan kesembuhan kat Uthman Al Affan bin Ahmad Farhan. Alhamdulillah Affan dah 45 hari. Affan kena kuat macam Ummi dan Abi.
Kurniaan terindah dari Allah SWT. Ummi sampai sekarang fobia. Berjaga-jaga wahai ibu bapa sekalian. Tak apalah kalau nak kedekut dengan anak yang baru lahir. Tak apalah kalau tiada yang melawat. Bayi baru lahir antibodinya tak kuat. Senang sangat dapat jangkitan apa-apa pun.
Saya sebelum ini banyak baca cerita tentang orang lain. Tetapi bila kena pada diri sendiri, rasa bersalah sangat pada Affan. Allahuakbar.
Terima kasih di atas kesembuhan yang Kau berikan. Sesungguhnya hanya Kaulah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.
Semoga hero-hero Ummi dan Abi sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah SWT.
Sumber: Puan Mazne Aznan