'Malapetaka besar di Lombok dan Palu adalah kerana maksiat' - Tweet PU Amin undang kecaman netizen


Memuat naik kenyataan di media sosial sepatutnya dinilai dulu kesan dan akibatnya pada pihak lain. Baru-baru ini PU Amin memuat naik tweet berikut:

"Ulama di Indonesia bersepakat bahawa malapetaka besar yang berlaku secara berturut-turut di Lombok dan Palu adalah kerana MAKSIAT yang berleluasa di atas muka bumi. 

"Setelah hadirkan nasihat, Allah SWT turunkan Laknat agar manusia beringat," tulisnya yang mengulas mengenai kejadian gempa bumi di Indonesia sehingga mengorbankan lebih 800 nyawa.


Bagaimanapun, netizen di media sosial kesal dengan kenyataan tersebut yang dianggap tidak menjaga sensitiviti negara jiran. Malah, ada netizen yang cuba mencari kenyataan ulama yang dipetik PU Amin, tetapi gagal ditemui. 

"Aku cuba Google, ak utak nampak pun Majelis Ulama Indonesia, mahupun Nahdatul Ulama dan Muhammadiyah keluar kenyataan seperti yang didakwa PU kat bawah ini. 

"PU ni tahu tak keluar kenyataan palsu atau menipu juga adalah antara ciri-ciri utama orang Munafiq?" - Hairul A.F. 

"PU Amin tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu. Banyak nyawa mereka yang tidak bersalah terkorban sekelip mata dalam kejadian itu dan kamu masih ada keberanian untuk menganggap bencana itu sebagai balasan kerana melakukan maksiat? Kamu hanya PU yang menyalak di Twitter. Diam." - Zara Kayangan. 

"PU Amin dah kena stop main social media lah. Fokus dulu dalam ilmu, baru boleh sampaikan kat orang lain. Pasal earthquake pun tak betul, manalah orang nak percaya kata-kata dia yang lain. Nanti lepas dah banyak ilmu, baru boleh buat comeback," - Hzqzhfri. 

Lapor OhBulan!, tweet itu juga mendapat respon dari penulis Indonesia, Haidar Bagir, yang menegur tindakan PU Amin untuk lebih berhati-hati apabila memuat naik kenyataan di media sosial. 


Semakan di Twitter mendapati, PU Amin telah membuang tweet tersebut.