(Video) Gegendang telinga pecah selepas dicium terlalu kuat oleh teman wanita


Seorang wanita dilaporkan mencium telinga teman lelakinya dengan terlalu kuat sehingga menyebabkan gegendang telinganya pecah. 

Pasangan muda itu kemudian bergegas ke jabatan kecemasan di sebuah hospital di Hunnan, Changsha, China, selepas mangsa mula mengalami kesakitan yang teruk di telinga. 

Oleh kerana malu dengan apa yang berlaku, pasangan itu memilih untuk tidak memberitahu apa sebenarnya yang telah berlaku kepada doktor. 

Selepas disoal siasat beberapa kali, doktor akhirnya mendapati telinga lelaki itu mula terasa sakit selepas teman wanitanya mencium telinganya sehingga menjejaskan gegendang telinga. 

Ekoran kejadian itu, doktor menasihatkan pasangan itu agar kurang 'bermain' di bahagian telinga kerana bimbang masalah yang sama berulang kembali. 


Gegendang telinga yang pecah boleh menyebabkan hilang pendengaran dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan dan kecederaan. 

Lelaki terbabit bernasib baik kerana gegendang telinganya sembuh selepas beberapa minggu tanpa sebarang rawatan.